Thursday, September 25, 2014

New Project: PARAMOUNT UTROPOLIS di Glenmarie


Kebanyakan new projek sekarang ni adalah lebih kepada SOHO, SOVO dan seangkatan dgnnya. Dah kurang dah apartment atau kondominium. Kenapa yer? mungkin SOHO ni lebih menguntungkan kepada pihak pemaju atas sebab status tanahnya mestilah berstatus komersial bukannya berstatus kediaman. Tak kisah la pemaju nak untung brp byk pun. Yang penting kita sebagai pelabur dan penguna haruslah membuat keputusan yang bijak. Perlulah kita meneliti dan mengkaji sesuatu development itu sebelum membeli.


Tapi hakikat hari ini, naik jer 3 tower soho, habis jugak dibeli orang. Mungkin juga kehendak pengguna yang sukakan lifestyle unit2 yang sebegini. Yer la, hidup di kota metropolitan hari ini, rumah keluasan 500-700sf pon dah ok. Anak 1 orang jer. Rumah sekadar dijadikan untuk tempat menyimpan barang dan untuk tidur shj. Keluar pagi balik malam untuk mencari rezeki.

Berbalik kepada topik asal kita. Aku nak info kan korang dengan projek baru. Korang usha sendri, kaji sendiri, teliti sendiri. Aku just nak info jer.

Developer yang tak asing lagi iaitu Paramount Property (Glenmarie) Sdn Bhd. Dibina diatas tanah bersaiz 11.7 acres – Integrated Development dan 10 acres – KDU University College.
Status unit ni adalah FREEHOLD.

Kita tgk pulak pada jaringan jalanraya dan peta lokasi.





Apa yang menarik ttg projek ini?


- Ianya dikatakan sebagai antara projek yang termurah di area Glenmarie, harga bawah rm300k. Rata-rata harga rumah dikawasan sana adalah sekitar rm1,6mil.
- Dijangka kan ianya akan menjadi next Subang dan kat bawah Utropolis ni akan ada commercial retails.
-Memang dekat sangat dengan KDU Univ, yang ada lebih kirang 7000 pelajar.
- Lifestyle Suites harganya tak sampai rm300k, tapi untuk yang 2 dan 3 bilik harganya lebih dari rm600k la.

Gerak 10min jer korang akan jumpa, Giant seksyen 13, Tesco seksyen 13 dan Carefour SS15. Nak shopping barang dapur dekat la.

Total unit yang ditawarkan di 2 tower adalah 428 unit. setiap unit ada 1 parking lot. Harga maintenance adalah dijangka rm 0.45/sf.

Korang cek details lagi la, korang usha kat bawah ni yer..


Sales Gallery
No.2, Jalan Anggerik Vanilla R31/R
Kota Kemuning, Section 31,
40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
T: 603-5123 6022 F: 603-5123 6110
Email Address : info@paramountproperty.my
Website : http://www.utropolis.com.my/

Tuesday, September 23, 2014

Overhaul Di Dalam Bisnes Anda

Ada ker istilah overhaul dalam bisnes?
ntah la ada ke tidak, lantak la.. aku rasa best guna istilah Overhaul ni..



Nak dijadikan cerita, seperti mana yang dah sedia maklum, bisnes yang dijalankan ada pasang surutnya, ada ombak kuat dan ada ada masa ombak tenang.. Apa yang kita kena buat bila mana bisnes kita sedang bergolak?

Aku pernah terbaca di sebuah blog satu ketika dahulu, dah lupa dah kat blog mana. Dia kongsikan bila mana sales tgh slow, masa tu kena tambah stok, masa tu lah kena buat modifikasi pada cara susunan barangan di kedai, masa tu lah improvement kena dilakukan.

Kenapa ianya harus dibuat masa bisnes kita down? patutnya buat la masa bisnes kita tgh rancak.
Dulu aku pon tak faham akan hubungkaitnya, sehinggalah bisnes aku sendiri sedang dilanda ombak deras.

