Wednesday, March 11, 2015

Pengalaman SS dalam berniaga

Aku terdedah kepada dunia perniagaan sejak aku dibangku persekolahan rendah lagi. Aku kerap di bawa oleh arwah ayah aku masa dia pergi berniaga, menghantar barang ke KL, Johor, Penang dan beberapa negeri lain yg aku sendri dah lupa.

Masa tu setiap kali hasil jualan yang diperoleh, arwah ayah aku sentiasa bagi kepada aku untuk aku kira jumlah nya, walhal aku dah pasti yang semuanya telah dikira terlebih awal. Mungkin masa tu ayah aku nak mendedahkan aku kepada wang ringgit yang agak banyak nilainya, kadang-kadang tu mencecah puluhan ribu. Antara benda yang sentiasa ada di dalam kereta arwah adalah getah dan stepler. Duit yang disusun rapi akan diikat dengan getah, jika jumlahnya sikit, ianya akan di stepler terlebih dahulu.

Arwah teramat jarang pergi ke bank untuk memasukkan hasil jualan, tidak pernah aku lihat arwah mempunyai buku cek. Yang aku perasan, arwah suka sangat beli barang kemas. Mungkin juga hasil keuntungan dari perniagaan, dia tukarkan kepada barang kemas.

Ok cukup sekadar itu lah intro kali ini. Kita masuk ke topik yang akan dikongsikan iaitu pengalaman aku berniaga. Ada point yg teramat penting dalam cerita kali ini iaitu FOKUS. Akan aku kongsikan di dalam penceritaan aku kat bawah, sila baca dengan penuh kesabaran. Hehe.

Mungkin aku pernah ceritakan dalam post yang sebelum ini mengenai penglibatan aku didalam beberapa bisnes lain sebelum bisnes kereta sewa di bawah jenama klezcar sekarang ini. Aku pernah buat bisnes jual handphone, bisnes ini aku buat masa kau menuntut di politeknik kota bharu 2000-2003. Masa tu tgh hot dengan hanset nokia 3210, 3310, 8250 dll, kira zaman kegemilangan nokia la masa tu. Ada yang hanset 3210 gantung kat leher, terasa lawak la plak bila terkenangkan trend zaman tu. Masa tu aku beli hanset 2nd hand dan jual balik, dapat la untung sebiji dalam rm30-50/unit. Cukup la duit belanja untuk 1 minggu.

Bila grad poli, aku berniaga aksesori hanset plk kat pasar malam. Mula2 amik stok di sekitar Kota Bharu je, bila duit modal dah ada rm500, aku amik stok kat lowyatt plak. Harga lagi murah la dari KB, almost 50% jugak la murahnya. Alhamdulillah dapat byk untung masa ni sbb aku fokus kpd bisnes ni satu jer buat masa tu, yer la aku dah grad masa tu, kiranya full time la aku sbg penjual aksesori handphone.

Entah mcm mn, aku boleh plak pegi keje sbg technician di sebuah kilang jepun di Melaka. Dah tak buat dah bisnes. Lps 1 tahun keje sbg technician, aku sambung belajar plak di Utem. Masa kat Utem aku berniaga batik pulak. Amik stok dari makcik aku kat kelantan, dia pos guna bas, jam 5am aku pegi tercongok kat Melaka Sentral sbb nak tunggu bas sampai. Pagi tu pukul 8am pegi kelas plak. Bila ada masa free baru aku pergi berniaga, jual kat kedai2 di area bandar Melaka tu. Dapatlah 1bulan dalam rm500-1k bahagian aku. Cukup la nak tanggung makan minum aku masa belajar tu.

Dah settle degree, keje Engineer kilang pulak, nama jer engineer, gaji rm1700 jer pun, sedih rasanya. Masa keje ni aku banyak membaca pasal bisnes dan juga pelaburan di forum, antara forum yang paling aku suka msa tu adalah forum BicaraJutawan. Mmg banyak giler info yang aku dapat dari forum tu. Masa tgh keje tu, aku terlibat dalam penternakan ikan talapia plk. Bela 3000 ekor kat kolam sebelah rumah sewa aku, last2 rugi gitu jer sbb salah teknik, ikan 70-80% mati pada hari tuaian.

Masa ni jugak aku banyak follow pasal hartanah. Cuma belum ada keberanian jer nak beli rumah masa tu. Last sekali masa 2009 aku beli rumah pertama melalui lelong, aku pakai ejen dan menang pada harga rm64k sebuah flat di KL, masa tu market flat tu dalam rm70k. Takder la murah sangat, ah tak kisah la janji aku dah bermula beli rumah. Dah 2 tahun aku buang masa untuk aku beli rumah pertama.

Sejak dari tu, aku terlibat secara aktif dalam hartanah lelong terutamanya. Banyak unit2 yang aku beli menerusi lelongan yang aman aku pegi bidding sendri tanpa menggunakan khidmat ejen lagi. Last2 pada tahun 2012 aku pulak jadi ejen secara tak langsung. Sempat jugak la aku uruskan pembelian kira-kira 30 biji rumah. Masa ni pulak aku baru-baru buat kereta sewa.

Selepasa 2 bulan aku buat kereta sewa, aku mula slow dalam bidang ejen hartanah lelong. Fokus aku mula lari ke bidang kereta sewa pulak. Akhirnya aku membuat keputusan untuk berhenti dari menjadi ejen hartanah lelong dan mula fokus kepada bisnes kereta sewa sahaja.

Dah elok buat kereta sewa, dah rasa macam otai dah, menggatal nak buat 2nd bisnes plak. Aku take over 1 carwash di Subang pada harga rm24k. Bulan pertama -bulan ke3 aku kerugian dalam bisnes carwash. Sales carwash hanya lepas bayar gaji pekerja sahaja, aku terpaksa keluarkan dut poket untuk bayar sewa tapak rm1500. Pada bulan ke4, sales mula menunjukkan peningkatan positif. Sales mula break even dengan overhead. Kiranya aku dah tak perlu nak keluarkan duit poket aku lagi. Alhamdulillah. Pada bulan ke4 tu juga, aku ambil keputusan untuk menjual bisnes carwah tu. Dalam masa 2 minggu, ada orang yang berminat untuk mengambil alih perniagaan tersebut pada harga rm32k. Kiranya keuntungan rm32k - rm24k = rm8k tu sebenarnya adalah jumlah kerugian yang terpaksa aku tanggung sepanjang 4 bulan lebih aku mengusahakan perniagaan carwash ini. Pendek cerita aku tidak kerugian RM dalam bisnes ni sebab aku dapat jual mahal dari harga aku beli dulu dan keuntungan tu cover kerugian 4bulan tu.

Apa yang menyebabkan aku mengambil keputusan untuk menjual bisnes carwash aku tu sedangkan ianya dah mula menunjukkan peningkatan yang positif? secara logiknya sales bulan lepas dijangka akan lebih dari overhead, so akan menghasilkan keuntungan yang pertama.

Aku mengambil keputusan tersebut sebab fokus aku terhadap 1st bisnes aku iaitu bisnes kereta sewa mula lari, aku mula fokus kepada carwash, menyebabkan sales bisnes kereta sewa aku menurun sepanjang aku mula terjebak dengan 2nd bisnes walaupun 2nd bisnes aku tu aku x involve sgt secara fizikal.
Ya memang betul, aku tak perlu mencuci kereta, aku x perlu vakum kereta, semuanya dilakukan oleh pekerja aku. Tetapi aku perlu berfikir, otak aku mula fokus kpd carwash sehingga lupa akan 1st bisnes tadi.

Selepas jual carwash, aku mula fokus kembali kepada bisnes kereta sewa, alhamdulillah sales aku meningkat kembali dan akhirnya ianya menjana keuntungan yang lebih lagi jika dibandingkan dengan 2nd bisnes aku tu.

So aku nasihatkan kepada pembaca semua agar fokus kepada benda apa yang kita buat sekarang. Tak perlu lah menggatal nak pegi buat 2nd bisnes jika 1st bisnes anda tu belum full automate dan matang. Jika rasa 1st bisnes dah tak boleh berdaya saing, tukar je ke bisnes lain. Fokus kepada satu benda shj, insyaallah dengan pertolongan Allah, anda boleh berjaya.

p/s: Sila layari website baru kami. www.klezcar.com untuk tempahan kereta sewa.

3 comments:

  1. Assalam brader shahril. Macam mana nak join kleasycar tu? Sy tgk di perak tak ada. Potensi disana tu sbb sy mmg org sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, hari sabtu ni, 30May2015 jam 10am kami akan mengadakan sesi penerangan bagaimana utk join klezcar bertempat di HQ klezcar no 26-3, jln pjs3/34, tmn sri manja 46000 pj slgr.
      jemput datang.

      Delete
  2. Sye berminat nak sewa kete dri syarikat klezcar nie...nak overhoul kancil bulan 1/16..sye pun minat rumah lelong n bisnes kete nie...ingat nak beli axia sebijik ...boleh ke sye joint klezcar nie? Femes klezcar nie :-)

    ReplyDelete