Tuesday, September 23, 2014

Overhaul Di Dalam Bisnes Anda

Ada ker istilah overhaul dalam bisnes?
ntah la ada ke tidak, lantak la.. aku rasa best guna istilah Overhaul ni..



Nak dijadikan cerita, seperti mana yang dah sedia maklum, bisnes yang dijalankan ada pasang surutnya, ada ombak kuat dan ada ada masa ombak tenang.. Apa yang kita kena buat bila mana bisnes kita sedang bergolak?

Aku pernah terbaca di sebuah blog satu ketika dahulu, dah lupa dah kat blog mana. Dia kongsikan bila mana sales tgh slow, masa tu kena tambah stok, masa tu lah kena buat modifikasi pada cara susunan barangan di kedai, masa tu lah improvement kena dilakukan.

Kenapa ianya harus dibuat masa bisnes kita down? patutnya buat la masa bisnes kita tgh rancak.
Dulu aku pon tak faham akan hubungkaitnya, sehinggalah bisnes aku sendiri sedang dilanda ombak deras.

Bila aku brainstorming dengan partner aku, terbitlah idea utk buat Overhaul ni. Overhaul di dalam bisnes aku, sedikit restructuring baru kena di buat. Setelah diperhalusi dan dikaji, maka aku pon buang seorang staff dan tambah lagi 2 staff baru. Setiap staff diberikan satu tugas yang khusus dan lebih jelas. Tidak seperti dulu, agak byk benda yang diorang kena handle,

Alhamdulillah dengan adanya sistem yang baru ini, sales dijangka akan meningkat dan operasi kerja menjadi lagi teratur dan mudah. Jika overhaul ini berjaya, maka bisnes yang aku ada sekarang ni boleh di automate kan.. Aku sudah boleh back off dari bisnes aku sekarang dan model overhauled ini akan menjadi salah satu modul utk cawangan klezcar yang lain. Just cawangan follow jer, copy and paste jer, insyaallah pengusaha di cawangan klezcar tersebut pun boleh back off juga.

 Apa yang korang buat bilamana bisnes korang slow?


p/s: 
KLezcar PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa pelbagai model di sekitar PJ, Subang dan Puchong.
klezbike.com/ menawarkan perkhidamatan motorsikal sewa dari jenama Harley Davidson di sekitar Kuala Lumpur.
Call 1300-88-4040 untuk booking.

No comments:

Post a Comment