Saturday, August 16, 2014

Hamba Majikan..

Semoga mendapat pengajaran dari cerita yang aku bawakan pada kali ini.
Aku nk share 1 cerita yg berlaku pd aku ptg td.
Seorg hamba allah ni keje engineer di sebuah kilang. Dia nak bg aku sambung bayar kete dia (exora manual 2013). Kerana hjg bln ni dia dah x bekerja. Tanggapan pertama aku adalah kemungkinan dia kena amik VSS kot.

Tp sangkaan aku melest, dia berhenti kerja sbb bos dia bkn islam, menyebabkan dia x sempat nak solat TEPAT BILA MASUK WAKTU, solat asar pon selalu pkl 6 apabila sibuk meeting atau tgh handle projek. Jadi dia rs x best sbb x dpt nk solat tepat bila masuk waktu.

Masyaallah, nak menitik air mata aku. Aku dulu kerja smp tak pergi solat jumaat. Mana taknya, shift start pkl 1. Bila masuk kerja plk, tak ada perempuan yg nak ganti. Nak tinggal kerusi tu tanpa pengganti tak boleh. Mmg syarat pihak jabatan utk tidak boleh membiarkan kerusi kosong tanpa pegawai, pendek kata wajib kerusi tu di isi. Tp tak terlintas plk aku masa tu yang wajib utk aku mengerjakan solat. Allahurabbi, betapa nipisnya iman. Semata mata mengejar duniawi, gaji yang dibayar tidak seberapa. Hamba kpd siapakah aku ini? Hamba kpd majikan atau kepada Allah SWT?

Friday, August 8, 2014

KLezBike Semakin Di Kenali

Alhamdulillah, KLezBike sejak penubuhannya pada bulan May2014, ianya semakin dikenali oleh banyak pihak yang bukan sahaja orang yang nak menyewa motor, malah bikers dari geng2 kawasaki, geng2 ducati dan juga orang2 besar HOG Kuala Lumpur.

Untuk event HOG, jika diorang memerlukan sewa harley, diorang akan contact kitaorg. Banyak lagi kerja-kerja yang perlu kami buat dari segi marketing. Bisnes kad baru jer siap, agak lama ambil masa disebabkan oleh nak siapkan logo KLezbike.

Kami juga menyediakan satu pakej khas utk bakal pengantin. 4 biji Harley Davidson siap dengan rider akan konvoi mengiringi si pengantin di hari yang penuh bermakna. Jika si pengantin nak ride sekali pun tak der masalah.

So jika ada photographer, wedding planner, mak andam yang nk collaborate dengan kami, boleh contact aku  0179391161. Semestinya ada komisen yang menarik utk anda.

Insyaallah bulan 9 ni KLezbike akan buat satu anjakan paradigma, nanti bila betul2 konfirm aku share ngn korang. Ianya akan menjadi titik tolak yang akan melonjakkn lagi klezbike ke tahap yang seterusnya. Insyaallah semoga Allah permudahkan semua urusan kami.


Kepada yang nak jadi agent kami, sila contact 0179391161.