Wednesday, November 18, 2015

Hari ke 3 di Guangdong, China

Hari ke3 di Guangdong.
Pkl930am kami cek out Sheraton Dongguan, deposit RMB500 setiap orang dikembalikan.
Sempat berborak dengan otai blogger iaitu Tuan Haji Amir, mesti x ramai yg kenal nama haji amir ni, saya sendiri baru je tahu nama sebenar dia, sebelum ni sy kenal dia dengan nama DenaiHati. Haa mesti korang pernah dengar nama DenaiHati kan. Dia datang le Guangdong ini bersama dgn kira2 30 yg lain sbg mewakili DPIM.
Pkl 10am kami smp ke tempat exhibition, agak ramai org di bhgn pintu masuk, yer la hari ni hari sabtu, weekend.
Smp je di booth kami, cik Jenny dah smp, dia smp seawal jam 9am lg. Mmg bgs la dia ni. Lps ni kalau dtg visit Guangzhou lg, bole pakai dia ni sbg translator. Byr hotel, transport, makan dan bg sedikit token, insyaallah dia sudi membantu.
Crowd mmg ramai hari ni. Tapi diorg byk tertumpu di kawasan yg menjual makanan. Tak ramai yg lalu di kawasan travel n tour ni.
Spt biasa, mslh utama kat sini adalah masalah komunikasi, cik jenny byk membantu kami dlm hal ini. Rajin dia, siap tlg distribute flyers lg.
Pkl2pm, byk booth2 yg dah kehabisan produk mula tutup. Produk spt makanan dan gaharu mendapat sambutan tinggi dari pengunjung.
Alhamdulillah, sepanjang 3 hari kami membuka booth, hampir 20org yg berminat dgn bisnes model klezcar. Insyaallah jika dipermudahkan urusan ada rezeki kami, klezcar akan bertapak di China. Begitu besar potensi kereta sewa di China ni.
Pkl515pm, kami mula menutup booth kami dan mula mengucapkan salam perpisahan dgn translator kami. Kami ambil shuttle bas ke Shenzen Airport. Bas smp dlm jam 6pm.
Pkl7pm kami smp ke Shenzen Airport. Besar dan cantik airport nya jika dibandingkan dgn Guangzhou Baiyun Airport. Kami smp di tingkat 4, turun ke tingkat 1 dan jalan ke pintu E utk mencari bas ke Metro. Ramai pulak ulat teksi yg cuba mencari pelanggan. Kami tny org disitu bas mana yg akan ke stesen Metro, dia kata tunggu je kat stesen tu, jap lg bas smp, bas bernombor M416. Tiket RMB2 shj.
Jarak dari airport oe stesen Metro sekitar 6km shj, perjalanan lbh kurang 10minit shj.
Dari stesen metro tu, kami beli tiket utk ke stesen Huaqiang Road, tiket RMB8 seorg. Mesin tiket hny dpt terina not RMB5 dan 10 shj. So korang kalau nak pegi, kena standby not kecik la.
Dh dpt token, sblm boleh masuk ke dlm stesen, kena scan bag dl, dh mcm nak naik flight plk rsnya.




Pkl 820pm, tren smp. Org agak lengang pd mulanya, lps tu mula penuh di stesen yg berikutnya, stesen kami masih jauh lg.

Pkl915pm, tren kami smp ke stesen Huaqiang Road.
Turun jer metro, kami tny org psl lokasi hotel yg telah ditempah oleh kwn Jenny yg tinggal di Shenzen. Alhamdulillah org yg kami tny tu tinggal berdekatan dgn lokasi hotel kami.
Dia htr kami smp ke hotel. Jauh jgk hotel ni dgn stesen Metro, rsnya dlm 2 3km. Ngan hari hujan lg, beg berat lg, semua mengah. Dlm pkl 10 kami smp la ke hotel.


