Tuesday, November 25, 2014

Tak Sangka

Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang. Walau kita sudah ada plan yg tersendiri dan kerja2 yang dilakukan memang mengikut plan yang ada, ikutkan on the paper memang jadi lah.
Tapi Allah tu nak tunjukkan yang Aku lah yang berkuasa, Aku lah yang mengatur semua yang ada ini. Sekelip mata jer apa yg kita plan boleh musnah, boleh terbalik, boleh off track.

Tapi apa yang Allah lakukan itu adalah yang terbaik untuk kita. Tiada yang sebaik-baik perancang melainkan Allah. Jadi terima lah dengan hati yang terbuka, berlapang lah dada, teruskan tersenyum.

Bulan ini agak mencabar bagi aku, banyak pengalaman dan pahit maung dalam dunia kereta sewa mula aku rasai. Tapi aku percaya yang pengalaman ini semua akan mematangkan lagi Shahril Sidek dan KLezCar.

* KLezCar menawarkan perkhidmatan kereta sewa di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Penang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan. http://www.klezcar.com/
* KLezBike | Harley Davidson Rental in Kuala Lumpur http://www.klezbike.com/
Call hotline free toll 1300-88-4040

Friday, November 21, 2014

Kita Buat Baik Tapi Diorang Ambil Kesempatan Pula

Sedikit luahan hati. Poyo jer lebih. Hah tak kisah la. Aku nak tulis jugak. Semenjak aku bergelumang di dalam kancah dunia bisnes ini, Aku banyak berjumpa dengan pelbagai jenis ragam, pelbagai jenis peel, pelbagai jenis level masyarakat.

Ada yang jenis menurut perintah, ada yang jenis suka membantah, ada yang jenis ego tinggi dan tak mendengar nasihat, ada yang jenis 'hot hot checken shit', ada yang jenis suka mengambil kesempatan dan ada juga jenis yang aku sendri pun tak faham jenis apa, memang unclassified, hehe.

Aku nak tekan kan kepada golongan sasar jenis yang suka mengambil kesempatan. Mungkin juga environment KLezcar yang banyak terlibat dengan hal2 charity, maka ianya tempias kepada diri aku dan juga masyarakat sekeliling.

Aku ada lah seorang bisnesman, beras dan ikan dibeli hasil dari bisnes yang aku jalankan. Tapi ada sesetangah golongan ini bijak mengambil tempat sehinggakan aku terasa dipergunakan untuk rancangan yang telah awal lagi dirancang.

Bisnes is bisnes, charity is charity. Orang yang macam ni memang licik. Dia akan datang pada kita dan mendambakan sesuatu dari kita samada ilmu kita, tenaga kita, network kita, duit kita dan sebagainya. Tetapi semua ini tidak ketara dan menyebabkan kita tidak sedar akan modus operandi orang ini. Tup tup bila 'nyamuk' ini sudah kenyang menyedut darah kita, dia akan mula beredar. Kadang2 tu nyamuk ni beredar bila pun kita tak sedar.

Apa pun aku percaya yang Allah tu Maha Esa dan Maha Penyayang. Setiap kerugian yang kita alami, Dia akan ganti dengan berlipat kali ganda sama ada kita sedar atau pun tidak.
Bila terkenang kan semula kes2 yang terkena ni, aku senyum sendirian.. Hanya mampu tersenyum dan mendoakan yang terbaik utk semua orang.

Seribu makna ni..
* KLezCar menawarkan perkhidmatan kereta sewa di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Penang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan. http://www.klezcar.com/
* KLezBike | Harley Davidson Rental in Kuala Lumpur http://www.klezbike.com/
Call hotline free toll 1300-88-4040

Wednesday, November 19, 2014

Seminar Havoc Hartanah2 di Iskandar Malaysia

Tak rugi untuk menambah ilmu. Siapa yang boleh kata yang diri dia dah cukup berilmu?

Masing2 ada kelebihan dan pengetahuan yang berbeza. Ilmu boleh didapati dengan pelbagai cara. ada yang suka membaca, ada yang suka melihat, ada yang suka mendengar.

Walau apa jua cara pun, teruskan mencari ilmu.

Aku kongsikan sedikit kisah yang berlaku pada aku semalam. Salah sebuah kereta sewa aku buat hal, temperature naik. Customer di petronas cyberjaya. Aku seperti biasa menggunakan khidmat gps jer, bukannya reti sangat aku dengan area cyber n putrajaya ni. Asalkan masuk jer, mesti sesat dulu la.

Dipendekkan cerita, aku suruh staff aku bawak satu kereta replacement bagi customer itu manakala aku pula pegi dapatkan pomen dan bawak pomen sekali ke tempat kejadian.

Sebelum staf aku bertolak, aku set gps mengunakan google maps kat handpone staf aku. Staf aku ni dah kerja dengan aku hampir 2 bulan. Ok ngam gps jumpa dan menunjukkan arah ke petronas cyber. Selepas 30 min aku smp ke destinasi dengan pomen manakala staf aku blm lagi muncul. Bila aku call dia kata sesat. Dia dah duk area cyber tapi x tahu kat mana. Sudah, satu hal plak aku nak gi cari dia. Bila aku tny dia apasal x ikut maps yg ada kat gps tu, dia kata dia x reti guna. Thats the thing...

Lps aku dah gi cari dia n bawak dia ke petronas tu. Settle urusan dengan kereta ganti kpd customer, pomen mula godek2 kete yang bermasalah tadi. Dia kata dia bole bawak balik bengkel. Ok cun. Aku plak naik kete ngan staf aku balik ke opis.

Korang nampak tak apa point yang aku nak cerita dalam kisah ini?

"Bodoh Sombong"...

Tu lah ayat yang aku bagi kat staf aku. Dah kerja 2 bulan tapi tak tahu dan tak tanya cara menggunakan Maps walhal selama ni memang kerja2 delivery kereta byk menggunakan Maps. Rupanya sebelum ni dia mengharapkan kawan dia utk tunjuk jalan guna Maps dan dia lgsg tak bljr cara2 nak guna Maps.

2 bulan dia bodoh, bodoh utk menggunakan Maps. Tapi semenjak semalam, aku dah ajar dia. Dan bermula hari ini dia bukan lagi seorang yang bodoh menggunakan Maps.
(Bunyinya agak kasar bila aku convert kisah aku semalam ni kedalam tulisan, walhal ianya tidak sekasar ini).

So kepada semua kawan2, moh kita semua belajar. Jika tak tahu sila tanya. Masalah utama orang kita ni adalah malu bertanya. Kang aku tanya nanti bdk2 lain gelakkan aku plak sbb soalan ni macam soalan bodoh. Padahal semua orang tak tahu jwpn kpd soalan bodoh ko tu. Tapi disebabkan malu bertanya dan last sekali tak bertanya, maka kebodohan tersebut makin berpanjangan.

Ok dah la tu dengan intro aku.

Aku nak share ngan korang pasal Seminar Haratanah plak, Havoc.

Barisan spekaernya memang femes la kat dunia hartanah malaya ni, iaitu Faizul ridzuan, Wan Info Lelong, Rohaniah Noor, Abang Abu dan Ernest Towle.

Mereka semua ni memang otai beb, search jer nama diorang kat google, mesti kluar la cerita2 diorang.

Apa topik2 yang akan dikupas dalam Seminar ini?

“Analisa Kawasan Iskandar Malaysia” oleh Faizul Ridzuan.
Ketahui selok belok kawasan Iskandar Malaysia dan lokasi-lokasi pelaburan hartanah yang menguntungkan.

“Bagaimana Membuat Permohonan Pinjaman Perumahan Yang Disukai Pihak Bank” oleh Ernest Towle.
Anda wajib tahu teknik susun portfolio kewangan anda yang memikat pihak bank untuk memberikan pinjaman perumahan kepada anda. Akan kami bongkarkan di sini.

“5 Langkah Jana Wang Sewa Besar” oleh Rohaniah Noor.
Pelajari 5 teknik untuk menjana pulangan lebih tinggi daripada rumah sewa anda bersama blogger hartanah terkenal ini.

“Bagaimana Bermula dari Kosong, Anda Mampu Menjana RM3 Juta Dalam Masa 5 tahun” oleh Faizul Ridzuan.
Beliau sudah melakukannya. 23 buah rumah pada usia 30 tahun..hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Kisah ini akan menjadi tatapan anda.

