Siapa Saya

Seorang anak muda yg berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Melangkau ke usia 30-an. Mendapat pengajian tinggi di institusi tempatan, Politeknik Kota Bharu (2000-2003) dan Universiti teknikal Malaysia Melaka (2004-2007) dalam bidang Elektronik Telekomunikasi.

Masih lagi berkerja, mempunyai impian untuk 'pencen awal', target di usia sblm 40. Dalam usaha membina dan mengukuhkan sumber pendapatan pasif menerusi bidang hartanah.

Terjebak dalam bidang hartanah setelah termakan dengan janji-janji manis seorang pemuda yang bernama Shafie, yang mana saya anggap dia sebagai sifu ataupon mentor saya dalam bidang ini. Di perkenalkan bidang hartanah ini pada tahun 2007. Disebabkan oleh perasaan takut dan terlalu berhati-hati, saya telah mengambil masa selama 2 tahun dan pada Sept 2009 saya berjaya membeli sebuah unit pangsapuri di Kuala Lumpur menerusi acara lelongan.

Keyakinan dan keberanian mula berputik di dlm sanubari tatkala unit tersebut berjaya di sewakan pada kadar rm450 sebulan, bayaran bulanan adalah sebanyak rm372. Dari saat itu, target telah dipasang, iaitu MESTI mendapatkan sekurang-kurangnya 2 biji hartanah setiap tahun.

Alhamdulillah, pada 2010, saya berjaya membeli sabuah apartment di Tiara Beach Resort yang mana saya telah sewakan secara harian sehingga kini. Sebuah lagii unit pangsapuri di Damansara Damai juga berjaya dibeli dan disewakan. Tahun demi tahun berlalu dan target yang dipasang pada tahun 2009 masih lagi berjaya di laksanakan.

90% dari unit yang saya miliki adalah menerusi acara lelongan. Selok belok di sebalik lelongan ini juga telah saya pelajari sedikit sebanyak.

Kepada anak muda di luar sana yang berminat untuk belajar bidang hartanah ini, sila hubungi saya. Insyaallah saya akan kongsikan semua yang saya ada sebagaimana sifu-sifu saya kongsikan kepada saya. Tiada bayaran dikenakan.

Dan kepada sesiapa yang memerlukan kepakaran saya untuk menjual dan menyewakan rumah, sila hubungi saya di talian 017 939 1161. Servis caj yang amat berpatutan akan dikenakan.

26 comments:

  1. Wow..latar belakang yang amat menarik...jom TT bro..serius ni..ada masa nanti aku call boleh?

    ReplyDelete
  2. Wow..latar belakang yang amat menarik...jom TT bro..serius ni..ada masa nanti aku call boleh?

    ReplyDelete
  3. Wow..latar belakang yang amat menarik...jom TT bro..serius ni..ada masa nanti aku call boleh?

    ReplyDelete
  4. btl2 serius nk ajak tt ni, smp 3 kali post.. hehe.. aku ok jer..
    call jer, tt kat mamak dpn umah aku jer..

    ReplyDelete
  5. heheh..bagus2,lagi ramai yang sedar tentang hartanah lagi baik..market johor ni da makin sarat..boleh cuba..
    p/s:saya tidak tahu apa-apa tentang hartanah,baru mencuba membeli sebuah rumah di skudai.

    ReplyDelete
  6. saya memang berminat dengan bdg ni, bole sifu sharil berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
  7. X yah panggil sifu.. Aku tgh kongsi2 la ni.. Nak tau apa lg?

    ReplyDelete
  8. namanya suapa. PKB thow kot2 kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 3 kali aku baca komen ni, tak jugak paham2...

      Delete
    2. mgkn gne touch screen tu y jd cmtu..ehe..jgn mare

      Delete
  9. teringin nk jd mcm jd en.Shahril....

    ReplyDelete
  10. salam
    saya pun bekas student PKB jugak tahun 1997-1999......

    ReplyDelete
  11. salam bro. bisnes tbr mcm mana? kes lift blok D masih tak settle2 lagi..pening kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. TBR agak perlahan sales jika dibandingkan dgn tahun2 lps. Tapi alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi sy topup duit utk bayar installment bank.