Lps cek in, kami keluar semula utk mencari mkn. Td ms nak ke hotel kami nmpk restoran muslim. Agak besar kedai nya berbanding dgn kedai2 muslim di Guangdong. Dan harga mkn di kedai ni agak tinggi, compare dgn Guangdong.

Balik mkn dah pkl 12tgh mlm. Smp hotel aku trs tido. Diorg ajak pegi minum kopi plk, malas aku nk join, esok nak kena jalan jauh plk ni.

Wednesday, November 4, 2015

Klezcar Trip ke Guangzhou dan Shenzen

Hari pertama ke Guangzhou.
Flight kami dari klia2 jam 8pm. Perjalanan ke Gungzhou (juga dikenali sbg Canton dahulu nya), mengambil masa 4jam. Dah smp waktu dinner tu, kami 13org mengharapkan nak dinner atas flight la. Sekali troli mknn smp je kat kami, semua nasi dh habis. Ada yg bedal megi jer. Aku just minum hot choclate jer la.

Pkl 1230am, 28oct, kami smp ke Guangzhou Baiyun Airport. Keluar je kat balai ketibaan, nampak ada 7e. Masing2 serbu 7e tgk apa mknn yg boleh di mkn. Tp semua hampa, beli air je la. Mknn semua di ragui kehalalan nya. Maklum la kami semua ni 1st timer. Kalau otai travel, diorg akan baca ingredients dan tgk smada mknn tu tak ada benda haram, siap tahu kod2 ekstrak mknn lg tu. Kami hny berharapkan logo halal china shj. Sblm terlupa, logo halal china adalah berbeza dgn logo halal yg kita biasa tgk kat Malaysia.



Dah setel beli air, kami pun cari port utk kami bergelandangan di airport tu utk menunggu ke jam 10am di mana pd pkl 10am la bas shuttle akan tiba dan htr kami trs ke hotel di Dongguan, Guangdong.
Malam tu masing2 tido dengan kelaparan. Cari kedai mmg tutup la waktu tu. Nak cari kedai yg halal plk. Bkn senang.

Esoknya kami bangun solat subuh, berbekalkan sejadah yg dibawa, kami solat di ruangan legar tu aje. Tak jumpa surau pun. Org kat sana tgk pelik je kami solat. Ada jgk geng2 melayu lain join kami solat kat situ.

Pkl930am, ada sorg antara kami bgtau yg dia nmpk restoran halal di wing bhgn domestic. Lor besar lg rupanya airport ni. Yg kami duk tu rupanya international, agak buruk dan di bhgn domestic, suasananya jauh berbeza, jauh lg baik.

Pegi la kami semua ke restoran tu dfn hrpan nak makan la. Restoran halal di airport guangzhou, kedai tu di tingkat 1 belah wing domestic. Kalau dari international ni, kena cross naik jejantas ke wing domestic. Kedai dia x jauh dari lift pun.
Smp je dpn restoran br lah kami sedar yg jm dah pkl 945am. Lg 15min bas nak smp. Patah balik la kami mencari bas.

Perjalanan dari airport ke sheraton donghuan hotel mengambil masa 2jam, diorg kata sbb jalan jem. Kalau x jem dlm 1.5jam dh smp.
Smp hotel kami check in dan terus keluar mencari mknn. Nasib baik la kedai muslim dekat je ngn hotel. 3min jln kaki.

Keluar hotel sheraton dongguan, amik kanan, simpang pertama amik kanan lagi. Jalan terus masuk lorong dlm 300mtr, akan nmpk restoran halal warna hijau kat belah kanan.
Harga agak murah, lbh kurang kat malaysia je.

Lps mkn, pkl330pm kami gerak ke tempat exhibition utk setup booth.
Perjalanan lbh kurang 20min je. Lps setup pkl 6pm kami balik semula ke hotel.
Mlm tu kami dinner trs dan balik rehat, tidur awal mlm tu utk event esok.