Friday, December 11, 2015

Homestay di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Alhamdulillah, kami telah membuka 1 unit homestay baru terletak di Jalan Klang Lama (old klang road) / Puchong, Kuala Lumpur.

Kemudahan yang disediakan di dalam homestay di KL ini:
  • 2 bilik tidur
  • 1 aircond di bilik tidur utama
  • 2 bilik air
  • Dapur + peralatan memasak + pinggan mangkuk
  • Peti sejuk + rice cooker + kettle
  • Ruang tamu + ruang makan yang selesa.
  • TV
  • Mesin basuh
  • Iron board + iron
  • Sejadah + Telekung untuk beribadat.
  • Dan banyak lagi


Kelebihan Homestay di Old Klang Road ini:
  • Bersebelahan Masjid Abdul Rahman bin Auf
  • Bersebelahan Klinik Kesihatan Petaling Bahagia
  • Berdepan KFC
  • Berdekatan pelbagai kedai makan


Lokasi berdekatan dgn Homestay di KL ini:
  • 5minit Stesen Komuter Petaling
  • 5minit Mid Valley Mega Mall
  • 10minit Pusat Bandar Petaling Jaya
  • 10minit Kuala Lumpur Sentral Station (KL Sentral)
  • 10minit Kompleks Sukan Bukit Jalil
  • 10minit Sunway Lagoon Theme Park
  • 15minit  Kuala Lumpur City Centre (KLCC) 
  • 30minit Putra World Trade Centre (PWTC
  • 45 minit Kuala Lumpur International Airport (KLIA) 


Alamat: 
Pangsapuri Tulin, Jalan Sri jati3, Taman Sri Jati, 58200 Kuala Lumpur.

Kami menawarkan harga serendah:
RM200/mlm weekday
RM250/mlm weekend


Cepat!! book slot anda dengan segera. Kami menantikan kedatangan anda. 

Sila hubungi kami di talian : 012.2020.967

Maklumat Lanjut, layari http://homestaydikb.blogspot.my/


Ruang Tamu
Ruang Tamu
Ruang Dapur

Ruang Makan




Monday, December 7, 2015

Sorotan Free Sharing Hartanah & Side Income 6Dec2015

Alhamdulillah..
Selesai jugak event Free Sharing di UM semalam.

Kira2 sebulan yang lalu, Shafie Bustan atau lebih mesra dikenali sebagai Pie2020 mengajak aku untuk bagi talk dlm Free Sharing pada 6 Dec dengan topik menjana income dari kereta sewa.
Sebagai seorang kawan, aku terus ON tanpa ada soal. Apa2 kita support dulu, yg lain kita fikir kemudian.

Hari berlalu begitu pantas, registration dibuka 3 minggu awal dan kira2 1 minggu sebelum event, pendaftaran terpaksa ditutup, ianya kerana sambutan orang ramai di luar jangkaan. 900 orang yang register utk join Free Sharing ni. Kalau kita amik 50% kehadiran pun dah 450org. Tak pernah lagi aku buat talk di depan public seramai ni. Sakit perut datang tiba2.

Sperti biasa, persediaan yg terbaik adalah di saat akhir. Haha. Slide presentation aku hny prepare jam 3am pada 6Dec tu. Event start jam 9am, pkl 3am br buat slide, terbaik habis.. Siap buat slide dalam pkl 430am, mata dah berat. Aku tido. Pkl 630am bangun godek slide skit lagi. Alhamdulillah rasanya dah cukup kot utk perkongsian kejap lagi.

Geng2 klezcar turut membantu aku utk setup booth di event tersebut, just nak bagi awareness je pada public yang hadir. Ada la sikit free gift dari kami, kami bagi fridge magnet klezcar pada setiap org yg dtg ke booth kami sebagai tanda penghargaan.

Aku smp di UM jam 840am, berpusing pusing jugak la mencari dewan kuliah F. Sampai je di dewan kuliah F, aku tgk crew2 sibuk, dan aku pegi tlg menyibukkan semua org.
Ada teknikal problem plk dah, kami diuji dgn aircond dewan kuliah F yang mampu menmpung kira 500-600 org rosak tiba2.
Takkan la nak buat talk dlm dewan yg x ada aircond, maunyer pengsan nanti.

Terpaksa pakai plan B. Kami terpaksa pecahkan peserta yg hadir kepada 2 dewan yg lebih kecil. Tak muat pulak 2 dewan tu, kena bukak 3 dewan pulak. Tu pon ada yang terpaksa duduk atas lantai disebabkan tak ada kerusi. Minta maaf la semua, kita sudah merancang yg terbaik, tapi perancangan Allah yg terbaik.

Dah bukak 3 dewan kecil, kecil tak kecil la, satu dewan bole isi 200 orang jugak la. Terpaksa la jadual speaker diubah saat akhir. Aku kena cakap 1st di Dewan C. Pie dah Shariza cakap 1st di dewan A, dan Dewan B Paih Aman yg cakap 1st. Habih 45min, kami rotate. Terpaksa cakap 3 kali dalam sesi pagi tu. Betul2 menguji ketahanan fizikal dan mental. Belum lagi menahan perut yg sakit menahan cuak dan gigil berdepan dengan public yg ramai yg dtg dari pelbagai background.

Tapi semuanya berlalu begitu sahaja, Allah memberikan kekuatan kpd semua speaker, masalah ini tidak menimbulkan isu yg besar apabila sesi sharing bermula.
Ternyata peserta yg hadir pun bersemangat, pelbagai soalan di tanya dan ianya di jawab tanpa ada sebarang selindung dan tanpa sebarang upsale mana2 pakej.

Apa pun aku amat berpuas hati dan amat berterima kasih kepada penganjur kerana sudi menjemput aku utk berkongsi pengalaman kpd org ramai. terima kasih jua kepada semua peserta yg hadir, dari Melaka, dari Kuantan dari utara pun ada. Semoga dengan sedikit perkongsian pengalaman dari kami semua, dpt memberikan sedikit idea kpd anda semua untuk memulakan perniagaan.

Kepada yg terlepas sesi Free Sharing, terima kasih kpd sahabat saya Encik Firdaus Wahab kerana berjaya menyiarkan secara live sharing tersebut melalui KLEZCAR TV. Dah bila plk klezcar ada tv, aku pon tak tahu, lps seminar bila aku tgk youtube, br aku sedar adanya klezcar tv. Terbaik bro.













Tuesday, December 1, 2015

Pernah dengar ttg platform iHartanah?

susah nak jual rumah?
nak iklan kan rumah anda di mana?

pelbagai cara dan pendekatan boleh diambil untuk anda mengiklan kan unit anda. Ada yang suka iklan kan di mudah.my, ada yg sukak memilih forum sebagai platform pengiklanan. Kini anda boleh masukkan satu lagi platform di dlm senarai platform anda iaitu iHartanah.com.my atau klik http://linktrack.info/.1ey0y

Di sini anda boleh iklan kan unit anda secara percuma. Platform ini saya telah usha, agak mudah dan friendly kpd pengguna.

Pihak majalah niaga telah membuat review mereka terhadap platform ini, anda boleh baca di http://www.majalahniaga.com/reviu/ihartanah-com-my-jual-hartanah-anda-dengan-pantas-mudah

Salah satu point yg saya suka di dalam review oleh Majalah Niaga adalah point no 4.

4) Integrasi Melalui Maps

maps di ihartanah
Sebagai seorang prospek yang ingin membeli hartanah, antara perkara yang tersenarai dalam pertimbangan mereka adalah lokasi hartanah. Kebiasaanya mereka akan mengambil kira lokasi rumah yang berdekatan dengan tempat kerja, kemudahan sekeliling dan faktor-faktor lain.
Dengan kata lain, dengan integrasi dengan maps ini memudahkan prospek untuk membuat pertimbangan sebelum menghubungi para agen untuk tindakan selanjutnya.
Untuk mengaktifkan dan menetapkan lokasi hartanah di bahagian Maps ini, para agen perlu dragpenanda ke lokasi hartanah, atau meletakkan no. Latitute dan no. Longitude dan sistem akan secara automatik menetapkan lokasi dengan tepat. Sangat mudah!

Kepada pengasas iHartanah Encik Saufi Karim, tahniah diatas tertubuhnya platform ini. Semoga sukses selalu.


Wednesday, November 18, 2015

Hari ke 3 di Guangdong, China

Hari ke3 di Guangdong.
Pkl930am kami cek out Sheraton Dongguan, deposit RMB500 setiap orang dikembalikan.
Sempat berborak dengan otai blogger iaitu Tuan Haji Amir, mesti x ramai yg kenal nama haji amir ni, saya sendiri baru je tahu nama sebenar dia, sebelum ni sy kenal dia dengan nama DenaiHati. Haa mesti korang pernah dengar nama DenaiHati kan. Dia datang le Guangdong ini bersama dgn kira2 30 yg lain sbg mewakili DPIM.
Pkl 10am kami smp ke tempat exhibition, agak ramai org di bhgn pintu masuk, yer la hari ni hari sabtu, weekend.
Smp je di booth kami, cik Jenny dah smp, dia smp seawal jam 9am lg. Mmg bgs la dia ni. Lps ni kalau dtg visit Guangzhou lg, bole pakai dia ni sbg translator. Byr hotel, transport, makan dan bg sedikit token, insyaallah dia sudi membantu.
Crowd mmg ramai hari ni. Tapi diorg byk tertumpu di kawasan yg menjual makanan. Tak ramai yg lalu di kawasan travel n tour ni.
Spt biasa, mslh utama kat sini adalah masalah komunikasi, cik jenny byk membantu kami dlm hal ini. Rajin dia, siap tlg distribute flyers lg.
Pkl2pm, byk booth2 yg dah kehabisan produk mula tutup. Produk spt makanan dan gaharu mendapat sambutan tinggi dari pengunjung.
Alhamdulillah, sepanjang 3 hari kami membuka booth, hampir 20org yg berminat dgn bisnes model klezcar. Insyaallah jika dipermudahkan urusan ada rezeki kami, klezcar akan bertapak di China. Begitu besar potensi kereta sewa di China ni.
Pkl515pm, kami mula menutup booth kami dan mula mengucapkan salam perpisahan dgn translator kami. Kami ambil shuttle bas ke Shenzen Airport. Bas smp dlm jam 6pm.
Pkl7pm kami smp ke Shenzen Airport. Besar dan cantik airport nya jika dibandingkan dgn Guangzhou Baiyun Airport. Kami smp di tingkat 4, turun ke tingkat 1 dan jalan ke pintu E utk mencari bas ke Metro. Ramai pulak ulat teksi yg cuba mencari pelanggan. Kami tny org disitu bas mana yg akan ke stesen Metro, dia kata tunggu je kat stesen tu, jap lg bas smp, bas bernombor M416. Tiket RMB2 shj.
Jarak dari airport oe stesen Metro sekitar 6km shj, perjalanan lbh kurang 10minit shj.
Dari stesen metro tu, kami beli tiket utk ke stesen Huaqiang Road, tiket RMB8 seorg. Mesin tiket hny dpt terina not RMB5 dan 10 shj. So korang kalau nak pegi, kena standby not kecik la.
Dh dpt token, sblm boleh masuk ke dlm stesen, kena scan bag dl, dh mcm nak naik flight plk rsnya.




Pkl 820pm, tren smp. Org agak lengang pd mulanya, lps tu mula penuh di stesen yg berikutnya, stesen kami masih jauh lg.

Pkl915pm, tren kami smp ke stesen Huaqiang Road.
Turun jer metro, kami tny org psl lokasi hotel yg telah ditempah oleh kwn Jenny yg tinggal di Shenzen. Alhamdulillah org yg kami tny tu tinggal berdekatan dgn lokasi hotel kami.
Dia htr kami smp ke hotel. Jauh jgk hotel ni dgn stesen Metro, rsnya dlm 2 3km. Ngan hari hujan lg, beg berat lg, semua mengah. Dlm pkl 10 kami smp la ke hotel.


Lps cek in, kami keluar semula utk mencari mkn. Td ms nak ke hotel kami nmpk restoran muslim. Agak besar kedai nya berbanding dgn kedai2 muslim di Guangdong. Dan harga mkn di kedai ni agak tinggi, compare dgn Guangdong.

Balik mkn dah pkl 12tgh mlm. Smp hotel aku trs tido. Diorg ajak pegi minum kopi plk, malas aku nk join, esok nak kena jalan jauh plk ni.

Wednesday, November 4, 2015

Klezcar Trip ke Guangzhou dan Shenzen

Hari pertama ke Guangzhou.
Flight kami dari klia2 jam 8pm. Perjalanan ke Gungzhou (juga dikenali sbg Canton dahulu nya), mengambil masa 4jam. Dah smp waktu dinner tu, kami 13org mengharapkan nak dinner atas flight la. Sekali troli mknn smp je kat kami, semua nasi dh habis. Ada yg bedal megi jer. Aku just minum hot choclate jer la.

