Sunday, February 28, 2016

Double Up Your DERMA

Idea ni sebenarnya datang dengan tiba2. Tapi sebenarnya tiada apa yang berlaku selama ini tiada yang sia-sia, semuanya berlaku dengan izin Allah sebenarnya, mesti ada hikmah nya.

Ok berbalik kepada topik yang aku namakan sebagai Double Up Your DERMA.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, mula-mula sekali kita mesti set berapa nilai RM yang kita bajet untuk derma dalam sebulan, contohnya RM300. Sila set jumlah yang selesa dengan diri sendiri.
Kalau rasa beban nak derma rm300/month, bermula lah dengan apa amount yang selesa, tak kisahlah jika rm50/month pun.
Untuk cerita ni, saya gunakan bajet sebanyak rm300/month.

Secara logiknya, jika bajet derma kita sebulan rm300, maka rm300 lah akan masuk ke dalam tabung masjid setiap bulan (saya gunakan duit derma kepada tabung masjid sepenuhnya).
Macam mana dengan bajet rm300 sebulan, tapi duit masuk ke dalam tabung masjid adalah rm600. Hah macam mana nak buat mcm ni?
Bajet still sama iaitu rm300, tapi amount yg masuk ke dalam tabung masjid adalah double, maka pahala yang kita dapat pun akan automatik lah double.
Hah pelik bin ajaib ni.. Sabar yer, baca pelan2, bagi hadam elok2.

Dengan bermodalkan rm300 (bajet bulanan derma), kita gi beli minyak atar di Mydin. Beli yang paket banyak2. Modal untuk 1 botol minyak atar adalah rm3 (contoh), so kita akan dapat 100 botol minyak atar kan.
Kebiasaannya, peniaga runcit akan menjual 1 botol minyak atar dengan harga rm10/botol.

So kita gi jumpa la dengan AJK masjid utk letak botol minyak atar atas peti besi derma masjid. Make sure letak dalam 10-20 botol sahaja. Dan paling penting disini, korang kena buat bekas khas utk letakkan botol minyak atar ni, dan lekatkan nota "Dijual rm6/botol, duit sila letak dlm tabung masjid".

Contohnya, korang letak kat Masjid A sebanyak 10botol, kos korang adalah rm30. Bila habis shj 10botol tu, sebanyak rm60 sudah masuk ke dalam tabung masjid. So secara tak lgsg anda telah gandakan derma anda dari rm30 kepada rm60.
So bila korang tengok botol tu mula berkurangan, korang topup la bilangan botol tu.

Macam mana pula jika ada orang ambil minyak atar tu tanpa membayar ke dlm tabung masjid?
Tak apa la, itu antara dia dengan Allah. Semoga Allah membuka pintu hati dia untuk lebih menderma selepas ini.

Okay, korang dah faham konsep nya? bila korang dah faham konsep ni, pelbagai produk sbnrnya korang boleh buat seperti cth air mineral, beli berkotak kotak harga 1 botol dalam rm0.40, korang boleh jual dengan harga rm1. Dan duit masuk terus kedlm tabung masjid, bknnya dlm tabung khas yg mana kuncinya di pegang oleh korang. Silap2 haribulan duit tu masuk poket, tersalah guna pulak, dah tersasar daripada tujuan asal.

So mcm mana korang rasa? any komen?

4 comments:

  1. strategy bisnes cuma kita tidak ambil duit tu. Dan kita juga galakkan orang lain menderma untuk masjid. Setiap yg membeli ada juga bagian pahalanya

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa broo.
    X de update blog dah kesekarang?
    Merindui ilmu2 berbisa dari tuan nee..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete