Saturday, August 16, 2014

Hamba Majikan..

Semoga mendapat pengajaran dari cerita yang aku bawakan pada kali ini.
Aku nk share 1 cerita yg berlaku pd aku ptg td.
Seorg hamba allah ni keje engineer di sebuah kilang. Dia nak bg aku sambung bayar kete dia (exora manual 2013). Kerana hjg bln ni dia dah x bekerja. Tanggapan pertama aku adalah kemungkinan dia kena amik VSS kot.

Tp sangkaan aku melest, dia berhenti kerja sbb bos dia bkn islam, menyebabkan dia x sempat nak solat TEPAT BILA MASUK WAKTU, solat asar pon selalu pkl 6 apabila sibuk meeting atau tgh handle projek. Jadi dia rs x best sbb x dpt nk solat tepat bila masuk waktu.

Masyaallah, nak menitik air mata aku. Aku dulu kerja smp tak pergi solat jumaat. Mana taknya, shift start pkl 1. Bila masuk kerja plk, tak ada perempuan yg nak ganti. Nak tinggal kerusi tu tanpa pengganti tak boleh. Mmg syarat pihak jabatan utk tidak boleh membiarkan kerusi kosong tanpa pegawai, pendek kata wajib kerusi tu di isi. Tp tak terlintas plk aku masa tu yang wajib utk aku mengerjakan solat. Allahurabbi, betapa nipisnya iman. Semata mata mengejar duniawi, gaji yang dibayar tidak seberapa. Hamba kpd siapakah aku ini? Hamba kpd majikan atau kepada Allah SWT?

5 comments:

  1. Allah Maha Besar...semoga saya mendapat kekuatan iman seperti hamba Allah tu.

    ReplyDelete
  2. moga Allah akan gantikan yang lebih baik utk dia
    #sy baca pun terharu

    ReplyDelete
  3. Cerita yg sgt berguna sbg ingatan utk saya serta fmily. Kata2 "kalau kita mencari dunia kita pasti dapat dunia. Tp kalu kita mencari akhirat maka akhirat n dunia kita akan dpt". Sama2 kita memahminya dan mngplikasi dlm kehidpan. Tq

    ReplyDelete
  4. Subhanallah, sangat jarang di jaman sekarang ini hamba Allah yang seperti demiikian.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete