Friday, November 14, 2014

Business Retreat Batch 2- Kuala Linggi, Melaka

Aku baru balik dari business retreat untk batch yang kedua. Kali ni kami pilih lokasi di Desa Balqis Kuala Linggi, Melaka. Tempat ni dengar khabarnya menjadi tumpuan utk shooting filem mungkin disebabkan oleh accommodation diorang tu style rumah lama melaka.

Kami duk di Rumah yang diberi nama rumah Pak Lang. ada 5 bilik dan 2 bilik air. Kami ada 20orang, jadi ada yang kena tidor kat luar. Aku salah sorang la yang tidor luar, nasib baik ada tilam extra. Tido luar ni ada 1 jer yang mencabar iaitu bunyi papan lantai apabila orang berjalan, kruk krek kruk krek bunyi.

Aktiviti kami yang paling byk sekali selain tidur adalah mandi kolam dan pantai. Tgh mandi kolam boleh nampak pantai. Dapat imagine tak? sebelah jer kolam ngan pantai ni, lepas mandi pantai bilas kat kolam plk.

Apa pon retreat kali ni mencapai objektif utama iaitu utk sesi 'kira-kira' dan juga merapatkan lagi bonding di antara partners klezcar.

Korang layan gambar la yer, byk sgt gambar yang nak upload ni.

Sebelum bertolak ke melaka, sempat lagi kami buat interview utk jawatan Sales dan Operation Exec. Ada 15 kekosongan. Kalo korang nak apply boleh htr resume kat shahril@klezcar.com
Gaji kita offer rm1.5k-rm2k tak masuk dengan komisen.

Sebelum balik kami ke Bandar Melaka dulu, pusing2. Sempat la main boling kat Makhota Parade.





















* KLezCar menawarkan perkhidmatan kereta sewa di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Penang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan. http://www.klezcar.com/
* KLezBike | Harley Davidson Rental in Kuala Lumpur http://www.klezbike.com/
Call hotline free toll 1300-88-4040

No comments:

Post a Comment