Friday, December 23, 2016

Kereta Baru Bila Gaji Naik?

Rentetan dari cerita Khairul Ezuwan dan Meor Zaidee mengenai kereta kereta yang pernah mereka miliki, saya pun nak berkongsi cerita juga.

2007
berkahwin, menetap di kuarters kerajaan. tiada kereta hanyalah motor honda ex5 menjadi tunggangan kami berdua ke sekitar bandar Melaka.
menanam azam utk beli kereta selepas membeli rumah pertama. dan kereta yg dibeli secara tunai. 
umpatan demi umpatan sering aku dan isteri terima, mana taknya, kerja sbg engineer di salah sebuah kilang paling tersohor di melaka, kereta pun tak boleh nak beli.
sabar, aku ada misi aku.

2009
alhamdulillah, rumah pertama telah berjaya dibeli. seminggu selepas tahun baru cina, kereta pertama untuk aku dan isteri, sebuah jentera antarabangsa Ford TX3 atau nama sportnya ford sampan, tahun dibuat pada 1991. kereta ni dibeli pada harga rm9000, bayar 2kali dengan owner selama 2bulan. kereta ini sudah cukup memberi makna yg bsr bg aku sekeluarga.
punyalah nak lagi jimat, aku install pulak sistem NGV. penjimatan 3 kali ganda dari penggunaan minyak petrol.

2011
dengan mendapatnya elaun khas sebanyak rm600, aku upgrade ke jentera Toyota Avanza. luas skit nak balik kampung dengan barangan baby nya lagi.

2013
perniagaan kereta sewa klezcar semakin berkembang, Avanza terpaksa disewakan. tiada kereta tetap. kebanyakan masa aku akan guna viva disebabkan kereta sewa aku mempunyai bilangan viva yg agak byk, jimat minyak beb.

2016
aku perlu asingkan kereta sewa dgn kereta sendiri. so aku tarik salah sebuah kereta sewa aku sebagai kereta utk personal dan family aku iaitu sebuah jentera buatan malaysia Proton Saga BLM buatan 2012 dgn bayaran bulanannya rm500 sahaja.

*kereta yg plg aku syg adalah Ford TX3, byk sgt kenangan dan ianya tidak pernah meragam. terpaksa dijual dgn harga rm6500 setelah aku membeli avanza, takut dibebani dgn roadtax insurans.

*sekarang ni dah tak susah, kalau rasa nak guna kereta besar utk balik kampung atau jumpa client, aku sewa saja dari klezcar.

3 comments:

  1. saya salute betul dengan otai-otai semua. Di usia muda menyimpan dan melabur. kemudian mendapat hasil. insyaallah akan follow langkah otai semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sanggup bersusah payah 5 tahun pertama untuk mendapatkan kesenangan 50 tahun seterusnya.

      Delete