Seperti yang sedia maklum, bisnes kereta sewa ni risikonya tinggi. Malahan ada pihak insurans tidak mahu untuk memberikan perlindungan insurans terhadap kereta sewa ini walaupun kereta sewa ini berpermit dan bayaran premium nya sekitar 5 kali ganda dari insurans biasa.
Pernah pada tahun 2014, kecoh mengenai nama seorang pemuda yang bergelar Aizat. Sewa kereta di merata tempat dan di bawa ke Dannok (Siam) untuk dijual pada kadar rm5k - rm10k. Yang saya tahu, lebih dari 20 biji telah di larikan oleh si Aizat ini. Tu yang saya tahu, yang saya tak tahu, entah berpuluh biji lagi kot.
Bagaimana untuk kita mengawal perkara sebegini berlaku?
Klezcar mengambil inisiatif untuk berkongsi database penyewa kereta sewa yang telah kami blacklistkan agar perkara yang tidak baik dapat dielakkan.
Anda boleh klik https://www.klezcar.com dan klik 'Search Blacklist' di bahagian bawah kanan.
Masukkan no ic dalam ruangan seperti dibulatkan dibawah.
Jika customer tersebut mempunyai sebarang masalah dengan pihak klezcar, akan keluar lah kenyataan seperti di atas. Jika tak ada apa apa masalah dengan kami, sistem akan tunjukkan No Record Found.
Semoga bermanfaat kepada semua.