“Tips Pengurusan dan Penjimatan Wang” oleh Abang Abu, Mekanik Wang
Perkara asas ini wajib dikuasai terlebih dahulu sebelum anda memulakan sebarang pelaburan.
Bagaimana Menjana Pendapatan Dengan Mudah Melalui Sublet dan Rumah Lelong.
Teknik ini sangat sesuai untuk anda yang ingin menjana pendapatan melalui pelaburan hartanah tetapi tidak mempunyai modal yang besar.

Hah tak cukup lagi? Nak lagi? Jangan tamak beb. Hehe

Semua ni korang akan dapat dengan bermodalkan harga tiket yang ciput sahaja beb, RM30. Tak percaya?

Event ni akan berlangsung pada:

23 November 2014

9am to 6pm

Iskandar Malaysia Information Centre, Danga Bay, Johor Bahru

Untuk dapatkan info lanjut dan tiket, korang layari http://carirumah.com.my/havoc-hartanah/ms/jb/

Friday, November 14, 2014

Business Retreat Batch 2- Kuala Linggi, Melaka

Aku baru balik dari business retreat untk batch yang kedua. Kali ni kami pilih lokasi di Desa Balqis Kuala Linggi, Melaka. Tempat ni dengar khabarnya menjadi tumpuan utk shooting filem mungkin disebabkan oleh accommodation diorang tu style rumah lama melaka.

Kami duk di Rumah yang diberi nama rumah Pak Lang. ada 5 bilik dan 2 bilik air. Kami ada 20orang, jadi ada yang kena tidor kat luar. Aku salah sorang la yang tidor luar, nasib baik ada tilam extra. Tido luar ni ada 1 jer yang mencabar iaitu bunyi papan lantai apabila orang berjalan, kruk krek kruk krek bunyi.

Aktiviti kami yang paling byk sekali selain tidur adalah mandi kolam dan pantai. Tgh mandi kolam boleh nampak pantai. Dapat imagine tak? sebelah jer kolam ngan pantai ni, lepas mandi pantai bilas kat kolam plk.

Apa pon retreat kali ni mencapai objektif utama iaitu utk sesi 'kira-kira' dan juga merapatkan lagi bonding di antara partners klezcar.

Korang layan gambar la yer, byk sgt gambar yang nak upload ni.

Sebelum bertolak ke melaka, sempat lagi kami buat interview utk jawatan Sales dan Operation Exec. Ada 15 kekosongan. Kalo korang nak apply boleh htr resume kat shahril@klezcar.com
Gaji kita offer rm1.5k-rm2k tak masuk dengan komisen.

Sebelum balik kami ke Bandar Melaka dulu, pusing2. Sempat la main boling kat Makhota Parade.





















* KLezCar menawarkan perkhidmatan kereta sewa di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Penang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan. http://www.klezcar.com/
* KLezBike | Harley Davidson Rental in Kuala Lumpur http://www.klezbike.com/
Call hotline free toll 1300-88-4040

Thursday, November 6, 2014

New Project: Nadayu 63



Another new project just launching. There are something special about this project. Let we see what the strength of this project.

Nadayu63 melambangkan hidup kontemporari di tengah-tengah landskap yang indah. Dengan pelbagai kemudahan gaya hidup moden, Nadayu63 menawarkan pengalaman kehidupan yang sempurna dan lengkap melalui pembangunan bersepadu bergaya indah di Taman Nadayu, Melawati, menampilkan kediaman yang bergaya dilayani pembangunan campuran yang dinamis. Nadayu63 menawarkan pengalaman hidup lengkap dikelilingi oleh pemandangan indah alam semula jadi.

Nadayu63 terletak di dalam daerah K5 di Melawati. Yang terletak di atas tanah yang tinggi, dan dikelilingi oleh banyak pemandagan hijau dan indah. K5 kantong terkenal dengan rumah-rumah mewah dan elit, sehingga Nadayu63 berusaha untuk penawarkan perbezaan dengan menawarkan sejumlah harga starter-rumah-unit di bawah RM500,000.

Apa yang aku menariknya sebab lokasinya di Melawati. Personal opinion, aku mmg sukakan cuaca kat belah melawati n gombak, nak2 yang dekat dengan bukit, sejuk jer rasa. Mungkin sebab aku orang kampung kot, memang sentiasa berteduh di bawah rimbunan pokok.


· Unit komersial : 42 unit runcit
· Unit kediaman : 296 unit
· Saiz : Dari 562 kps - 1,144 kps
· Harga : Dari RM420,000.00 seterusnya

APA YANG KAMI SUKA AKAN PROJEK INI:

· Kemasukan rendah untuk downpayment - RM10,000
· Pemandangan unik dikelilingi dengan kehijauan alam semulajadi yang subur - Hutan Simpan Kemensah
· Pusat bandar agak dekat (15mins ke KLCC)
· Terbaik bagi pemilikan rumah pertama
· Pembangunan akan datang CapitaMall Melawati akan meningkatkan aktiviti perdagangan di kawasan ini
· Sebahagiannya dilengkapi dengan kelengkapan berjenama
· Kawasan eksklusif dengan kejiranan esklusif
· Kemudahan yang baik


APA YANG KAMI TIDAK SUKA:

· Harga KAKI PERSEGI yang agak mahal. (Nak tahu mahal ke tidak sila buat comparison sendri dengan projek2 lain yang berada di kawasan sekitar. Jgn la plk compare dengan projek di Subang ataupun Rawang, jauh tu, harga tanah dah jadi lain).

Kalau korang nak usha dengan details lagi, ni ada contact pemaju.

Twin Ridge Sdn Bhd (Nadayu Properties Bhd) (653182-A)
No. 1, Persiaran Nadayu 1,
Taman Nadayu,
Ulu Kelang,
53100, Ampang,
Selangor
Tel: +603 – 4147 8888
Discover more at www.nadayu.com.my

By the way, There will a property talk on Budget 2015, n Tmn Melawati area analysis, this Sunday by me. The details of the talk will be as per the following :
Talk ni pasal bajet 2015 yang telah dibentangkan kat parlimen, oleh otai hartanah malaya iaitu Faidzul Ridzwan.

Venue : Nadayu Tmn Melawati sales office
Date and time : 9th Nov 2014, 1-3pm.
Only for 30 pax, so sapa nak join kena RSVP 012 238 2855, 012 477 0166, or 012 790 6682.

Sunday, November 2, 2014

Business Retreat

Hujung bulan lalu KLezCar julung kalinya mengadakan Business Retreat di Langkawi. Seramai 15 partners yang majoriti nya merupakan branch luar dari KL dan Selangor.
Program ni kami adakan selama 3 hari 2 malam.

Apa yang pentingnya program ini? Sebelum tu bagaimana tercetusnya idea untuk menganjurkan program ini. Ianya tercetus apabila kami kira-kira 9 orang tolong hantar kereta dari KL ke Terengganu untuk branch terengganu. Pada malam tu aktiviti kai agak terbatas disebabkan hujan. Jadi bagi mengisi masa terluang, pen dan kertas mula mengambil tempat. Sedikit 'kira-kira' berlandaskan kapasiti bisnes masing2 mula diterjemahkan diatas kertas.

Disini kami mula menilai, menilai yang berapa ramai partners kami tidak arif atau tidak mahir dalam ilmu kira-kira ini. Perniagaan mereka maju, tapi ilmu kira2 tu yang tak maju. Bahaya ni. Sebab tu lah, semua partners klezcar wajib hadiri program ini sambil bersantai santai.

Apa hasil yang diperolehi dari Business Retreat ini?








Impak yang terlalu significant bagi aku, dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat umum. Kepada yang nak cari kerja tu, klezcar ada kekosongan untuk jawatan :

Runner:
-Gaji Basic rm1000
-Ada lesen B2 dan D
-Kelulusan SPM
-Komisen dan bonus menanti jika kerja memuaskan


Sales executive:
-Gaji basic rm2000
-Ada lesen kereta
-Minimum Kelulusan degree
-Komisen dan bonus lumayan diberikan mengikut KPI,boleh mencecah 5angka.

Operation executive:
-Gaji basic rm 2000
-Ada lesen kereta
-Minimum kelulusan degree.
-Bonus extra mengikut KPI

Kepada oyang berminat nak apply kerja dengan KLezCar, boleh hantar resume anda kepada shahril@klezcar.com