Wednesday, November 19, 2014

Seminar Havoc Hartanah2 di Iskandar Malaysia

Tak rugi untuk menambah ilmu. Siapa yang boleh kata yang diri dia dah cukup berilmu?

Masing2 ada kelebihan dan pengetahuan yang berbeza. Ilmu boleh didapati dengan pelbagai cara. ada yang suka membaca, ada yang suka melihat, ada yang suka mendengar.

Walau apa jua cara pun, teruskan mencari ilmu.

Aku kongsikan sedikit kisah yang berlaku pada aku semalam. Salah sebuah kereta sewa aku buat hal, temperature naik. Customer di petronas cyberjaya. Aku seperti biasa menggunakan khidmat gps jer, bukannya reti sangat aku dengan area cyber n putrajaya ni. Asalkan masuk jer, mesti sesat dulu la.

Dipendekkan cerita, aku suruh staff aku bawak satu kereta replacement bagi customer itu manakala aku pula pegi dapatkan pomen dan bawak pomen sekali ke tempat kejadian.

Sebelum staf aku bertolak, aku set gps mengunakan google maps kat handpone staf aku. Staf aku ni dah kerja dengan aku hampir 2 bulan. Ok ngam gps jumpa dan menunjukkan arah ke petronas cyber. Selepas 30 min aku smp ke destinasi dengan pomen manakala staf aku blm lagi muncul. Bila aku call dia kata sesat. Dia dah duk area cyber tapi x tahu kat mana. Sudah, satu hal plak aku nak gi cari dia. Bila aku tny dia apasal x ikut maps yg ada kat gps tu, dia kata dia x reti guna. Thats the thing...

Lps aku dah gi cari dia n bawak dia ke petronas tu. Settle urusan dengan kereta ganti kpd customer, pomen mula godek2 kete yang bermasalah tadi. Dia kata dia bole bawak balik bengkel. Ok cun. Aku plak naik kete ngan staf aku balik ke opis.

Korang nampak tak apa point yang aku nak cerita dalam kisah ini?

"Bodoh Sombong"...

Tu lah ayat yang aku bagi kat staf aku. Dah kerja 2 bulan tapi tak tahu dan tak tanya cara menggunakan Maps walhal selama ni memang kerja2 delivery kereta byk menggunakan Maps. Rupanya sebelum ni dia mengharapkan kawan dia utk tunjuk jalan guna Maps dan dia lgsg tak bljr cara2 nak guna Maps.

2 bulan dia bodoh, bodoh utk menggunakan Maps. Tapi semenjak semalam, aku dah ajar dia. Dan bermula hari ini dia bukan lagi seorang yang bodoh menggunakan Maps.
(Bunyinya agak kasar bila aku convert kisah aku semalam ni kedalam tulisan, walhal ianya tidak sekasar ini).

So kepada semua kawan2, moh kita semua belajar. Jika tak tahu sila tanya. Masalah utama orang kita ni adalah malu bertanya. Kang aku tanya nanti bdk2 lain gelakkan aku plak sbb soalan ni macam soalan bodoh. Padahal semua orang tak tahu jwpn kpd soalan bodoh ko tu. Tapi disebabkan malu bertanya dan last sekali tak bertanya, maka kebodohan tersebut makin berpanjangan.

Ok dah la tu dengan intro aku.

Aku nak share ngan korang pasal Seminar Haratanah plak, Havoc.

Barisan spekaernya memang femes la kat dunia hartanah malaya ni, iaitu Faizul ridzuan, Wan Info Lelong, Rohaniah Noor, Abang Abu dan Ernest Towle.

Mereka semua ni memang otai beb, search jer nama diorang kat google, mesti kluar la cerita2 diorang.

Apa topik2 yang akan dikupas dalam Seminar ini?

“Analisa Kawasan Iskandar Malaysia” oleh Faizul Ridzuan.
Ketahui selok belok kawasan Iskandar Malaysia dan lokasi-lokasi pelaburan hartanah yang menguntungkan.

“Bagaimana Membuat Permohonan Pinjaman Perumahan Yang Disukai Pihak Bank” oleh Ernest Towle.
Anda wajib tahu teknik susun portfolio kewangan anda yang memikat pihak bank untuk memberikan pinjaman perumahan kepada anda. Akan kami bongkarkan di sini.

“5 Langkah Jana Wang Sewa Besar” oleh Rohaniah Noor.
Pelajari 5 teknik untuk menjana pulangan lebih tinggi daripada rumah sewa anda bersama blogger hartanah terkenal ini.

“Bagaimana Bermula dari Kosong, Anda Mampu Menjana RM3 Juta Dalam Masa 5 tahun” oleh Faizul Ridzuan.
Beliau sudah melakukannya. 23 buah rumah pada usia 30 tahun..hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Kisah ini akan menjadi tatapan anda.

“Tips Pengurusan dan Penjimatan Wang” oleh Abang Abu, Mekanik Wang
Perkara asas ini wajib dikuasai terlebih dahulu sebelum anda memulakan sebarang pelaburan.
Bagaimana Menjana Pendapatan Dengan Mudah Melalui Sublet dan Rumah Lelong.
Teknik ini sangat sesuai untuk anda yang ingin menjana pendapatan melalui pelaburan hartanah tetapi tidak mempunyai modal yang besar.

Hah tak cukup lagi? Nak lagi? Jangan tamak beb. Hehe

Semua ni korang akan dapat dengan bermodalkan harga tiket yang ciput sahaja beb, RM30. Tak percaya?

Event ni akan berlangsung pada:

23 November 2014

9am to 6pm

Iskandar Malaysia Information Centre, Danga Bay, Johor Bahru

Untuk dapatkan info lanjut dan tiket, korang layari http://carirumah.com.my/havoc-hartanah/ms/jb/

No comments:

Post a Comment