      Delete
  12. kenapalah lambat jumpa blog ini bro!!!! terima kasih berkongi

    ReplyDelete
  13. bangge btol sy bace anak melayu punye blog cam ni,semuenye membina,inila yg kite maukan,same la macam sedare Azizul,kenapela lambat jumpa blog ni,semalamam sy bace x benti,hehe..

    bro nak tye skit ni,sy ni student lagi,last sem tggal untuk practikal,sy baru nak berjinak2 untuk sewe kan kerete,start bulan 7 ni sy dpat costumer nak sewe myvi sy untuk 2 bulan,so sebulan sy sewekan rm1600,jadi berbaloike klau sy gune duit untuk sewe 2 bulan tu untuk beli kerete baru maybe viva untuk sy sewekan lagi or sy mintak full loan?..tapi sy student lagi bagus ke apply graduate loan tew?

    lagi satu ni nak tye,ibu sy ade sewekan rumh hargenye rm350 sebulan,tapi itu harge 5 tahun dulu,saye rase dekat kawasan tu dah naik sampai rm500,rumah tu budak bujang duduk,jadi macam mane dgan carenye kite ni sebagai org melayu dgan sopan santunye nak naikan sewe rumah tu?or cari penyewe baru je?

    perghh banyak gile nak tye pasal ilmu2 hartanah ni...jom ler pekene teh tarik secawan bro,haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bgs lah buat kete sewa, sbb sy pon mmg buat kete sewa. X salah jika beli kereta byk2 n buat sewa. Tp kena igt jika beli kereta byk, konitmen dh tinggi so nk beli rumah esok2 takut x lps loan jer.

      Naik sewa? Ckp je harga minyak dh berapa kali naik, sewa rumah jer x naik2. Jd sy nak naikkan sewa kpd r.500. Jika tak seruju, awak boleh cari rumah lain.

      Delete
    2. terbaik sifu,haha..thanks for the knowledge :)

      Delete
  14. salam..boleh tk en.shahril tlong saya untuk jual rumah kat kluang...

    ReplyDelete
  15. salam tuan Shahril,
    sy duk senawang.hajat untuk beli rumah untuk bt sewa kt Melaka.
    boleh tuan tolong rekemenkan area or jenis rumah

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Salam En Shahril,
    Sy baru grad dan dah bekerja dekat 6 bulan, sy plan untuk starting masuk bidang hartanah, sy kena beli 1 rumah untuk disewakan, jadi sekarang, sy dah ada sebijik rumah untuk dibeli direct owner. Boleh ke sy nak jumpa dengan En direct, belajar pasal selok belok beli rumah ini dan juga bidang hartanah? kalau boleh sy nak belajar dari start beli rumah sampai macam mana nak sewakan rumah.
    Ni email sy, ikhsanroslan@gmail.com, kalau En free, hujung minggu ni juga sy ke tempat En.

    Thanks.
    Ikhsan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, masa saya agak pack buat masa ni. Hujung minggu saya memang saya peruntukkan kepada keluarga saya.
      boleh cuba baca blog2 hartanah yg lain. Ada jer yang sudah post pasal benda ni.
      Jika tak paham boleh tny kat sini. Insyaallah ada masa saya akan jawab.

      Delete
  18. Salam, kebelakangan ini saya mula tertarik untuk membeli rumah. Saya ingin bertanya, adakah ebook yang anda jual RM10 mengandungi semua cara untuk membeli rumah ya. Maksud saya dari segi loan, SNP dan prosedur guaman yang lainnya. Salah satu masalah saya ialah saya sememangnya kekurangan wang untuk membayar 10% harga rumah. Dan saya juga tidak tahu adakah saya layak untuk membuat loan bank. Mohon pencerahan atau boleh terus PM saya di facebook. Terima kasih https://www.facebook.com/warnnie

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm, ebook saya hny mengandungi pengalaman saya bagaimana saya membeli rumah tanpa modal shj.
      -modal 10% boleh minta jasa baik owner rumah tu utk markupkan snp.
      -nak tahu boleh buat loan @ tidak, kena bawak semua dokumen, pegi rujuk dgn officer bank.

      Delete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete