Wednesday, November 4, 2015

Klezcar Trip ke Guangzhou dan Shenzen

Hari pertama ke Guangzhou.
Flight kami dari klia2 jam 8pm. Perjalanan ke Gungzhou (juga dikenali sbg Canton dahulu nya), mengambil masa 4jam. Dah smp waktu dinner tu, kami 13org mengharapkan nak dinner atas flight la. Sekali troli mknn smp je kat kami, semua nasi dh habis. Ada yg bedal megi jer. Aku just minum hot choclate jer la.

Pkl 1230am, 28oct, kami smp ke Guangzhou Baiyun Airport. Keluar je kat balai ketibaan, nampak ada 7e. Masing2 serbu 7e tgk apa mknn yg boleh di mkn. Tp semua hampa, beli air je la. Mknn semua di ragui kehalalan nya. Maklum la kami semua ni 1st timer. Kalau otai travel, diorg akan baca ingredients dan tgk smada mknn tu tak ada benda haram, siap tahu kod2 ekstrak mknn lg tu. Kami hny berharapkan logo halal china shj. Sblm terlupa, logo halal china adalah berbeza dgn logo halal yg kita biasa tgk kat Malaysia.



Dah setel beli air, kami pun cari port utk kami bergelandangan di airport tu utk menunggu ke jam 10am di mana pd pkl 10am la bas shuttle akan tiba dan htr kami trs ke hotel di Dongguan, Guangdong.
Malam tu masing2 tido dengan kelaparan. Cari kedai mmg tutup la waktu tu. Nak cari kedai yg halal plk. Bkn senang.

Esoknya kami bangun solat subuh, berbekalkan sejadah yg dibawa, kami solat di ruangan legar tu aje. Tak jumpa surau pun. Org kat sana tgk pelik je kami solat. Ada jgk geng2 melayu lain join kami solat kat situ.

Pkl930am, ada sorg antara kami bgtau yg dia nmpk restoran halal di wing bhgn domestic. Lor besar lg rupanya airport ni. Yg kami duk tu rupanya international, agak buruk dan di bhgn domestic, suasananya jauh berbeza, jauh lg baik.

Pegi la kami semua ke restoran tu dfn hrpan nak makan la. Restoran halal di airport guangzhou, kedai tu di tingkat 1 belah wing domestic. Kalau dari international ni, kena cross naik jejantas ke wing domestic. Kedai dia x jauh dari lift pun.
Smp je dpn restoran br lah kami sedar yg jm dah pkl 945am. Lg 15min bas nak smp. Patah balik la kami mencari bas.

Perjalanan dari airport ke sheraton donghuan hotel mengambil masa 2jam, diorg kata sbb jalan jem. Kalau x jem dlm 1.5jam dh smp.
Smp hotel kami check in dan terus keluar mencari mknn. Nasib baik la kedai muslim dekat je ngn hotel. 3min jln kaki.

Keluar hotel sheraton dongguan, amik kanan, simpang pertama amik kanan lagi. Jalan terus masuk lorong dlm 300mtr, akan nmpk restoran halal warna hijau kat belah kanan.
Harga agak murah, lbh kurang kat malaysia je.

Lps mkn, pkl330pm kami gerak ke tempat exhibition utk setup booth.
Perjalanan lbh kurang 20min je. Lps setup pkl 6pm kami balik semula ke hotel.
Mlm tu kami dinner trs dan balik rehat, tidur awal mlm tu utk event esok.





No comments:

Post a Comment