Monday, April 13, 2015

Buku Bermulanya Episod Pelabur Hartanah

Insyaallah sudah 70% buku aku ni siap ditulis. Ianya sebenarnya hasil penulisan aku sendiri di dalam blog ini juga. Aku upah orang untuk dia complile kan semua posting hartanah aku untuk dijadikan sebuah buku.

Hasilnya amat memeranjatkan aku. Berguna jugak posting2 aku yang sebelum ni rupanya. Ditambah plak dengan kepakaran orang untuk menyusun atur topik agar ianya lebih tersusun dan senang faham.
Banyak jugak point-point baru yang aku tambahkan lagi agar memberikan lebih perisa umpph kepada buku tersebut.

Aku nampak yang buku tu sesuai kepada pelabur baru yang nak berjinak-jinak ke dalam dunia pelaburan hartanah seperti mana aku suatu ketika dahulu. 

Aku target by end of this month, buku aku tu siap 100% penulisannya. Bulan 5 dah boleh start cari orang edit untuk masukkan gambar dan buat cover. Bulan 5 jugak boleh start printing. Dalam Ramadhan insyaallah akan berada dipasaran.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku aku, nanti aku buat promo awal. Harga insyaallah berbaloi baloi, harga mampu milik tanpa GST. Hehe

Anyway terima kasih atas sokongan anda semua. Doakan saya agar buku saya ini mampu saya siapkan sepenuhnya dalam tempoh masa yang saya targetkan.

2 comments: