Thursday, July 3, 2014

Fokus Adalah Key Point Dlm Bisnes

Semua pekerjaan atau tugasan jika dilakukan dgn fokus akan menghasilkan satu result yang booommm.. Ianya satu perkara yang senang di sebut sebut, tetapi amat payah utk dilaksanakan.

Ramai orang melayu terutamnya suka buat banyak perkara dalam satu masa, multi tasking.. pada satu-satu masa, duk buat 3 4 bisnes. Semua bisnes dia berjalan ok tapi tak der satu pun bisnes dia yang boommm.. Bisnes ni bagi dia rm2k/mth, bisnes tu bagi dia rm1k/mth, bisnes lg satu tu bagi dia rm2k/mth. Ok la kan ada 3 bisnes yang menguntungkan. Tapi 3 bisnes ni baru memberi anda rm5k/mth. Manakala anda kena pikir pasal 3 bisnes ni, kena buat 3 bisnes, kesemuanya memerlukan tenaga dan fikiran dari anda.

Berbaloi ke dengan keringat tenaga dan juga otak yang dikeluarkan kepada ketiga-tiga bisnes ini?
Bagi saya adalah lebih baik jika kita fokus kepada 1 bisnes sahaja sehingga bisnes tersebut benar-benar boomm dan sukses. Dah sukses dan dah ada staf yang cukup, barulah boleh bukak cabang bisnes yang baru.



Jika difikirkan secara logik, buat bisnes sambil-sambil makan keropok pon dah boleh jana pendapatan rm2k/mth, jika fokus betul-betul terhadap bisnes tu sahaja (1 bisnes jer) mungkin tak pendapatan dahulunya rm2k boleh jadi rm8k?

Kenapa ramai yang suka diversify bisnes, kononnya nak byk source of income?
Adakah sbb diorg ni tak yakin dgn apa yang dia lakukan skrg ni? Kalau dah tak yakin kenapa teruskan, carilah bisnes yang anda sendiri konfiden.

Diversify dlm pelaburan dan diversify dlm bisnes adalah 2 benda yang berbeza. Tak boleh nak samakan.




1 comment: