Thursday, September 25, 2014

New Project: PARAMOUNT UTROPOLIS di Glenmarie


Kebanyakan new projek sekarang ni adalah lebih kepada SOHO, SOVO dan seangkatan dgnnya. Dah kurang dah apartment atau kondominium. Kenapa yer? mungkin SOHO ni lebih menguntungkan kepada pihak pemaju atas sebab status tanahnya mestilah berstatus komersial bukannya berstatus kediaman. Tak kisah la pemaju nak untung brp byk pun. Yang penting kita sebagai pelabur dan penguna haruslah membuat keputusan yang bijak. Perlulah kita meneliti dan mengkaji sesuatu development itu sebelum membeli.


Tapi hakikat hari ini, naik jer 3 tower soho, habis jugak dibeli orang. Mungkin juga kehendak pengguna yang sukakan lifestyle unit2 yang sebegini. Yer la, hidup di kota metropolitan hari ini, rumah keluasan 500-700sf pon dah ok. Anak 1 orang jer. Rumah sekadar dijadikan untuk tempat menyimpan barang dan untuk tidur shj. Keluar pagi balik malam untuk mencari rezeki.

Berbalik kepada topik asal kita. Aku nak info kan korang dengan projek baru. Korang usha sendri, kaji sendiri, teliti sendiri. Aku just nak info jer.

Developer yang tak asing lagi iaitu Paramount Property (Glenmarie) Sdn Bhd. Dibina diatas tanah bersaiz 11.7 acres – Integrated Development dan 10 acres – KDU University College.
Status unit ni adalah FREEHOLD.

Kita tgk pulak pada jaringan jalanraya dan peta lokasi.





Apa yang menarik ttg projek ini?


- Ianya dikatakan sebagai antara projek yang termurah di area Glenmarie, harga bawah rm300k. Rata-rata harga rumah dikawasan sana adalah sekitar rm1,6mil.
- Dijangka kan ianya akan menjadi next Subang dan kat bawah Utropolis ni akan ada commercial retails.
-Memang dekat sangat dengan KDU Univ, yang ada lebih kirang 7000 pelajar.
- Lifestyle Suites harganya tak sampai rm300k, tapi untuk yang 2 dan 3 bilik harganya lebih dari rm600k la.

Gerak 10min jer korang akan jumpa, Giant seksyen 13, Tesco seksyen 13 dan Carefour SS15. Nak shopping barang dapur dekat la.

Total unit yang ditawarkan di 2 tower adalah 428 unit. setiap unit ada 1 parking lot. Harga maintenance adalah dijangka rm 0.45/sf.

Korang cek details lagi la, korang usha kat bawah ni yer..


Sales Gallery
No.2, Jalan Anggerik Vanilla R31/R
Kota Kemuning, Section 31,
40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
T: 603-5123 6022 F: 603-5123 6110
Email Address : info@paramountproperty.my
Website : http://www.utropolis.com.my/

No comments:

Post a Comment