Friday, November 21, 2014

Kita Buat Baik Tapi Diorang Ambil Kesempatan Pula

Sedikit luahan hati. Poyo jer lebih. Hah tak kisah la. Aku nak tulis jugak. Semenjak aku bergelumang di dalam kancah dunia bisnes ini, Aku banyak berjumpa dengan pelbagai jenis ragam, pelbagai jenis peel, pelbagai jenis level masyarakat.

Ada yang jenis menurut perintah, ada yang jenis suka membantah, ada yang jenis ego tinggi dan tak mendengar nasihat, ada yang jenis 'hot hot checken shit', ada yang jenis suka mengambil kesempatan dan ada juga jenis yang aku sendri pun tak faham jenis apa, memang unclassified, hehe.

Aku nak tekan kan kepada golongan sasar jenis yang suka mengambil kesempatan. Mungkin juga environment KLezcar yang banyak terlibat dengan hal2 charity, maka ianya tempias kepada diri aku dan juga masyarakat sekeliling.

Aku ada lah seorang bisnesman, beras dan ikan dibeli hasil dari bisnes yang aku jalankan. Tapi ada sesetangah golongan ini bijak mengambil tempat sehinggakan aku terasa dipergunakan untuk rancangan yang telah awal lagi dirancang.

Bisnes is bisnes, charity is charity. Orang yang macam ni memang licik. Dia akan datang pada kita dan mendambakan sesuatu dari kita samada ilmu kita, tenaga kita, network kita, duit kita dan sebagainya. Tetapi semua ini tidak ketara dan menyebabkan kita tidak sedar akan modus operandi orang ini. Tup tup bila 'nyamuk' ini sudah kenyang menyedut darah kita, dia akan mula beredar. Kadang2 tu nyamuk ni beredar bila pun kita tak sedar.

Apa pun aku percaya yang Allah tu Maha Esa dan Maha Penyayang. Setiap kerugian yang kita alami, Dia akan ganti dengan berlipat kali ganda sama ada kita sedar atau pun tidak.
Bila terkenang kan semula kes2 yang terkena ni, aku senyum sendirian.. Hanya mampu tersenyum dan mendoakan yang terbaik utk semua orang.

Seribu makna ni..
* KLezCar menawarkan perkhidmatan kereta sewa di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Penang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan. http://www.klezcar.com/
* KLezBike | Harley Davidson Rental in Kuala Lumpur http://www.klezbike.com/
Call hotline free toll 1300-88-4040

1 comment:

  1. memang dalam dunia ni ada macam-macam jenis manusia...yang lebih parah adalah jenis yang nampak baik tapi dalam hatinya ada pelbagai agenda....sentiasa berdoa minta perlindungan dari Allah...teruskan buat kebaikan..nanti baik juga yg datang pada kita.

    ReplyDelete