Pkl 1230am, 28oct, kami smp ke Guangzhou Baiyun Airport. Keluar je kat balai ketibaan, nampak ada 7e. Masing2 serbu 7e tgk apa mknn yg boleh di mkn. Tp semua hampa, beli air je la. Mknn semua di ragui kehalalan nya. Maklum la kami semua ni 1st timer. Kalau otai travel, diorg akan baca ingredients dan tgk smada mknn tu tak ada benda haram, siap tahu kod2 ekstrak mknn lg tu. Kami hny berharapkan logo halal china shj. Sblm terlupa, logo halal china adalah berbeza dgn logo halal yg kita biasa tgk kat Malaysia.



Dah setel beli air, kami pun cari port utk kami bergelandangan di airport tu utk menunggu ke jam 10am di mana pd pkl 10am la bas shuttle akan tiba dan htr kami trs ke hotel di Dongguan, Guangdong.
Malam tu masing2 tido dengan kelaparan. Cari kedai mmg tutup la waktu tu. Nak cari kedai yg halal plk. Bkn senang.

Esoknya kami bangun solat subuh, berbekalkan sejadah yg dibawa, kami solat di ruangan legar tu aje. Tak jumpa surau pun. Org kat sana tgk pelik je kami solat. Ada jgk geng2 melayu lain join kami solat kat situ.

Pkl930am, ada sorg antara kami bgtau yg dia nmpk restoran halal di wing bhgn domestic. Lor besar lg rupanya airport ni. Yg kami duk tu rupanya international, agak buruk dan di bhgn domestic, suasananya jauh berbeza, jauh lg baik.

Pegi la kami semua ke restoran tu dfn hrpan nak makan la. Restoran halal di airport guangzhou, kedai tu di tingkat 1 belah wing domestic. Kalau dari international ni, kena cross naik jejantas ke wing domestic. Kedai dia x jauh dari lift pun.
Smp je dpn restoran br lah kami sedar yg jm dah pkl 945am. Lg 15min bas nak smp. Patah balik la kami mencari bas.

Perjalanan dari airport ke sheraton donghuan hotel mengambil masa 2jam, diorg kata sbb jalan jem. Kalau x jem dlm 1.5jam dh smp.
Smp hotel kami check in dan terus keluar mencari mknn. Nasib baik la kedai muslim dekat je ngn hotel. 3min jln kaki.

Keluar hotel sheraton dongguan, amik kanan, simpang pertama amik kanan lagi. Jalan terus masuk lorong dlm 300mtr, akan nmpk restoran halal warna hijau kat belah kanan.
Harga agak murah, lbh kurang kat malaysia je.

Lps mkn, pkl330pm kami gerak ke tempat exhibition utk setup booth.
Perjalanan lbh kurang 20min je. Lps setup pkl 6pm kami balik semula ke hotel.
Mlm tu kami dinner trs dan balik rehat, tidur awal mlm tu utk event esok.





Friday, September 18, 2015

Banglo Untuk Dijual Di PCB, Kelantan.

BANGLO SETINGKAT UNTUK DIJUAL (dalam pembinaan)
LOKASI : PERDANA RESORT, PANTAI CAHAYA BULAN (PCB)
KELUASAN : 1518 ft2 (3 BILIK TIDUR DAN 2 BILIK AIR)
SEBARANG PERTANYAAN @ BERMINAT, BOLEH HUBUNGI 013-963422 (HISYAM)
*gambar sekadar ilustari shj.


Tuesday, September 8, 2015

Hutang Dhuha

BAB 31 : Hutang Dhuha

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya.  Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “  Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian.  Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

Bab 31: Hutang Dhuha

❤️Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…

❤️Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain  melalui bersolat dhuha

❤️Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?

 ❤️Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya
Jom mengajak orang lain untuk berdhuha jugašŸ˜

c&p dari group sblah ..

Sunday, August 23, 2015

Komitmen Tinggi. Nak Buat Macam Mana?

Tgh2 malam dpt msg kat wassap. Sbnrnya soalan yg lebih kurang sama dgn soalan di bawah ni dah byk kali saya terima.

Saya rs mslh yg di alami oleh saudara yg bertny ini bukanlah satu isu baru. Kebanyakan org akan mengalami isu High Commitment atau kadar Debt Service Ratio yang melebihi tahap mampu buat loan, kebiasaannya bank akan memberi 60-70% kadar DSR bagi setiap individu.

Isu disini adalah bagaimana nak buat loan lagi jika DSR dah di tahap maksimum iaitu 70%?

Beberapa pendekatan boleh diambil.
Antaranya adalah dengan menydiakan Tenancy Agreement bagi rumah sewa anda. Dan kena igt, ianya meatilah dibuktikan bersama sama dengan bank statemnet yg menunjukkan nilai sewaan tersebut masuk ke dlm akaun anda.

Bagi agremeent pajak kereta pula, bank agak kurang berminat kerana bagi pandangan bank, ianya satu pelaburan yg berisiko tinggi, maka banyak bank tidak akan mengambil kira agrmnt pajak kereta ini. Walau bagaimana pun, tidak menjadi kesalahan utk anda sediakan dan tunjukkan kpd pihal bank, mana la tahu rezeki anda, pihak bank menerima dan mengambil kira sbg pendapatan tambahan.

Bila dah loan byk, komitmen dan kadar DSR menjadi semakin tinggi. Tiada lagi ruang utk membuat loan baru. So macam mana nak membeli rumah lagi? Nak beli rumah secara cash, cash mana la cukup.

Di awal penglibatan saya dalam pelaburan hartanah, ramai yg mengajar saya utk kurangkan 'komitmen' agar kadar DSR menjadi rendah, strsnya memberikan peluang utk sy membuat loan baru.

Tapi bagaimana saya nak kurangkan 'komitmen' tersebut jika komitmen tersebut seperti loan kereta yg masih berbaki rm40k dan loan rumah yg berbaki rm132k? Sy tak ada cash nak langsaikan hutang tersebut agar hutang tersebut tidak menjadi komitmen saya lagi.

Jadi saya rasa ianya bukanlah satu pendekatan yg sesuai dgn situasi saya.
Slps mengkaji dan berbincang dengan kawan2 seangkatan dengan saya, maka muncul lah idea utk menambah pendapatan di mata pihak bank.

