Saturday, December 6, 2014

Perjuangan Dalam Berbisnes

Siapa cakap yang bisnes itu mudah?
Siapa cakap yang bisnes itu senang?
Siapa cakap yang bisnes itu tiada masalah?

Hakikatnya, dunia bisnes ini penuh dengan liku, ranjau dan juga pancaroba.
Sepanjang hampir 2 tahun secara full time aku di dalam bisnes, telah ramai orang yang aku berjumpa.
Ini mungkin juga disebabkan oleh dasar KLezCar mengamalkan cara terbuka iaitu dengan mengambil partners baru untuk membuka cawangan baru klezcar.

Rata-rata (boleh kata jugak majoriti) partners KLezcar ini bukannya berlatar belakang kan dunia bisnes.
95% adalah dari status seorang pekerja, termasuk lah diri aku.
Pengalaman ini amat beharga bagi aku.

Dari seorang yang berstatus pekerja, berhenti kerja dan mula melakukan bisnes dengan tiada pengalaman, ibaratnya bayi yang baru nak bertatih.
Dari 3 biji kereta sewa, sehingga lah mencecah ke 30 - 40 biji kereta sewa dalam jangka masa 1 tahun. Alhamdulillah satu pencapaian yang memberangsangkan. Semuanya hasil dari pertolongan yang maha Esa.

Tak kurang juga dengan ada juga partners yang malap.
Dah setahun dah terjun dalam dunia bisnes, tapi masih lagi tak di takuk yang lama, menunggu masa untuk rebah tatkala guruh datang menyergah.

Kenapa ada yang malap dan ada yang success di dalam industri yang sama?
Katakanlah produk nya sama, lokasinya lebih kurang.

Kenapa boleh ada result yang berbeza?
Hah jawab jangan tak jawab. Sila jawab dalam ruangan komen yer.
Semoga dengan apa yang kita bincangkan ini dapat memberikan manfaat kepada orang lain.

Aku akan kongsikan pendapat aku pada posting yang seterusnya.

2 comments:

  1. Tidak Konsisten Jawapan nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, tak salah. Tapi tak kena dengan jawapan aku. hehe.

      Delete