Friday, July 31, 2015

Student Tak Ada Kerja, Tak Ada Payslip, Nak Beli Rumah?

Khamis yang lalu aku didatangi oleh 2 orang remaja, umur 25tahun (sama dengan umur aku, tapi 8 tahun yg lalu la). Diorang ni berani jugak sbnrnya, berani contact aku nak jumpa aku personally. Byk nak tny pasal financial dan property.

Aku janji ngan diorang pkl3 aku free, sekali pkl3 tu urusan aku belum selesai bank, diorang dh sampai. Pkl 330 aku smp opis, kena menunggu la 30min diorang.

Sampai je kat opis, aku tgk diorang ni muda lagi. diorg perkenalkan diri masing. Dua2 masih student lagi, buat degree. Student pun nak beli rumah ke? belajar pon x abis lagi dah nak beli rumah. Hahah.. jarang ada student yang berfikiran mcm diorg ni. Apapun tahniah la sbb korang dah tak jadi macam orang biasa.

Byk jugak la soalan dia. Terutamanya pasal bagaimana diorng yag tiada paysilp, tiada gaji nak beli rumah.. Hah soalan cepu mas ni. Byk jugak la aku kongsikan dgn diorang, baru aku sedar yang aku dah berkarat dah pasal2 propety ni sampaikan nak kira DSR pon dah lupa formulanya.
Psl soalan diorang tu actually aku dah tulis dalam posting yang lepas. Korang godek2 la yer.

Aku harap dengan sedikit perkongsian tersebut, dapat la membuka minda diorang untuk bertindak. Semoga apa yang dikongsikan itu bermanfaat kepada mereka.

Untuk anak muda di luar sana, banyakkan membaca. Baca la forum, blog, ebook, buku atau pergi mana2 seminar yang free atau berbayar untuk mencari ilmu dalam bidang property ni. Berkawan la dengan mereka yang dah terlibat dalam bidang ini. Insyaallah anda boleh buat dan mampu berjaya dalam industri ini.

Aku sendri bermula dengan membaca forum, masa tu forum Bicara Jutawan. 2 tahun aku aktif dalam forum tu, tahun 2007-2009. 2 tahun barulah aku mempunyai keberanian untuk memulakan langkah yang pertama. Rumah pertama yang beli adalah sekitar pertengahan tahun 2009. 2 tahun aku sudah rugi sbnrnya. Tapi ianya tidak terlambat bagi aku untuk memulakan langkah pertama.

2 comments:

  1. huishhh berani betul budak-budak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena berani mengambil risiko.
      tapi calculated risk.

      Delete