Friday, April 24, 2015

Tekanan menulis buku

Tertekan.. Aduh minggu ni tekanan makin dirasai. Target dlm bln 5 nk siap printing dah, ada 1minggu je lagi utk bln4 ni. Bab penulisan mcm byk jer nak kena tambah lagi, tapi page dah hampir 100 muka surat dah, tanpa sebarang gambar lg ni.

Dh siap tulis nak kena buh gambar plk. Gmbr2 lama semua dah hilang. Nak kena amik gambar baru utk lakonan semula. Yg bab gambar ni aku rs mcm tak berhadapan sgt. Bab menulis tu yg bermasalah bsr bg aku. Sbbnya aku menulis ikut mood.

Spttnya menulis ni bukan ikut mood, sbb semua info dah ada dalam kepala, cuma nak kena keluarkan sahaja. Tapi biasa la bagi penulis amatur mcm aku ni. Kadang2 terpengaruh dpn laptop 2jam, siap 2 perenggan jer. Teknik salah.

Byk jgk yg aku bljr dari ghost writer aku ni. Dia tunjukkan aku teknik menulis dengan betul. Janji fokus, dlm masa 3-5hari boleh siap menulis 1buku. Cepat giler.

Thursday, April 16, 2015

New Project | Cendana di Puncak Alam

Memang tidak dinafikan pada hari ini, Puncak Alam sudah menjadi satu nama yang tidak asing lagi di kalangan developer dan juga kepada si pembeli rumah kediaman.

Jika suatu masa dulu lebih kurang 5 6 tahun lepas, bila saya dengar je nama Puncak Alam ni, terus terpacul di mulut saya iaitu "mak aii, jauhnya beb". Tapi sekarang ni dah rasa dekat mungkin juga disebabkan oleh kepesatan pembangunan dan juga jaringan jalan raya.

Okay berbalik kepada new development yang ada di sana. Projek yang diberi nama Cendana dari Worldwide Holdings Berhad. Menawarkan rumah teres dua tingkat bermula dari rm585,888 - rm1070,888.

Ini adalah ungkapan yang ada di dalam blog http://carirumah.com.my/blog/2015/03/13/cendana/

What We Liked About It
  • Reasonably priced
  • Near UITM campus with 30,000 student capacity
  • Modern fa├žade design
  • Reasonably decent workmanship
  • Ready amenities with near proximity to Tesco and commercial area
  • Gated with security
  • Will benefit from the proposed DASH highway that will help significantly for those who travels to KL city Center for work
  • Potentially can emulate Section 7, Shah Alam

Aku bersetuju dengan point di atas. Populasi student UITM bakal melonjakkan harga dan juga permintaan terhadap kediaman di kawasan Puncak alam ini. 


Kalau korang nak berjumpa dengan otai hartanah Faidzul ridzuan, dia akan bagi talk pada hari sabtu 18April ni. Bole la topup skit ilmu hartanah dari otai berbisa.

Monday, April 13, 2015

Buku Bermulanya Episod Pelabur Hartanah

Insyaallah sudah 70% buku aku ni siap ditulis. Ianya sebenarnya hasil penulisan aku sendiri di dalam blog ini juga. Aku upah orang untuk dia complile kan semua posting hartanah aku untuk dijadikan sebuah buku.

Hasilnya amat memeranjatkan aku. Berguna jugak posting2 aku yang sebelum ni rupanya. Ditambah plak dengan kepakaran orang untuk menyusun atur topik agar ianya lebih tersusun dan senang faham.
Banyak jugak point-point baru yang aku tambahkan lagi agar memberikan lebih perisa umpph kepada buku tersebut.

Aku nampak yang buku tu sesuai kepada pelabur baru yang nak berjinak-jinak ke dalam dunia pelaburan hartanah seperti mana aku suatu ketika dahulu. 

Aku target by end of this month, buku aku tu siap 100% penulisannya. Bulan 5 dah boleh start cari orang edit untuk masukkan gambar dan buat cover. Bulan 5 jugak boleh start printing. Dalam Ramadhan insyaallah akan berada dipasaran.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku aku, nanti aku buat promo awal. Harga insyaallah berbaloi baloi, harga mampu milik tanpa GST. Hehe

Anyway terima kasih atas sokongan anda semua. Doakan saya agar buku saya ini mampu saya siapkan sepenuhnya dalam tempoh masa yang saya targetkan.