Tuesday, October 25, 2016

KLEZCAR bakal beroperasi di KLIA2

Alhamdulillah, bersawang penuh dah blog ni. Maaf la, kekangan masa menyebabkan saya tidak dapat menulis dalam blog ini. Walaupon jauh di sudut hati tu, teringin je nak menulis paling kurangnya seminggu sekali.

Sejak dari May2016, perubahan besar telah dilakukan oleh pihak pengurusan Klezcar. 18 cawangan telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak HQ. Dan menjadikan team pengurusan HQ Klezcar bertambah bilangannya. Teratur dan tersusun sikit carta organisasi tu.
Dah ada yang jaga bahagian Admin, Marketing, Sales, business development dan lain-lain.

Kelam kabut, hiccup, tak biasa dgn portfolio baru, tu adalah benda biasa yang perlu ditangani segera agar semua kerja berada dilandasan yang sebetulnya. Banyak benda baru yang kami belajar, langgar dinding jer sehingga lah dinding tu pecah barulah kami berada di takuk yang seterusnya.

Tarikh keramat 1Nov2016 antara tarikh besar di dalam kalender Klezcar. Pembukaan cawangan baru Klezcar di Airport KLIA2. Memang betul, sebelum ni dah banyak cawangan baru yang kami bua, tetapi feel nya lain, sbb kali ni merupakan cawangan pertama yang kami buka di airport, sebelum ni kami buka di shoplot atau office biasa sahaja.

Hari ni, 25Oct16, kami akan ambil kunci, diorang bagi masa 1 minggu untuk kami siapkan booth tersebut sebelum kami beroperasi sepenuhnya pada 1Nov ini.

Kepada pelanggan klezcar yang selalu menggunakan kapal terbang, kini kami berada semakin hampir dengan anda. Anda boleh membuat tempahan awal di laman web https://www.klezcar.com/ dan pilih lokasi Airport KLIA2. Turun sahaja kepal terbang, anda terus boleh ke kaunter kami di Tingkat 1, kaunter no2.


1 comment: