Wednesday, December 17, 2014

Kisah Tersontot

Ingin aku bercerita kisah yang berlaku semalam dengan agak terperinci. Pelbagai rasa yang muncul tatkala aku ingin meneruskan karangan cerita aku ini. Perasaan yang bercampur baur, ntah la susah untuk aku gambar kan. Aku menguatkan semangat yang ada utk meneruskan penulisan ini, agar cerita ini dijadikan sempadan dan iktibar kepada semua orang.

Tidak berniat untu menjatuhkan atau memalukan atau merosakkan perniagaan orang lain. Ianya berdasarkan apa yang telah berlaku kepada hamba Allah ini sahaja. Kita namakan hamba Allah ini sebagai Ahmad.

Aku jumpa dengan Ahmad ini secara tidak langsung. Di kedai pajak Ar-Rahnu. Aku pon pusing emas gak ker? Heheh, aku pusing2 barang kemas jer. Geram tengok harga mas rendah, tu yang cari modal nak beli stok baru. Sekadar beli untuk bagi bini pakai jer.

Tgh syok aku duk layan sembang ngan officer tu, tiba2 sorang laki masuk dlm kedai tu, duduk kat kaunter sebelah aku. Duk usha aku plak, apehal plk mamat ni usha aku semacam je ni.

Last last dia tegur aku, ni tuan shahril sidek ker? Alamak ber tuan puan ni yang aku lemah ni. Ni mesti kawan facebook ni.

Dia kenalkan diri dia sebagai Ahmad (bukan nama sebenar). Dia cakap dia pernah minum air ngan aku pada hujung tahun 2012 kat area umah aku. Memang kedai tomyam tu jadi port aku la kalau org nak dtg jumpa aku.

Dia tanya aku, pusing emas jugak ker? Heheh.. Aku jawab tak pusing sgt, sekadar nak bagi bini pakai jer. Dia cakap dari semalam lagi dia dah teringat akan aku, mmg plan nak call n set appointment untuk jumpa aku. Allah makbulkan doa dia maka berjumpa lah kami secara tak sengaja. Kuasa Allah, hebat betul.

Dia kata dia ni seorang wakalah. Minggu lepas tersontot dengan modal sontotan sebanyak rm200 ribu. Mak aii, aku plk yang nak terduduk dengar amount tu. Tapi sebenarnya angka rm200 ribu tu bukannya angka yg besar pun dalam industri emas ni. Ada yang main juta-juta beb. Tak caya korang tgk lah kat fb. Diorang susun duit berbata-bata beb, bukannya duit tipu tu.

Dah settle urusan, aku gi lunch kat kedai. Dia dtg jumpa aku situ, aku ajak dia makan, dia xnak, x lalu makan katanya. Yer la, orang dilanda masalah, mmg gitu la. Aku pon pernah gak duk dalam situasi gitu.

So dia cerita la serba sedikit perihal program emas yang dia join ni. Dari bermodalkan rm100k, untung yang dapat dia lipat lagi. Lipat punya lipat sehingga lah terkumpul dia dapat rm200k. Tapi disebabkan perasaan tamak yang ada, maka dia terus lipat sampai last skali tersontot minggu lepas.

Apa nak buat dah nasib badan. Benda yang adh lepas tak boleh nak buat apa, jangan dikenang lagi, mulakan hidup baru dan jangan toleh kebelakang lagi.

Dia pulak baru jer amik kete, Nissan Serena full spec yang harganya rm138k, buat loan 5 tahun jer jadi monthly rm2k. Masa bisnes ok, rm2k tak ada masalah la. Bila bisnes down, rm200 pon besar beb.

Jadi aku sarankan utk dia buat kete sewa sendri jer. Sedikit cara2 bisnes kete sewa aku kongsikan. Agreement pun aku bagi, tapi tak boleh la guna logo dan nam kompeni aku. Kena tukar la yang tu. Medium pengiklanan yang biasa digunakan pon dah aku bagi. Harapnya dapat la dia survive.

Apa pun, jangan down lama2. Rugi masa beb. Cara nak mengatasi masalah down ni adalah dengan AGAMA. Pegi la solat berjemaah, banyakkan spend masa kat agama. Insyaallah kekuatan diri akan naik semula.

Dlm dunia bisnes ni, tiada istilah senang dan mudah. Semuanya kena usaha keras. Setiap keringat yang di perah barulah mendatangkan hasil.

3 comments:

  1. Perkongsian terbaik dan penuh ikhlas ni. Mari kita baca dengan minda dan hati terbuka. Alhamdulillah sahabat seorang ni dah berjumpa orang yang betul.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian berguna.

    ReplyDelete
  3. Simpati pada yang tersontot....ramai tegur dulu bukan dengki, tapi sebab peduli.

    ReplyDelete