So apa yg boleh di buat adalah dengan mengadakan pekerjaan kedua.
Seperti pekerjaan yg pertama, bank akan meminta kita utk membuktikan yg kita mempunyai pendapatan tambahan melalui pekerjaan yg kedua tadi.
Jadi kita kena bagi apa yg bank perlukan utk mengesahkan yang kita ini benar2 mempunyai pekerjaan kedua. Antara dokumen yg diperlukan ialah slip gaji, bank statement dan surat pengesahan majikan. Pihak bank akan membuat panggilan ke syarikat kedua yg anda bekerja tu utk pengesahan.

Jika dengan pekerjaan pertama yg mana anda menerima gaji rm4k, dan anda telah mempunyai kadar DSR 70%, maka dengan pertambahan pendapatan melalui pekerjaan kedua sebanyak rm6k (contoh), maka kadar DSR yg terkini telah menurun dan membolehkan anda membuat pinjaman baru.

Harapnya dengan sedikit perkongsian ini dpt memberikan sedikit idea kpd golongan yg mengalami masalah high commitment.


Sunday, August 16, 2015

Open House KLezcar 2015

Malam ini KLEZCAR akan mengadakan rumah terbuka. Semua dijemput hadir. Walaupun ada dikalangan pembaca ini pernah atau tidak pernah lagi berjumpa dengan mana-mana ahli di dalam KLEZCAR, anda semua dijemput hadir. Boleh jua kita mengambil kesempatan ini untuk bersuai kenal antara satu sama lain.

Semoga dgn kehadiran tuan/puan memeriahkan lagi susana majis kami.
Insyaallah program rumah terbuka kami masih lagi mengekalkan tentatif yang sama seperti tahun lepas iaitu majlis dimulakan dengan :
-Solat maghrib berjemaah.
-Ceramah agama yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ust Abdul Hadi Bakri.
-Makan-makan sampai lauk habis.

Insyaaallah tahun ini kami akan allocate 7 ekor kambing golek. Tahun lepas kami allocate 3 ekor, ingatkan dah cukup, sekali tetamu yang hadir ramai sangat, dalam masa tak sampai sejam dah licin dah kambing.


Friday, July 31, 2015

Student Tak Ada Kerja, Tak Ada Payslip, Nak Beli Rumah?

Khamis yang lalu aku didatangi oleh 2 orang remaja, umur 25tahun (sama dengan umur aku, tapi 8 tahun yg lalu la). Diorang ni berani jugak sbnrnya, berani contact aku nak jumpa aku personally. Byk nak tny pasal financial dan property.

Aku janji ngan diorang pkl3 aku free, sekali pkl3 tu urusan aku belum selesai bank, diorang dh sampai. Pkl 330 aku smp opis, kena menunggu la 30min diorang.

Sampai je kat opis, aku tgk diorang ni muda lagi. diorg perkenalkan diri masing. Dua2 masih student lagi, buat degree. Student pun nak beli rumah ke? belajar pon x abis lagi dah nak beli rumah. Hahah.. jarang ada student yang berfikiran mcm diorg ni. Apapun tahniah la sbb korang dah tak jadi macam orang biasa.

Byk jugak la soalan dia. Terutamanya pasal bagaimana diorng yag tiada paysilp, tiada gaji nak beli rumah.. Hah soalan cepu mas ni. Byk jugak la aku kongsikan dgn diorang, baru aku sedar yang aku dah berkarat dah pasal2 propety ni sampaikan nak kira DSR pon dah lupa formulanya.
Psl soalan diorang tu actually aku dah tulis dalam posting yang lepas. Korang godek2 la yer.

Aku harap dengan sedikit perkongsian tersebut, dapat la membuka minda diorang untuk bertindak. Semoga apa yang dikongsikan itu bermanfaat kepada mereka.

Untuk anak muda di luar sana, banyakkan membaca. Baca la forum, blog, ebook, buku atau pergi mana2 seminar yang free atau berbayar untuk mencari ilmu dalam bidang property ni. Berkawan la dengan mereka yang dah terlibat dalam bidang ini. Insyaallah anda boleh buat dan mampu berjaya dalam industri ini.

Aku sendri bermula dengan membaca forum, masa tu forum Bicara Jutawan. 2 tahun aku aktif dalam forum tu, tahun 2007-2009. 2 tahun barulah aku mempunyai keberanian untuk memulakan langkah yang pertama. Rumah pertama yang beli adalah sekitar pertengahan tahun 2009. 2 tahun aku sudah rugi sbnrnya. Tapi ianya tidak terlambat bagi aku untuk memulakan langkah pertama.

Road Tour KLezcar ke Serawak & Sabah

Alhamdulillah, roadtour klezcar bakal dilangsungkan di Kuching dan Kota Kinabalu. Tujuan utama roadtour ini adalah untuk mencari individu yang berminat untuk bernaung di bawah jenama klezcar untuk beroperasi di Sabah dan Serawak. Di samping itu juga, kami yag mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun mengendalikan perniagaan kereta sewa ini akan berkongsi tips dan kaedah dalam mengharungi ranjau dan onak dalam dunia bisnes kereta sewa ini.

Roadtour ini akan diadakan di :

1. 8 Aug 15, 10am-2pm, Regal Court, Kuching.
2. 9 Aug 15, 2pm-6pm, Dreamtel Hotel, Kota Kinabalu.

Yuran adalah hanya rm50 sahaja. Bayaran boleh dibuat kepada akaun CIMB KLezcar Travel & Tours Sdn Bhd 8602014093 dan emelkan bukti pembayaran berserta Nama, No Tel dan Lokasi anda kepada admin@klezcar.com

Kepada orang Sabah dan Serawak, nantikan kedatangan klezcar di sana.

Insyaallah kami mempunyai target, tahun ini klezcar bakal berada di seluruh negeri yang ada di Malaysia. Sehingga ke saat ini, klezcar belum lagi mempunyai cawangan di Perlis, Perak, Pahang, Sabah dan Serawak.

Jika anda berminat untuk bersama dengan keluarga KLezcar, hubungi HQ kami 03-77709885.

Wednesday, May 27, 2015

Seremban antara lokasi pilihan masa kini

Hiruk pikuk kota metropolitan Kuala Lumpur seolah olah memberi nafas baru kepada bandar yang berdekatan iaitu Seremban. Ianya menjadi satu kawasan pilihan masa kini bagi mereka yang menginginkan suasana yang agak rilek dan tenang setelah waktu siang mereka dihabiskan dengan bekerja di KL.

