Friday, December 23, 2016

Kereta Baru Bila Gaji Naik?

Rentetan dari cerita Khairul Ezuwan dan Meor Zaidee mengenai kereta kereta yang pernah mereka miliki, saya pun nak berkongsi cerita juga.

2007
berkahwin, menetap di kuarters kerajaan. tiada kereta hanyalah motor honda ex5 menjadi tunggangan kami berdua ke sekitar bandar Melaka.
menanam azam utk beli kereta selepas membeli rumah pertama. dan kereta yg dibeli secara tunai. 
umpatan demi umpatan sering aku dan isteri terima, mana taknya, kerja sbg engineer di salah sebuah kilang paling tersohor di melaka, kereta pun tak boleh nak beli.
sabar, aku ada misi aku.

2009
alhamdulillah, rumah pertama telah berjaya dibeli. seminggu selepas tahun baru cina, kereta pertama untuk aku dan isteri, sebuah jentera antarabangsa Ford TX3 atau nama sportnya ford sampan, tahun dibuat pada 1991. kereta ni dibeli pada harga rm9000, bayar 2kali dengan owner selama 2bulan. kereta ini sudah cukup memberi makna yg bsr bg aku sekeluarga.
punyalah nak lagi jimat, aku install pulak sistem NGV. penjimatan 3 kali ganda dari penggunaan minyak petrol.

2011
dengan mendapatnya elaun khas sebanyak rm600, aku upgrade ke jentera Toyota Avanza. luas skit nak balik kampung dengan barangan baby nya lagi.

2013
perniagaan kereta sewa klezcar semakin berkembang, Avanza terpaksa disewakan. tiada kereta tetap. kebanyakan masa aku akan guna viva disebabkan kereta sewa aku mempunyai bilangan viva yg agak byk, jimat minyak beb.

2016
aku perlu asingkan kereta sewa dgn kereta sendiri. so aku tarik salah sebuah kereta sewa aku sebagai kereta utk personal dan family aku iaitu sebuah jentera buatan malaysia Proton Saga BLM buatan 2012 dgn bayaran bulanannya rm500 sahaja.

*kereta yg plg aku syg adalah Ford TX3, byk sgt kenangan dan ianya tidak pernah meragam. terpaksa dijual dgn harga rm6500 setelah aku membeli avanza, takut dibebani dgn roadtax insurans.

*sekarang ni dah tak susah, kalau rasa nak guna kereta besar utk balik kampung atau jumpa client, aku sewa saja dari klezcar.

Wednesday, December 14, 2016

MEGA FREE SHARING 2.0

Jangan gundah gulana, berita baik kali ini saya bawakan. Mega Free Sharing 2.0 yang akan diadakan pada 14Jan17, bertempat di UKM Bangi dengan kos rm10 sahaja.
Maaf kali ini terpaksa mengmbil caj rm10 untuk cover kos dewan. Tahun lepas kami dah buat di UM, dan kami tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada peserta.

===========================================
REGISTRATION MEGA FREE SHARING - 14 JAN 2017
===========================================
Ini adalah link untuk register Mega Free Sharing. 
Untuk event ini, aku terpaksa caj RM10 seorang untuk cover sewa dewan dan kos lain. Siapa yang nak contribute lebih amat dialu alukan ...
Pada yang berminat untuk join Mega Free Sharing ini , sila ikut step berikut :-
1. Masuk website Mega Free Sharing
2. Buat bayaran rm10 per person .
3. Attach butiran bayaran sewaktu online registration
4. Pihak admin akan hantar voucher registration mega free sharing ke email anda dalam tempoh 48 jam.
5. Print dan bawa voucher tersebut pada hari free sharing .

Harap dapat kerjasama dari semua untuk melancarkan majlis ini ..
Boleh tolong war warkan pada rakan rakan lain.
Terima kasih
** sesiapa yang rasa rm10 tu mahal ..tak perlu join ... tiada paksaan untuk korang join majlis ini ...Tak perlu bising bising kenapa kena caj rm10 ..
Kalau korang boleh organize free event yang tiada caj langsung .
Dipersilakan ...