Bila aku brainstorming dengan partner aku, terbitlah idea utk buat Overhaul ni. Overhaul di dalam bisnes aku, sedikit restructuring baru kena di buat. Setelah diperhalusi dan dikaji, maka aku pon buang seorang staff dan tambah lagi 2 staff baru. Setiap staff diberikan satu tugas yang khusus dan lebih jelas. Tidak seperti dulu, agak byk benda yang diorang kena handle,

Alhamdulillah dengan adanya sistem yang baru ini, sales dijangka akan meningkat dan operasi kerja menjadi lagi teratur dan mudah. Jika overhaul ini berjaya, maka bisnes yang aku ada sekarang ni boleh di automate kan.. Aku sudah boleh back off dari bisnes aku sekarang dan model overhauled ini akan menjadi salah satu modul utk cawangan klezcar yang lain. Just cawangan follow jer, copy and paste jer, insyaallah pengusaha di cawangan klezcar tersebut pun boleh back off juga.

 Apa yang korang buat bilamana bisnes korang slow?


p/s: 
KLezcar PJ menawarkan perkhidmatan kereta sewa pelbagai model di sekitar PJ, Subang dan Puchong.
klezbike.com/ menawarkan perkhidamatan motorsikal sewa dari jenama Harley Davidson di sekitar Kuala Lumpur.
Call 1300-88-4040 untuk booking.

Friday, September 5, 2014

New Project - Uptown Residence

Projek ni kat Damansara Utama, Petaling Jaya.

Kawasan yg padat membangun. Kepesatan metropolitan usah lagi menjadi isu di tempat yang dinamakan sebagai Damansara ini.

Nak tgk dari segi transportation, hah tgk ni.

Tren : Stesen MRT terdekat (akan datang) ialah Taman Tun Dr. Ismail dan One Utama

Bas : Rapid KL: U89 – LRT Kelana Jaya-Kota Damansara-LRT Kelana Jaya, T626 – LRT Taman Bahagia-Damansara Utama-LRT Taman Bahagia


Nak tgk dari segi shopping complex lak.

Tropicana City Mall, Atria (apabila selesai pengubahsuaian & penambahbaikan), The Starling (Akan Datang), Paradigm Mall, One Utama, The Curve, IKEA, Ikano, Giant Kota Damansara, Empire City Mall (Akan Datang)

Kita tgk apa plan dia mengenai fasiliti yang bakal diwujudkan kat sini.
  • Masuk Pavilion : Gerbang Masuk, Pintu Masuk Pelawat / Perkhidmatan / Kakitangan, akses Keselamatan Point, Kawasan Drop Off /, Grand Porte cochere, Lobi Utama Penerimaan
  • Zon Pelawat : Dewan Fungsi dengan Persediaan dapur, Kawasan BBQ, Theatrette (tingkat mezanin)
  • Zon The Wellness (Tingkat Satu): Baths Spa, Sauna, Bilik Persendirian, Bilik Persalinan, Wellness Lounge (tingkat bawah)
  • Zon The Sports: Kolam Renang, Whirlpool Bath, Gimnasium (tingkat pertama), Gelanggang Badminton & Separuh Gelanggang Bola Keranjang, Squash Court, Gelanggang Tenis (tingkat pertama), Sports Lounge
  • Kemudahan utama lain : Kolam kanak-kanak, Taman Permainan Kanak-kanak, Lounge kolam renang Teres Tempat Duduk, Kawasan Latihan, Taman Edible dengan pelbagai sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan, Bili Persalinan Lelaki / Perempuan,, Pusat Aktiviti, Bilik Membaca/Tuisyen, Pejabat Pengurusan (tingkat bawah & mezanin), Bay Lori, Surau (tingkat mezanin), Bilik Mel.

"Kami dengar kabar angin yang pusat komersial Starling di Uptown Residence ni sudah berjaya memikat beberapa penyewa ternama seperti Jaya Grocer, ACE Hardware, ESH Electrical, dan Rakuzen. Akan lebih mudah la kepada pemilik rumah di Uptown Residence ni utk bershopping sakan kelak, takyah nak keluar jauh jauh utk shopping."