Wednesday, January 21, 2015

New UnderCon Project | Seri Binjai

Rata-rata menginginkan kediaman yang selesa dan selamat. Saper yang nak duk kat flat @ apartment murah, kalau boleh semua orang (termasuk lah saya) nak kan rumah yang besar dan selesa, dah lah nak besar dan selesa, nak murah plak tu. Heheh.

Rata-rata projek baru sekarang ni, rumah double storey dah start cecah rm500k, realiti yang harus di hadap pada hari ini.

Aku dapat info mengenai satu projek di Rahang yang dinamakan Seri Binjai, Rahang ni di Seremban yer. Hiruk pikuk kota metropolitan agak kurang, amat sesuai dgn ketengan jiwa dan minda utk berehat setelah seharian berhempas pulas mencari rezeki di kota.

Pihak IJM telah membuat satu tawaran yang agak menarik bagi memudahkan pembeli di luar sana iaitu dengan mengadakan "Skim ansuran deposit tanpa faedah".

Harga rumah double storey yang bersaiz 22x65 ditawarkan pada harga rm412k, harga yang kompetetif sy rasa.

Dengan rekabentuk moden dan jarak dengan bandar seremban hanya sekitar 10 min shj, sy yakin yang projek ini mampu menarik minat si pencari rumah kediaman.

Apa pun, do ur homework 1st, get survey the area & make a good decision.

Info lanjut mengenai projek ini, layari http://www.seribinjai.com





Friday, January 16, 2015

Kira-Kira Bisnes

Kira-kira sesuatu bisnes.

Baru - baru ini aku berborak dgn seorang kawan. Dia timbul kan isu bbrp jenis perniagaan yg high profit margin. Wow, semua org nak high profit margin kan, termasuk la aku. Terus bersemangat aku. Haha. Mata duitan btol la.

Apa bisnes yg high profit margin? Antara yg dibincangkan adalah bisnes kedai gantung rambut. Apa modal yg terlibat utk menggunting rambut seorang pelanggan?
Gunting, mesin gunting rambut, sikat, kain atas, shaver, kerusi, cermin. Apa yg dpt diperhatikan disini adalah semua barangan ini adalah jenis sekali beli & boleh pakai byk kali kecuali shaver yg jenis guna mata pisau tu, so mata pisau biasanya diorg sekali guna jer. Katakan la kos setup utk beli semua brgn itu rm3k. Maka kos rm3k jika dibahagikan dlm ms 10bln, maka kos sbulan adalah rm300 bg mendapat kan semula modal yg dilaburkan.

Tuan Guru Nik Aziz
Jika 1hari biasa secara puratanya si penggunting rambut tersebut boleh mendapatkan 6 orang pelanggan dengan harga upah rm7 seorang, maka sehari dia dapat rm42, sebulan kalau 25hari maka rm1050, kalau tolak dgn kos rm300/bln tadi maka untung kasar adalah rm 750.
Pada bulan yg ke11 dan seterusnya, tiada lg kos bulanan rm300 tu, maka untung kasarnya adalah rm1050. not bad.

Tapiiiii.. untung ini ada siling dia. kat mana siling dia?
siapa yg tahu sila komen..

Sunday, January 4, 2015

Misi Bantuan Banjir 2014/2015 di Pantai Timur

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, team klezcar diberikan kekuatan dan kesempatan utk membantu mengagihkan barang bantuan hasil dari sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir yang terlibat.

Misi kami di mulakan di kawasan Rantau Panjang pada 21 Dec 2014. Kami bergabung tenaga dengan NGO PeKA (Pertubuhan Kembara Amal). 2 hari kami berada di Rantau Panjang.





Misi ke2 kami ke Kuala Krai. Laloh, Lata Rek, Kg Budi dan Kg Karangan.

Insyaallah bila berkelapangan saya akan ceritakan details mengenai setiap misi ini. Buat masa ini masa mencemburui saya.







Kami akan sekali lagi ke Kelantan dalam misi bantuan banjir ke3 pada Rabu 7Jan2015 ni. Kami memerlukan sumbangan dari anda.

Teruskan menderma. Wang ringgit boleh di bank in ke akaun CIMB Pelagat Maju Services 8600541917.