Monday, December 8, 2014

Perjuangan Dalam Berbisnes II

Posting ni adalah sambungan dari posting yang sebelum ni, kalau korang blum baca lagi, sila baca SINI.

Kenapa ada yang malap dan ada yang success di dalam industri yang sama?
Katakanlah produk nya sama, lokasinya lebih kurang.
Ini lah persoalan yang aku timbulkan di dalam posting yang lepas.

Ini pandangan aku, jawapan aku dalam isu "kenapa ada yang malap dan ada yang success di dalam industri yang sama" adalah DIRI si pengusaha.

Diri Ahmad dan Ali berlainan. Ahmad seorang yang agresif, manakala Ali seorang yang hangat-hangat tahi ayam.

Result kedua dua pengusaha ini amatlah berlainan. Ianya tidak mungkin menghasilkan result yang sama, percayalah.

Jadi untuk menjadi seorang bisnesman yang berjaya,
DIRI tu kena lah amat kuat.
Diri tu kena berdaya saing.
Diri tu kenalah agresif.
Diri tulah kenalah sentiasa positif.

No comments:

Post a Comment