Thursday, October 27, 2016

Penyewa Blacklist Kereta Sewa

Bagaimana anda sebagai pengusaha kereta sewa membuat tapisan terhadap bakal pelanggan anda?
Seperti yang sedia maklum, bisnes kereta sewa ni risikonya tinggi. Malahan ada pihak insurans tidak mahu untuk memberikan perlindungan insurans terhadap kereta sewa ini walaupun kereta sewa ini berpermit dan bayaran premium nya sekitar 5 kali ganda dari insurans biasa.

Pernah pada tahun 2014, kecoh mengenai nama seorang pemuda yang bergelar Aizat. Sewa kereta di merata tempat dan di bawa ke Dannok (Siam) untuk dijual pada kadar rm5k - rm10k. Yang saya tahu, lebih dari 20 biji telah di larikan oleh si Aizat ini. Tu yang saya tahu, yang saya tak tahu, entah berpuluh biji lagi kot.

Bagaimana untuk kita mengawal perkara sebegini berlaku?
Klezcar mengambil inisiatif untuk berkongsi database penyewa kereta sewa yang telah kami blacklistkan agar perkara yang tidak baik dapat dielakkan.

Anda boleh klik https://www.klezcar.com dan klik 'Search Blacklist' di bahagian bawah kanan.



Masukkan no ic dalam ruangan seperti dibulatkan dibawah.



Jika customer tersebut mempunyai sebarang masalah dengan pihak klezcar, akan keluar lah kenyataan seperti di atas. Jika tak ada apa apa masalah dengan kami, sistem akan tunjukkan No Record Found.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Tuesday, October 25, 2016

KLEZCAR bakal beroperasi di KLIA2

Alhamdulillah, bersawang penuh dah blog ni. Maaf la, kekangan masa menyebabkan saya tidak dapat menulis dalam blog ini. Walaupon jauh di sudut hati tu, teringin je nak menulis paling kurangnya seminggu sekali.

Sejak dari May2016, perubahan besar telah dilakukan oleh pihak pengurusan Klezcar. 18 cawangan telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak HQ. Dan menjadikan team pengurusan HQ Klezcar bertambah bilangannya. Teratur dan tersusun sikit carta organisasi tu.
Dah ada yang jaga bahagian Admin, Marketing, Sales, business development dan lain-lain.

Kelam kabut, hiccup, tak biasa dgn portfolio baru, tu adalah benda biasa yang perlu ditangani segera agar semua kerja berada dilandasan yang sebetulnya. Banyak benda baru yang kami belajar, langgar dinding jer sehingga lah dinding tu pecah barulah kami berada di takuk yang seterusnya.

Tarikh keramat 1Nov2016 antara tarikh besar di dalam kalender Klezcar. Pembukaan cawangan baru Klezcar di Airport KLIA2. Memang betul, sebelum ni dah banyak cawangan baru yang kami bua, tetapi feel nya lain, sbb kali ni merupakan cawangan pertama yang kami buka di airport, sebelum ni kami buka di shoplot atau office biasa sahaja.

Hari ni, 25Oct16, kami akan ambil kunci, diorang bagi masa 1 minggu untuk kami siapkan booth tersebut sebelum kami beroperasi sepenuhnya pada 1Nov ini.

Kepada pelanggan klezcar yang selalu menggunakan kapal terbang, kini kami berada semakin hampir dengan anda. Anda boleh membuat tempahan awal di laman web https://www.klezcar.com/ dan pilih lokasi Airport KLIA2. Turun sahaja kepal terbang, anda terus boleh ke kaunter kami di Tingkat 1, kaunter no2.


Sunday, February 28, 2016

Double Up Your DERMA

Idea ni sebenarnya datang dengan tiba2. Tapi sebenarnya tiada apa yang berlaku selama ini tiada yang sia-sia, semuanya berlaku dengan izin Allah sebenarnya, mesti ada hikmah nya.

Ok berbalik kepada topik yang aku namakan sebagai Double Up Your DERMA.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, mula-mula sekali kita mesti set berapa nilai RM yang kita bajet untuk derma dalam sebulan, contohnya RM300. Sila set jumlah yang selesa dengan diri sendiri.
Kalau rasa beban nak derma rm300/month, bermula lah dengan apa amount yang selesa, tak kisahlah jika rm50/month pun.
Untuk cerita ni, saya gunakan bajet sebanyak rm300/month.