Seri Binjai di Seremban yang di majukan oleh developer yang tidak asing lagi iaitu IJM Land memberi tawaran yang agak hebat kepada orang ramai, penjimatan sehingga RM33,705 melalui kempen pemilikan hartanah bumiputra Seri Binjai.

Dari segi lokasinya, ianya terletak di lokasi yang sudah matang. Matang dengan pelbagai kemudahan yang sedia ada. Memudahkan para penghuni kawasan tersebut dalam kegiatan harian mereka.
KTM station hanya 1km shj. Hospital Tuanku Jaafar 4.6km. Tol Senawang 2.3km. Dan banyak lagi kemudahan lain seperti pasaraya Tesco, Aeon Big dll.

Penceramah hartanah malaya cik mek molek, Cik Rohaniah Noor akan memberikan seminar yang bernilai rm200 seorang, kini percuma khas daripada IJM Land.

Apa pun sila rujuk kepada brochure dibawah.




Friday, April 24, 2015

Tekanan menulis buku

Tertekan.. Aduh minggu ni tekanan makin dirasai. Target dlm bln 5 nk siap printing dah, ada 1minggu je lagi utk bln4 ni. Bab penulisan mcm byk jer nak kena tambah lagi, tapi page dah hampir 100 muka surat dah, tanpa sebarang gambar lg ni.

Dh siap tulis nak kena buh gambar plk. Gmbr2 lama semua dah hilang. Nak kena amik gambar baru utk lakonan semula. Yg bab gambar ni aku rs mcm tak berhadapan sgt. Bab menulis tu yg bermasalah bsr bg aku. Sbbnya aku menulis ikut mood.

Spttnya menulis ni bukan ikut mood, sbb semua info dah ada dalam kepala, cuma nak kena keluarkan sahaja. Tapi biasa la bagi penulis amatur mcm aku ni. Kadang2 terpengaruh dpn laptop 2jam, siap 2 perenggan jer. Teknik salah.

Byk jgk yg aku bljr dari ghost writer aku ni. Dia tunjukkan aku teknik menulis dengan betul. Janji fokus, dlm masa 3-5hari boleh siap menulis 1buku. Cepat giler.

Thursday, April 16, 2015

New Project | Cendana di Puncak Alam

Memang tidak dinafikan pada hari ini, Puncak Alam sudah menjadi satu nama yang tidak asing lagi di kalangan developer dan juga kepada si pembeli rumah kediaman.

Jika suatu masa dulu lebih kurang 5 6 tahun lepas, bila saya dengar je nama Puncak Alam ni, terus terpacul di mulut saya iaitu "mak aii, jauhnya beb". Tapi sekarang ni dah rasa dekat mungkin juga disebabkan oleh kepesatan pembangunan dan juga jaringan jalan raya.

Okay berbalik kepada new development yang ada di sana. Projek yang diberi nama Cendana dari Worldwide Holdings Berhad. Menawarkan rumah teres dua tingkat bermula dari rm585,888 - rm1070,888.

Ini adalah ungkapan yang ada di dalam blog http://carirumah.com.my/blog/2015/03/13/cendana/

What We Liked About It
  • Reasonably priced
  • Near UITM campus with 30,000 student capacity
  • Modern faƧade design
  • Reasonably decent workmanship
  • Ready amenities with near proximity to Tesco and commercial area
  • Gated with security
  • Will benefit from the proposed DASH highway that will help significantly for those who travels to KL city Center for work
  • Potentially can emulate Section 7, Shah Alam

Aku bersetuju dengan point di atas. Populasi student UITM bakal melonjakkan harga dan juga permintaan terhadap kediaman di kawasan Puncak alam ini. 


Kalau korang nak berjumpa dengan otai hartanah Faidzul ridzuan, dia akan bagi talk pada hari sabtu 18April ni. Bole la topup skit ilmu hartanah dari otai berbisa.

Monday, April 13, 2015

Buku Bermulanya Episod Pelabur Hartanah

Insyaallah sudah 70% buku aku ni siap ditulis. Ianya sebenarnya hasil penulisan aku sendiri di dalam blog ini juga. Aku upah orang untuk dia complile kan semua posting hartanah aku untuk dijadikan sebuah buku.

Hasilnya amat memeranjatkan aku. Berguna jugak posting2 aku yang sebelum ni rupanya. Ditambah plak dengan kepakaran orang untuk menyusun atur topik agar ianya lebih tersusun dan senang faham.
Banyak jugak point-point baru yang aku tambahkan lagi agar memberikan lebih perisa umpph kepada buku tersebut.

Aku nampak yang buku tu sesuai kepada pelabur baru yang nak berjinak-jinak ke dalam dunia pelaburan hartanah seperti mana aku suatu ketika dahulu. 

Aku target by end of this month, buku aku tu siap 100% penulisannya. Bulan 5 dah boleh start cari orang edit untuk masukkan gambar dan buat cover. Bulan 5 jugak boleh start printing. Dalam Ramadhan insyaallah akan berada dipasaran.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku aku, nanti aku buat promo awal. Harga insyaallah berbaloi baloi, harga mampu milik tanpa GST. Hehe

Anyway terima kasih atas sokongan anda semua. Doakan saya agar buku saya ini mampu saya siapkan sepenuhnya dalam tempoh masa yang saya targetkan.

Wednesday, March 11, 2015

Pengalaman SS dalam berniaga

Aku terdedah kepada dunia perniagaan sejak aku dibangku persekolahan rendah lagi. Aku kerap di bawa oleh arwah ayah aku masa dia pergi berniaga, menghantar barang ke KL, Johor, Penang dan beberapa negeri lain yg aku sendri dah lupa.

Masa tu setiap kali hasil jualan yang diperoleh, arwah ayah aku sentiasa bagi kepada aku untuk aku kira jumlah nya, walhal aku dah pasti yang semuanya telah dikira terlebih awal. Mungkin masa tu ayah aku nak mendedahkan aku kepada wang ringgit yang agak banyak nilainya, kadang-kadang tu mencecah puluhan ribu. Antara benda yang sentiasa ada di dalam kereta arwah adalah getah dan stepler. Duit yang disusun rapi akan diikat dengan getah, jika jumlahnya sikit, ianya akan di stepler terlebih dahulu.

Arwah teramat jarang pergi ke bank untuk memasukkan hasil jualan, tidak pernah aku lihat arwah mempunyai buku cek. Yang aku perasan, arwah suka sangat beli barang kemas. Mungkin juga hasil keuntungan dari perniagaan, dia tukarkan kepada barang kemas.

Ok cukup sekadar itu lah intro kali ini. Kita masuk ke topik yang akan dikongsikan iaitu pengalaman aku berniaga. Ada point yg teramat penting dalam cerita kali ini iaitu FOKUS. Akan aku kongsikan di dalam penceritaan aku kat bawah, sila baca dengan penuh kesabaran. Hehe.

Mungkin aku pernah ceritakan dalam post yang sebelum ini mengenai penglibatan aku didalam beberapa bisnes lain sebelum bisnes kereta sewa di bawah jenama klezcar sekarang ini. Aku pernah buat bisnes jual handphone, bisnes ini aku buat masa kau menuntut di politeknik kota bharu 2000-2003. Masa tu tgh hot dengan hanset nokia 3210, 3310, 8250 dll, kira zaman kegemilangan nokia la masa tu. Ada yang hanset 3210 gantung kat leher, terasa lawak la plak bila terkenangkan trend zaman tu. Masa tu aku beli hanset 2nd hand dan jual balik, dapat la untung sebiji dalam rm30-50/unit. Cukup la duit belanja untuk 1 minggu.

Bila grad poli, aku berniaga aksesori hanset plk kat pasar malam. Mula2 amik stok di sekitar Kota Bharu je, bila duit modal dah ada rm500, aku amik stok kat lowyatt plak. Harga lagi murah la dari KB, almost 50% jugak la murahnya. Alhamdulillah dapat byk untung masa ni sbb aku fokus kpd bisnes ni satu jer buat masa tu, yer la aku dah grad masa tu, kiranya full time la aku sbg penjual aksesori handphone.

Entah mcm mn, aku boleh plak pegi keje sbg technician di sebuah kilang jepun di Melaka. Dah tak buat dah bisnes. Lps 1 tahun keje sbg technician, aku sambung belajar plak di Utem. Masa kat Utem aku berniaga batik pulak. Amik stok dari makcik aku kat kelantan, dia pos guna bas, jam 5am aku pegi tercongok kat Melaka Sentral sbb nak tunggu bas sampai. Pagi tu pukul 8am pegi kelas plak. Bila ada masa free baru aku pergi berniaga, jual kat kedai2 di area bandar Melaka tu. Dapatlah 1bulan dalam rm500-1k bahagian aku. Cukup la nak tanggung makan minum aku masa belajar tu.

Dah settle degree, keje Engineer kilang pulak, nama jer engineer, gaji rm1700 jer pun, sedih rasanya. Masa keje ni aku banyak membaca pasal bisnes dan juga pelaburan di forum, antara forum yang paling aku suka msa tu adalah forum BicaraJutawan. Mmg banyak giler info yang aku dapat dari forum tu. Masa tgh keje tu, aku terlibat dalam penternakan ikan talapia plk. Bela 3000 ekor kat kolam sebelah rumah sewa aku, last2 rugi gitu jer sbb salah teknik, ikan 70-80% mati pada hari tuaian.

Masa ni jugak aku banyak follow pasal hartanah. Cuma belum ada keberanian jer nak beli rumah masa tu. Last sekali masa 2009 aku beli rumah pertama melalui lelong, aku pakai ejen dan menang pada harga rm64k sebuah flat di KL, masa tu market flat tu dalam rm70k. Takder la murah sangat, ah tak kisah la janji aku dah bermula beli rumah. Dah 2 tahun aku buang masa untuk aku beli rumah pertama.

Sejak dari tu, aku terlibat secara aktif dalam hartanah lelong terutamanya. Banyak unit2 yang aku beli menerusi lelongan yang aman aku pegi bidding sendri tanpa menggunakan khidmat ejen lagi. Last2 pada tahun 2012 aku pulak jadi ejen secara tak langsung. Sempat jugak la aku uruskan pembelian kira-kira 30 biji rumah. Masa ni pulak aku baru-baru buat kereta sewa.

Selepasa 2 bulan aku buat kereta sewa, aku mula slow dalam bidang ejen hartanah lelong. Fokus aku mula lari ke bidang kereta sewa pulak. Akhirnya aku membuat keputusan untuk berhenti dari menjadi ejen hartanah lelong dan mula fokus kepada bisnes kereta sewa sahaja.

Dah elok buat kereta sewa, dah rasa macam otai dah, menggatal nak buat 2nd bisnes plak. Aku take over 1 carwash di Subang pada harga rm24k. Bulan pertama -bulan ke3 aku kerugian dalam bisnes carwash. Sales carwash hanya lepas bayar gaji pekerja sahaja, aku terpaksa keluarkan dut poket untuk bayar sewa tapak rm1500. Pada bulan ke4, sales mula menunjukkan peningkatan positif. Sales mula break even dengan overhead. Kiranya aku dah tak perlu nak keluarkan duit poket aku lagi. Alhamdulillah. Pada bulan ke4 tu juga, aku ambil keputusan untuk menjual bisnes carwah tu. Dalam masa 2 minggu, ada orang yang berminat untuk mengambil alih perniagaan tersebut pada harga rm32k. Kiranya keuntungan rm32k - rm24k = rm8k tu sebenarnya adalah jumlah kerugian yang terpaksa aku tanggung sepanjang 4 bulan lebih aku mengusahakan perniagaan carwash ini. Pendek cerita aku tidak kerugian RM dalam bisnes ni sebab aku dapat jual mahal dari harga aku beli dulu dan keuntungan tu cover kerugian 4bulan tu.

Apa yang menyebabkan aku mengambil keputusan untuk menjual bisnes carwash aku tu sedangkan ianya dah mula menunjukkan peningkatan yang positif? secara logiknya sales bulan lepas dijangka akan lebih dari overhead, so akan menghasilkan keuntungan yang pertama.

Aku mengambil keputusan tersebut sebab fokus aku terhadap 1st bisnes aku iaitu bisnes kereta sewa mula lari, aku mula fokus kepada carwash, menyebabkan sales bisnes kereta sewa aku menurun sepanjang aku mula terjebak dengan 2nd bisnes walaupun 2nd bisnes aku tu aku x involve sgt secara fizikal.
Ya memang betul, aku tak perlu mencuci kereta, aku x perlu vakum kereta, semuanya dilakukan oleh pekerja aku. Tetapi aku perlu berfikir, otak aku mula fokus kpd carwash sehingga lupa akan 1st bisnes tadi.

