Monday, December 7, 2015

Sorotan Free Sharing Hartanah & Side Income 6Dec2015

Alhamdulillah..
Selesai jugak event Free Sharing di UM semalam.

Kira2 sebulan yang lalu, Shafie Bustan atau lebih mesra dikenali sebagai Pie2020 mengajak aku untuk bagi talk dlm Free Sharing pada 6 Dec dengan topik menjana income dari kereta sewa.
Sebagai seorang kawan, aku terus ON tanpa ada soal. Apa2 kita support dulu, yg lain kita fikir kemudian.

Hari berlalu begitu pantas, registration dibuka 3 minggu awal dan kira2 1 minggu sebelum event, pendaftaran terpaksa ditutup, ianya kerana sambutan orang ramai di luar jangkaan. 900 orang yang register utk join Free Sharing ni. Kalau kita amik 50% kehadiran pun dah 450org. Tak pernah lagi aku buat talk di depan public seramai ni. Sakit perut datang tiba2.

Sperti biasa, persediaan yg terbaik adalah di saat akhir. Haha. Slide presentation aku hny prepare jam 3am pada 6Dec tu. Event start jam 9am, pkl 3am br buat slide, terbaik habis.. Siap buat slide dalam pkl 430am, mata dah berat. Aku tido. Pkl 630am bangun godek slide skit lagi. Alhamdulillah rasanya dah cukup kot utk perkongsian kejap lagi.

Geng2 klezcar turut membantu aku utk setup booth di event tersebut, just nak bagi awareness je pada public yang hadir. Ada la sikit free gift dari kami, kami bagi fridge magnet klezcar pada setiap org yg dtg ke booth kami sebagai tanda penghargaan.

Aku smp di UM jam 840am, berpusing pusing jugak la mencari dewan kuliah F. Sampai je di dewan kuliah F, aku tgk crew2 sibuk, dan aku pegi tlg menyibukkan semua org.
Ada teknikal problem plk dah, kami diuji dgn aircond dewan kuliah F yang mampu menmpung kira 500-600 org rosak tiba2.
Takkan la nak buat talk dlm dewan yg x ada aircond, maunyer pengsan nanti.

Terpaksa pakai plan B. Kami terpaksa pecahkan peserta yg hadir kepada 2 dewan yg lebih kecil. Tak muat pulak 2 dewan tu, kena bukak 3 dewan pulak. Tu pon ada yang terpaksa duduk atas lantai disebabkan tak ada kerusi. Minta maaf la semua, kita sudah merancang yg terbaik, tapi perancangan Allah yg terbaik.

Dah bukak 3 dewan kecil, kecil tak kecil la, satu dewan bole isi 200 orang jugak la. Terpaksa la jadual speaker diubah saat akhir. Aku kena cakap 1st di Dewan C. Pie dah Shariza cakap 1st di dewan A, dan Dewan B Paih Aman yg cakap 1st. Habih 45min, kami rotate. Terpaksa cakap 3 kali dalam sesi pagi tu. Betul2 menguji ketahanan fizikal dan mental. Belum lagi menahan perut yg sakit menahan cuak dan gigil berdepan dengan public yg ramai yg dtg dari pelbagai background.

Tapi semuanya berlalu begitu sahaja, Allah memberikan kekuatan kpd semua speaker, masalah ini tidak menimbulkan isu yg besar apabila sesi sharing bermula.
Ternyata peserta yg hadir pun bersemangat, pelbagai soalan di tanya dan ianya di jawab tanpa ada sebarang selindung dan tanpa sebarang upsale mana2 pakej.

Apa pun aku amat berpuas hati dan amat berterima kasih kepada penganjur kerana sudi menjemput aku utk berkongsi pengalaman kpd org ramai. terima kasih jua kepada semua peserta yg hadir, dari Melaka, dari Kuantan dari utara pun ada. Semoga dengan sedikit perkongsian pengalaman dari kami semua, dpt memberikan sedikit idea kpd anda semua untuk memulakan perniagaan.

Kepada yg terlepas sesi Free Sharing, terima kasih kpd sahabat saya Encik Firdaus Wahab kerana berjaya menyiarkan secara live sharing tersebut melalui KLEZCAR TV. Dah bila plk klezcar ada tv, aku pon tak tahu, lps seminar bila aku tgk youtube, br aku sedar adanya klezcar tv. Terbaik bro.













1 comment: