Sunday, February 22, 2015

Pencapaian yang memberangsangkan

Awal bulan lepas aku agak busy, agak lama aku out station rasanya hampir 1 bulan kot. Kami melawat branch klezcar yang berada di luar Klang Valley ni. Tour dimulakan dgn negeri Kelantan, kenapa start dengan Kelantan? sebab kami nak balik kampung sekali. Sambil tour sambil bercuti sambil balik kampung. Lama kami duk kat kelantan, rasanya hampir 10 hari kot. Padahal plannya 1 negeri tu 3 hari jer. heheh. Mentang2 la balik kampung, tu yang drag smp 10 hari.

Seterusnya partner aku ke Terengganu, aku tak ikut sbb nak kena balik KL hantar wife n anak , Isnin tu wife dah nak kena keje. 3 hari diorang kat Terengganu. Agak kritikal keadaan di sana di sebabkan oleh bbrp faktor. Alhamdulillah diorang dah disuntik dengan semangat baru dan task yang akan mengembalikan mereka ke track yang sepatutnya.

Seterusnya kami berkumpul di Penang plak. Flight aku dari KLIA manakala partner aku dari Kota Bharu disebabkan tiada flight dari Terengganu ke Penang. Aku smp 2 jam awal dari diorg smp. Branch Ayer Hitam sudah menunggu ketibaan aku sejurus aku landing. Kami solat Asar dulu sementara menunggu ketibaan Fuad & Farhan yang dari KB.

Lepak minum dulu dpn airport penang, 1st time aku kat airport penang tu, kecik jer rupanya. Sebelum bertolak ke Alor star disebabkan oleh fasiliti utk sesi pembelajaran lebih selesa di sana berbanding dgn penang, kami singgah ke masjid Kapitan yg tepi nasi kandar beratur. Plannya lps solat isyak, tunggu pkl10 nak pekena ns kandar beratur la. Sekali ada majlis sambutan MaulidurRasul kat masjid tu. Memang ramai orang. Ada plak hamba allah yang sedekahkan nasi kat sana. Dah rezeki kami, dapat la mkn nasi free malam tu, cansel plan nasik kandar beratur.

Sesi kat utara agak memberangsangkan. Branch di Alor Star agak stabil manakala 2 branch di Penang masih baru, jadi fasa untuk melengkapkan sistem dan menambah bilangan kereta yg ada amat penting.

Settle di utara, kami fly ke JB. Sampai di JB kami putus angin.. Sebab diorang lewat  smp airport, kami kena tunggu 1jam lbh br diorg smp. Aii, ni nak kena denda ni. Siap la korang nanti. Diorg smp jer, kami buat muncung, sajer jer nak kenakan diorg balik. Dlm kereta semua senyap. haha lawak btol. Mana la pernah geng klezcar ni senyap melainkan tido, tido pon bising jgk sbnrnya, bising dgn dengkuran, haha.
Smp half way, kami suh driver tu berenti kat petrol pam, semua turun, dan sesi denda mengambil tempat slps mendengar ceramah dari kitaorg. Kena buat stail jalan itik diorg, mmg lawak dan diorg mmg sporting. Pecah perut aku malam tu tahan gelak.

Sesi JB agak wow.. perkembangan diorang amat memberangsangkan. 3 branch di sana sudah ditahap fasa terakhir dalam fasa melengkapkan sistem. Nampak mcm gayanya, diorang will be ready to open up another branch soon.

Dah settle JB, kami naik bas ke Seremban plk. Naik bas pukul 12 tgh mlm, dijangka smp seremban pkl 330am. Sekali celik mata, hentian puduraya. hahha.. pukul 5am. Balik HQ amik kereta barulah ke seremban.

Seremban pun sama jgk dgn JB, fasa yg sama. Tahniah diucapkan. Tapi banyak lagi benda yang perlu dibuat untuk kita pergi lebih jauh.

No comments:

Post a Comment