Saturday, April 22, 2017

Tips Bisnes Kedai Makan

Beberapa hari yang lalu aku ditemukan dengan sekelompok usahawan di dalam sebuah kursus. Ada yang dah mula menjalan kan perniagaan, ada juga yg masih belum lagi memulakan perniagaan, baru di peringkat idea.

Masing-masing hebat, mempunyai wawasan yang tinggi untuk mencapai impian yang menggunung melalui bidang keusahawanan ini. 

Ada beberapa perkara yang menarik minat aku, ideanya mungkin biasa-biasa, tapi ianya agak luar biasa bagi aku.

Aku kongsikan satu idea yang menarik perhatian aku. Nina (bukan nama sebenar) mempunyai bakat dalam masakan asam pedas. Asam pedas dia simple tapi paling sedap, katanya tanpa segan silu. Bercadang untuk membuka sebuah restoran untuk menu asam pedas beliau.

Memerlukan kos sebanyak kira-kira rm40k untuk setup sebuah restoran yang biasa-biasa. Satu modal yang besar untuk dipertaruhkan tanpa mengetahui sejauh mana market dapat menerima produk asam pedas beliau.

So macam mana nak kurangkan risiko? Pening kepala nak fikir ni.
Dengan bantuan penceramah utama, Haji Omar yang mempunyai pengalaman yang lama di dalam dunia perniagaan, maka dia sarankan untuk ....

saranan beliau adalah untuk melakukan 'product validation' terlebih dahulu. Ah menatang apa pulak dah product validation nih. Tester ke? Masak dan panggil 50 orang untuk test masakan tersebut, lepas tu ambil feedback dari mereka. Macam ni ke?

Sekali jawapan tu salah daa.
Katanya dengan membuat product validation ni, ianya dapat mengurangkan risiko, test market, dapat membuat untung yang lebih disebabkan oleh kos operasi yang rendah, kos setup yang teramat minima. Aduh, dia punya klu ni lagi la membuatkan otak ni jem, dah la sejuk aircond ni tahap gigil.


Dari mempertaruhkan kos setup rm40k, baiklah Nina masak dari rumah. Contoh Nina masak 40 ketul asam pedas patin, masukkan dalam bekas yang sesuai dan letakkan di kedai makan yang tiada menjual asam pedas. Nina tolak dengan harga rm3 seketul, dan kedai menjual dengan harga rm4 seketul. Yang tak habis, Nina terpaksa menanggung kos tersebut.

Terlebih dahulu, Nina kena lah deal dengan kedai makan yang agak ramai pengunjung. Secara asanya, kedai ni tak ada sebab untuk menolak kerana mereka tidak perlu membayar terlebih dahulu, dan produk yang tidak laku, mereka tidak perlu menanggung kos.

Nina buat lah sticker 'Asam Pedas Nina ada disini', letak lah no tel untuk tempahan. Kedai makan tidak semestinya hanya satu, Nina boleh deal dengan 10 kedai makan yang berdekatan dengan rumah dia.

Dengan cara ini, Nina boleh mengukur penerimaan pelanggan terhadap asam pedas beliau. 
Jika kesemua 10 kedai makan tersebut habis, dan produk Asam Pedas Nina mula menjadi sebutan orang ramai hasil dari sticker yang dilekatkan di kedai-kedai makan tersebut, maka Nina boleh la memilih jalan untuk melaburkan rm40k untuk membuka restoran beliau.
Atau Nina bole memilih jalan untuk setup sebuah Central Kitchen untuk membekalkan kepada lebih banyak kedai makan.

Dengan cara ini, Nina boleh memulakan perniagaan dengan kos yang teramat minima.

Semoga bermanfaat, perkongsian ikhlas dari Shahril Sidek.