Selepas jual carwash, aku mula fokus kembali kepada bisnes kereta sewa, alhamdulillah sales aku meningkat kembali dan akhirnya ianya menjana keuntungan yang lebih lagi jika dibandingkan dengan 2nd bisnes aku tu.

So aku nasihatkan kepada pembaca semua agar fokus kepada benda apa yang kita buat sekarang. Tak perlu lah menggatal nak pegi buat 2nd bisnes jika 1st bisnes anda tu belum full automate dan matang. Jika rasa 1st bisnes dah tak boleh berdaya saing, tukar je ke bisnes lain. Fokus kepada satu benda shj, insyaallah dengan pertolongan Allah, anda boleh berjaya.

p/s: Sila layari website baru kami. www.klezcar.com untuk tempahan kereta sewa.

Friday, February 27, 2015

HAVOC Hartanah 2015


Seminar Hartanah Havoc ini julung kalinya akan diadakan pada 7 & 8 Mac ini. Seminar ini akan berlangsung 2 hari pada kadar harga yg amat berbaloi baloi harganya, kalau aku pon x sanggup nak buat harga tu, below cost tu, 2 ari seminar pada harga rm90 sahaja.

Barisan speaker tak yah cakap la, semuanya berkredibiliti, mmg pakar dalam bidang hartanah dan pakar dalam subtopik yg akan mereka kupaskan.

ni aku ada copy topik yg mereka akan kupaskan nanti dalam seminar havoc ni , website mereka iaitu http://carirumah.com.my/havoc-hartanah/



DAY 1 AGENDA (ENGLISH CONTENT)

“The Economic of A Property Downturn” by Dr. Daniele Gambero
Are we in a downturn, or not? What are the signs of a downturn?

“Area Analysis Of A Recession Proof Property” by Faizul Ridzuan
Learn how to analyse an area and identify which property will give you good returns, even during recession!

“Mapping Hotspot of Middle Income Areas” by Ishmael Ho
There is huge money to be make in middle income areas, and Ishmael Ho will show you how to find it.

“GST Impact On Property & What You Need To Do” by Richard Oon
GST will launch very soon. What will be the impact on property prices?

“Seize The Opportunity In Times of Trouble: BRR & BRS” by Adrian Wee
Learn the impact of recent announcements and find out real estate investment strategies that works best for 2014

“How To Turn your Tenants Into Cash-Flow Machines And Love You At The Same Time” by Prudence Wong
When the going gets tough, how do we find hidden diamonds in commercial properties?

“Affordable & 1st Time Home Buyer: What Should You Be Focusing on 2015″ by Khalil Adis
For those looking for affordable house, especially if you are buying your first house, this is the way to avoid information overload.

DAY 2 AGENDA (BAHASA MELAYU CONTENT)


“Hartanah Luar Bandar, Boleh Buat Duit Ke” oleh Azizul Azli
Ramai yang berpendapat, hanya hartanah di kawasan bandar mampu beri pulangan yang lumayan. Adakah pendapat ini benar?

“Menggunakan ‘Cashflow’ Dari Hartanah Bagi Mengatasi Kemurungan Ekonomi” oleh Wan Infolelong
Bagaimana menggunakan teknik pengurusan cashflow dari pelaburan hartanah yang betul, boleh membuatkan anda kalis kegawatan ekonomi

“Teknik Menganalisa Sesebuah Kawasan Untuk Mencipta Kekayaan RM 3 Juta” oleh Faizul Ridzuan
Faizul Ridzuan berkongsi bagaimana untuk membezakan projek perumahan yang memberi pulangan yang bagus, daripada projek yang hanya biasa-biasa sahaja

“Pembiayaan Gadai 2015: Bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda diluluskan?” oleh Miichael Yeoh
Ramai mengeluh bila loan rumah tak lulus. Pelajari teknik dan tips yang anda wajib tahu jika anda nak senang lulus bila apply rumah.

“SCAM – Undercon, Subsale & Lelong: Apa Anda Perlu Tahu” oleh Rohaniah Noor
Serikandi hartanah Malaysia ini berkongsi pengalaman beliau dalam pelaburan hartanah undercon, subsale dan lelong, sesuai untuk orang yang masih makan gaji

“Impak GST dalam Pelaburan Hartanah” oleh Chris Tan
Apa kesan GST terhadap industri hartanah negara apabila ia dilaksanakan nanti.

“Teknik Manipulasi Duit” oleh Abang Abu
Tips dan strategi bagaimana menguruskan kewangan peribadi anda supaya anda mampu untuk membeli hartanah dan capai impian anda.

Amacam geng, topik2 yg akan dikupas bg aku mmg menarik perhatian la. Insyaallah aku sendri akan join jugak jika diizinkanNya.

Tiket boleh lah di beli di website rasmi mereka iaitu http://carirumah.com.my/havoc-hartanah/


Sunday, February 22, 2015

Pencapaian yang memberangsangkan

Awal bulan lepas aku agak busy, agak lama aku out station rasanya hampir 1 bulan kot. Kami melawat branch klezcar yang berada di luar Klang Valley ni. Tour dimulakan dgn negeri Kelantan, kenapa start dengan Kelantan? sebab kami nak balik kampung sekali. Sambil tour sambil bercuti sambil balik kampung. Lama kami duk kat kelantan, rasanya hampir 10 hari kot. Padahal plannya 1 negeri tu 3 hari jer. heheh. Mentang2 la balik kampung, tu yang drag smp 10 hari.

Seterusnya partner aku ke Terengganu, aku tak ikut sbb nak kena balik KL hantar wife n anak , Isnin tu wife dah nak kena keje. 3 hari diorang kat Terengganu. Agak kritikal keadaan di sana di sebabkan oleh bbrp faktor. Alhamdulillah diorang dah disuntik dengan semangat baru dan task yang akan mengembalikan mereka ke track yang sepatutnya.

Seterusnya kami berkumpul di Penang plak. Flight aku dari KLIA manakala partner aku dari Kota Bharu disebabkan tiada flight dari Terengganu ke Penang. Aku smp 2 jam awal dari diorg smp. Branch Ayer Hitam sudah menunggu ketibaan aku sejurus aku landing. Kami solat Asar dulu sementara menunggu ketibaan Fuad & Farhan yang dari KB.

