Sunday, August 23, 2015

Komitmen Tinggi. Nak Buat Macam Mana?

Tgh2 malam dpt msg kat wassap. Sbnrnya soalan yg lebih kurang sama dgn soalan di bawah ni dah byk kali saya terima.

Saya rs mslh yg di alami oleh saudara yg bertny ini bukanlah satu isu baru. Kebanyakan org akan mengalami isu High Commitment atau kadar Debt Service Ratio yang melebihi tahap mampu buat loan, kebiasaannya bank akan memberi 60-70% kadar DSR bagi setiap individu.

Isu disini adalah bagaimana nak buat loan lagi jika DSR dah di tahap maksimum iaitu 70%?

Beberapa pendekatan boleh diambil.
Antaranya adalah dengan menydiakan Tenancy Agreement bagi rumah sewa anda. Dan kena igt, ianya meatilah dibuktikan bersama sama dengan bank statemnet yg menunjukkan nilai sewaan tersebut masuk ke dlm akaun anda.

Bagi agremeent pajak kereta pula, bank agak kurang berminat kerana bagi pandangan bank, ianya satu pelaburan yg berisiko tinggi, maka banyak bank tidak akan mengambil kira agrmnt pajak kereta ini. Walau bagaimana pun, tidak menjadi kesalahan utk anda sediakan dan tunjukkan kpd pihal bank, mana la tahu rezeki anda, pihak bank menerima dan mengambil kira sbg pendapatan tambahan.

Bila dah loan byk, komitmen dan kadar DSR menjadi semakin tinggi. Tiada lagi ruang utk membuat loan baru. So macam mana nak membeli rumah lagi? Nak beli rumah secara cash, cash mana la cukup.

Di awal penglibatan saya dalam pelaburan hartanah, ramai yg mengajar saya utk kurangkan 'komitmen' agar kadar DSR menjadi rendah, strsnya memberikan peluang utk sy membuat loan baru.

Tapi bagaimana saya nak kurangkan 'komitmen' tersebut jika komitmen tersebut seperti loan kereta yg masih berbaki rm40k dan loan rumah yg berbaki rm132k? Sy tak ada cash nak langsaikan hutang tersebut agar hutang tersebut tidak menjadi komitmen saya lagi.

Jadi saya rasa ianya bukanlah satu pendekatan yg sesuai dgn situasi saya.
Slps mengkaji dan berbincang dengan kawan2 seangkatan dengan saya, maka muncul lah idea utk menambah pendapatan di mata pihak bank.

So apa yg boleh di buat adalah dengan mengadakan pekerjaan kedua.
Seperti pekerjaan yg pertama, bank akan meminta kita utk membuktikan yg kita mempunyai pendapatan tambahan melalui pekerjaan yg kedua tadi.
Jadi kita kena bagi apa yg bank perlukan utk mengesahkan yang kita ini benar2 mempunyai pekerjaan kedua. Antara dokumen yg diperlukan ialah slip gaji, bank statement dan surat pengesahan majikan. Pihak bank akan membuat panggilan ke syarikat kedua yg anda bekerja tu utk pengesahan.

Jika dengan pekerjaan pertama yg mana anda menerima gaji rm4k, dan anda telah mempunyai kadar DSR 70%, maka dengan pertambahan pendapatan melalui pekerjaan kedua sebanyak rm6k (contoh), maka kadar DSR yg terkini telah menurun dan membolehkan anda membuat pinjaman baru.

Harapnya dengan sedikit perkongsian ini dpt memberikan sedikit idea kpd golongan yg mengalami masalah high commitment.


Sunday, August 16, 2015

Open House KLezcar 2015

Malam ini KLEZCAR akan mengadakan rumah terbuka. Semua dijemput hadir. Walaupun ada dikalangan pembaca ini pernah atau tidak pernah lagi berjumpa dengan mana-mana ahli di dalam KLEZCAR, anda semua dijemput hadir. Boleh jua kita mengambil kesempatan ini untuk bersuai kenal antara satu sama lain.

Semoga dgn kehadiran tuan/puan memeriahkan lagi susana majis kami.
Insyaallah program rumah terbuka kami masih lagi mengekalkan tentatif yang sama seperti tahun lepas iaitu majlis dimulakan dengan :
-Solat maghrib berjemaah.
-Ceramah agama yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ust Abdul Hadi Bakri.
-Makan-makan sampai lauk habis.

Insyaaallah tahun ini kami akan allocate 7 ekor kambing golek. Tahun lepas kami allocate 3 ekor, ingatkan dah cukup, sekali tetamu yang hadir ramai sangat, dalam masa tak sampai sejam dah licin dah kambing.