Secara logiknya, jika bajet derma kita sebulan rm300, maka rm300 lah akan masuk ke dalam tabung masjid setiap bulan (saya gunakan duit derma kepada tabung masjid sepenuhnya).
Macam mana dengan bajet rm300 sebulan, tapi duit masuk ke dalam tabung masjid adalah rm600. Hah macam mana nak buat mcm ni?
Bajet still sama iaitu rm300, tapi amount yg masuk ke dalam tabung masjid adalah double, maka pahala yang kita dapat pun akan automatik lah double.
Hah pelik bin ajaib ni.. Sabar yer, baca pelan2, bagi hadam elok2.

Dengan bermodalkan rm300 (bajet bulanan derma), kita gi beli minyak atar di Mydin. Beli yang paket banyak2. Modal untuk 1 botol minyak atar adalah rm3 (contoh), so kita akan dapat 100 botol minyak atar kan.
Kebiasaannya, peniaga runcit akan menjual 1 botol minyak atar dengan harga rm10/botol.

So kita gi jumpa la dengan AJK masjid utk letak botol minyak atar atas peti besi derma masjid. Make sure letak dalam 10-20 botol sahaja. Dan paling penting disini, korang kena buat bekas khas utk letakkan botol minyak atar ni, dan lekatkan nota "Dijual rm6/botol, duit sila letak dlm tabung masjid".

Contohnya, korang letak kat Masjid A sebanyak 10botol, kos korang adalah rm30. Bila habis shj 10botol tu, sebanyak rm60 sudah masuk ke dalam tabung masjid. So secara tak lgsg anda telah gandakan derma anda dari rm30 kepada rm60.
So bila korang tengok botol tu mula berkurangan, korang topup la bilangan botol tu.

Macam mana pula jika ada orang ambil minyak atar tu tanpa membayar ke dlm tabung masjid?
Tak apa la, itu antara dia dengan Allah. Semoga Allah membuka pintu hati dia untuk lebih menderma selepas ini.

Okay, korang dah faham konsep nya? bila korang dah faham konsep ni, pelbagai produk sbnrnya korang boleh buat seperti cth air mineral, beli berkotak kotak harga 1 botol dalam rm0.40, korang boleh jual dengan harga rm1. Dan duit masuk terus kedlm tabung masjid, bknnya dlm tabung khas yg mana kuncinya di pegang oleh korang. Silap2 haribulan duit tu masuk poket, tersalah guna pulak, dah tersasar daripada tujuan asal.

So mcm mana korang rasa? any komen?

Monday, February 15, 2016

Cubaan Untuk Belajar Pencen

Bemula awal Jan yg lalu, aku telah mula berpindah dari KL ke Kelantan. Pulang ke kampung halaman atas beberapa sebab. Terlalu poyo jika aku kongsikan sebab aku disini. Bukan tak nak cerita, tapi rs mcm medium ni kurg sesuai utk aku ceritakan. Beberapa kawan terdekat aku dah ceritakan sbb nya, bukan nya nk rahsiakan pun.

Bila aku balik ke kampung, aku mula terserempak dengan kawan-kawan lama aku, kawan zaman sekolah rendah dan menengah dulu. Bila mana mereka tahu yg aku sudah balik ke kampung halaman, ayat pertama yang terpacul dari mulut mereka adalah "mesti ko balik kg awal ni sbb ko nk bljr cara2 orang berpencen".

Lawak jgk ayat diorg ni bg aku, tp bila difikirkan balik, ada betul jgk ayat diorg ni. Baru 1bulan stgh aku berpindah, perasaan baru, pengalaman baru, kawan baru mula aku pelajari.
Patut la org yg pencen kadang2 terus bekerja. Sesetengah dari mereka mungkin benar2 memerlukan duit, tapi aku percaya sesetengah dari mereka bukan duit yang mereka dambakan, mereka lebih kepada mengisi masa lapang.

Agak susah utk percaya, tapi apabila kita sendiri test, barulah faham akan perasaan mereka ini. Habih masjid yg terdekat diorg pusing semata mata nak penuhkan jadual harian diorg dgn kuliah-kuliah agama,