Lepak minum dulu dpn airport penang, 1st time aku kat airport penang tu, kecik jer rupanya. Sebelum bertolak ke Alor star disebabkan oleh fasiliti utk sesi pembelajaran lebih selesa di sana berbanding dgn penang, kami singgah ke masjid Kapitan yg tepi nasi kandar beratur. Plannya lps solat isyak, tunggu pkl10 nak pekena ns kandar beratur la. Sekali ada majlis sambutan MaulidurRasul kat masjid tu. Memang ramai orang. Ada plak hamba allah yang sedekahkan nasi kat sana. Dah rezeki kami, dapat la mkn nasi free malam tu, cansel plan nasik kandar beratur.

Sesi kat utara agak memberangsangkan. Branch di Alor Star agak stabil manakala 2 branch di Penang masih baru, jadi fasa untuk melengkapkan sistem dan menambah bilangan kereta yg ada amat penting.

Settle di utara, kami fly ke JB. Sampai di JB kami putus angin.. Sebab diorang lewat  smp airport, kami kena tunggu 1jam lbh br diorg smp. Aii, ni nak kena denda ni. Siap la korang nanti. Diorg smp jer, kami buat muncung, sajer jer nak kenakan diorg balik. Dlm kereta semua senyap. haha lawak btol. Mana la pernah geng klezcar ni senyap melainkan tido, tido pon bising jgk sbnrnya, bising dgn dengkuran, haha.
Smp half way, kami suh driver tu berenti kat petrol pam, semua turun, dan sesi denda mengambil tempat slps mendengar ceramah dari kitaorg. Kena buat stail jalan itik diorg, mmg lawak dan diorg mmg sporting. Pecah perut aku malam tu tahan gelak.

Sesi JB agak wow.. perkembangan diorang amat memberangsangkan. 3 branch di sana sudah ditahap fasa terakhir dalam fasa melengkapkan sistem. Nampak mcm gayanya, diorang will be ready to open up another branch soon.

Dah settle JB, kami naik bas ke Seremban plk. Naik bas pukul 12 tgh mlm, dijangka smp seremban pkl 330am. Sekali celik mata, hentian puduraya. hahha.. pukul 5am. Balik HQ amik kereta barulah ke seremban.

Seremban pun sama jgk dgn JB, fasa yg sama. Tahniah diucapkan. Tapi banyak lagi benda yang perlu dibuat untuk kita pergi lebih jauh.

Wednesday, January 21, 2015

New UnderCon Project | Seri Binjai

Rata-rata menginginkan kediaman yang selesa dan selamat. Saper yang nak duk kat flat @ apartment murah, kalau boleh semua orang (termasuk lah saya) nak kan rumah yang besar dan selesa, dah lah nak besar dan selesa, nak murah plak tu. Heheh.

Rata-rata projek baru sekarang ni, rumah double storey dah start cecah rm500k, realiti yang harus di hadap pada hari ini.

Aku dapat info mengenai satu projek di Rahang yang dinamakan Seri Binjai, Rahang ni di Seremban yer. Hiruk pikuk kota metropolitan agak kurang, amat sesuai dgn ketengan jiwa dan minda utk berehat setelah seharian berhempas pulas mencari rezeki di kota.

Pihak IJM telah membuat satu tawaran yang agak menarik bagi memudahkan pembeli di luar sana iaitu dengan mengadakan "Skim ansuran deposit tanpa faedah".

Harga rumah double storey yang bersaiz 22x65 ditawarkan pada harga rm412k, harga yang kompetetif sy rasa.

Dengan rekabentuk moden dan jarak dengan bandar seremban hanya sekitar 10 min shj, sy yakin yang projek ini mampu menarik minat si pencari rumah kediaman.

Apa pun, do ur homework 1st, get survey the area & make a good decision.

Info lanjut mengenai projek ini, layari http://www.seribinjai.com





Friday, January 16, 2015

Kira-Kira Bisnes

Kira-kira sesuatu bisnes.

Baru - baru ini aku berborak dgn seorang kawan. Dia timbul kan isu bbrp jenis perniagaan yg high profit margin. Wow, semua org nak high profit margin kan, termasuk la aku. Terus bersemangat aku. Haha. Mata duitan btol la.

Apa bisnes yg high profit margin? Antara yg dibincangkan adalah bisnes kedai gantung rambut. Apa modal yg terlibat utk menggunting rambut seorang pelanggan?
Gunting, mesin gunting rambut, sikat, kain atas, shaver, kerusi, cermin. Apa yg dpt diperhatikan disini adalah semua barangan ini adalah jenis sekali beli & boleh pakai byk kali kecuali shaver yg jenis guna mata pisau tu, so mata pisau biasanya diorg sekali guna jer. Katakan la kos setup utk beli semua brgn itu rm3k. Maka kos rm3k jika dibahagikan dlm ms 10bln, maka kos sbulan adalah rm300 bg mendapat kan semula modal yg dilaburkan.

Tuan Guru Nik Aziz
Jika 1hari biasa secara puratanya si penggunting rambut tersebut boleh mendapatkan 6 orang pelanggan dengan harga upah rm7 seorang, maka sehari dia dapat rm42, sebulan kalau 25hari maka rm1050, kalau tolak dgn kos rm300/bln tadi maka untung kasar adalah rm 750.
Pada bulan yg ke11 dan seterusnya, tiada lg kos bulanan rm300 tu, maka untung kasarnya adalah rm1050. not bad.

Tapiiiii.. untung ini ada siling dia. kat mana siling dia?
siapa yg tahu sila komen..

Sunday, January 4, 2015

Misi Bantuan Banjir 2014/2015 di Pantai Timur

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, team klezcar diberikan kekuatan dan kesempatan utk membantu mengagihkan barang bantuan hasil dari sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir yang terlibat.

Misi kami di mulakan di kawasan Rantau Panjang pada 21 Dec 2014. Kami bergabung tenaga dengan NGO PeKA (Pertubuhan Kembara Amal). 2 hari kami berada di Rantau Panjang.





Misi ke2 kami ke Kuala Krai. Laloh, Lata Rek, Kg Budi dan Kg Karangan.

Insyaallah bila berkelapangan saya akan ceritakan details mengenai setiap misi ini. Buat masa ini masa mencemburui saya.







Kami akan sekali lagi ke Kelantan dalam misi bantuan banjir ke3 pada Rabu 7Jan2015 ni. Kami memerlukan sumbangan dari anda.

Teruskan menderma. Wang ringgit boleh di bank in ke akaun CIMB Pelagat Maju Services 8600541917.