Wednesday, July 2, 2014

Salam Ramadhan - Tips Jimat

Sekejap jer waktu berlalu.. Apa yang kita target atau lebih dikenal dgn azam tahun 2014 adakah 50% sudah tercapai? pejam celik pejam celik dah setengah tahun berlalu dah..

Hah ni aku nk share skit tips penjimatan di bulan Ramadhan.. Lepas ni kita nak raya plk, duit sure habis byk masa raya.. jadi kena pandai-pandai manage la yer.

1. Niat - Mestilah bermula dengan niat yang betul.. Walaupun ada tindakan atau tidak, kena mulai dengan niat. Insyaallah tuhan akan bantu kita selaku hambanya yang lemah. Niat la macam mana sekali pun, yang penting kena ada niat utk berjimat seterusnya mengawal nafsu.

2. Bajet - Mestilah letak bajet. Kalo sahur tapau nasik goreng telur mata, rm4.50. Berbuka pulak bajet la ikut poket masing2, aku rasa kalau rm10 tu dah cukup mewah dah.. silap2 tak habis pon makan juadah rm10 tu.

3. Duit ngam2 - Dah ada bajet seperti diatas, cthnya berbuka rm10. Masa korang nak ke pasar ramadhan, korang hanya bawak rm10 shj. Jangan bawak lebih. Kalau bawak lebih, maunyer rm20 la korang perabih nanti.

4. Air bancuh sendri - korang buat la air teh o satu jug, berapa sen sgt la kos nya. Buat air milo ker.. rata-rata air kat pasar malam dah rm2 satu plastik. Kadang2 tu siap beli 2 jenis air lagi sorang. Macam la habis sgt diorang minum nanti..

5. Berbuka di Masjid - Boleh ambil peluang ni untuk solat maghrib berjemaah. Percaya atau tidak, nasik bungkus di masjid bukan calang-calang nasik bungkus.

6. Masak sendri - korang masak sendri, boleh la sekali masak utk berbuka ngan sahur sekali gus. bangun sahur nanti, just panaskan lauk ngan nasik jer.. malas sgt, masak nasik ngan goreng terlur kat rumah, beli gulai ayam ke kat pasar ramadhan rm4, boleh 2 kali mkn. Amik kuah lebih skit yer.

7. Say no to hotel -  pakej buffet oleh hotel2 mmg menggiurkan, meleleh la beb, smp kan ada yang 70 lauk pauk pada harga rm59++. Harga rm59 tu dah boleh cover 6 kali punya berbuka tu. Pandai-pandai la korang control..

Teringat plk kepada arwah ayah aku, dulu boleh dikatakan 30 hari berpuasa, 30 hari lah dia berbuka di masjid Muhammadi di Kota Bharu. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Sidek Bin Mamat.

P/S: nak sewa motorsikal besar? klik www.klezbike.com

No comments:

Post a Comment