Wednesday, July 23, 2014

Sedikit Perkhabaran Dari Projek Yang Dinamakan Urbana Residence

Projek ni pernah diceritakan satu ketika dulu, masa mula2 launching. Kita tgk skit apa perkembangan semasa mengenai hal ehwal projek ini sekarang.

Perkhabaran yang pertama ada lah 95% unit dah sold out.. pantas.. tinggal kira-kira 20 unit jer yang belum terjual. Masih sempat lagi untuk bertindak bagi yang berkemampuan.
Dan berpeluang untuk beli Hartanah tanpa modal sbb diskaun lebih dari 10%!

Projek ni siap pada 2016, sama dgn masa LRT extension Kelana Jaya siap (kalau tak ada apa-apa aral la). Rumah ini dioffer secara separa berperabot (partly furnished).

Ianya juga dikatakan hartnah undercon termurah di Ara Damansara buat masa ini (kurang dari RM600,000). Kena accept la yang harga hartanah melambung lambung skrg ni.

Apa pun korang kena buat research korang sendiri yer.

Korang nak tgk details projek ni, korang klik di SINI

Friday, July 18, 2014

Ragam Penyewa Kereta dan Motor

Macam2 ragam manusia aku jumpa dlm bisnes kete dan motor sewa ni. Aku kongsikan cerita mlm ini.

Biasanya kita dgr cerita org yg terlalu menawar, nak harga murah jer.. tp mlm ni agak berbeza ceritanya.

Brader ni nak guna estima hny utk 10hari jer, tapi bila ditanya harga utk 1bln, semestinya harga 1bln lg rendah (jika dibahagikan dgn 30hari, harga seharinya jauh lebih murah). Dia trs amik decide utk amik 1bln walhal dia hny nak guna lete tu 10hari shj utk perayaan balik ke kg.
Selebihnya dia just parking kat rumah jer, nak bwk estima ke tempat keje, dia lg suka bwk kereta personal dia iaitu swift sbb saiz kecik nak masuk bandar kl.

Aku hny mampu tersenyum.. itu belum lg bab sewa motor rm450 sehari tetapi guna hny 3jam.. bermacam org.. bermacam ragam.. betapa ramainya org yg kaya diluar sana. Kadang2 tak masuk akal..

Siapa yg sanggup sewa motor (yg bila kena hujan basah, yang bila bwk jauh sakit pinggang, yang tak ada aircond berbanding dgn kereta) pada harga 1hari rm450?
Sudah tentu aku bukan tergolong dlm golongan itu. Tetapi alhamdulillah aku buat bisnes sewa motor ini, permintaannya menggalakkan.. sehingga kadang2 aku tak cukup motor.

I rent it for 3 days, i only use it to travel from my house at ampang to my office at klcc. I just want to have a feel of riding a Harley Davidson.

1hari pnya travel dlm 40min pergi balik, amik la sejam. 3 hari baru 3jam.. tp dia mampu dan tak kisah bayar rm1350, untuk 3jam.. di luar kotak pemikiran aku.. diluar level aku, tapi menjadi supplier kpd mereka ini.

Monday, July 14, 2014

Harley Davidson For Rent In Kuala Lumpur

Yes we are from klezbike, we provide a Harley Davidson for rent in Kuala Lumpur. We believe we can make ur dream come true by using our bike.

We received a lot of inquiry about the motorcycle rental, most of them are local Malaysian. Actually our main target is tourist.

Tourist from Canada, UK, Cambodia, Poland, India, Indonesia, and few others countries already using our bike rental.

If you need to rent a Harley Davidson, just call Klezbike 0179391161 or visit our website www.klezbike.com

Mr Ahmad from Iran rent the Iron

3 guys from Bandung, Indonesia rent for 3 Iron.

Have a great ride for a week

Mr David from Cambodia rent a Harley Davidson Iron

Hj Kamarudin, bikers from Filipina get a feel of Harley

They use our bike for shooting

TV host also rent the big bike from klezbike

They want to try Harley before they decide to buy it

From UK to ride with her brother

Friday, July 4, 2014

New Project - De Centrum Unipark

Hah usha yang ni plk.. Projek kat Bangi, yang ni sesuai utk target penyewa student kolej pengajian..
Sedikit informasi yang diberikan kpd aku mengenai projek ni.

Maklumat berkaitan projek ini
· Alamat: Jalan Utama Ikram Park, De Centrum City (Blok C & D)
· Harga: Dari RM420psf

· Type 1 (Normal):
1,297 sf,
4 bilik tidur, 4 bilik mandi.
Dilengkapi dengan 4 airconds, 1 tempat letak kereta.
Dari RM575, 000

· Type 2 (Duplex dengan kunci dua):
2,594 sf,
8 bilik tidur, 8 bilik mandi.
· Datang dengan 8 airconds, 2 tempat letak kereta.
· * Tingkat 13 dan seterusnya
· Daripada RM1, 065,000
· Saiz: 1,297 ke 2,594 kaki persegi
· Jenis Hartanah: Pelajar Apartments & Serviced Apartment
· Tanah Title: Pegangan Bebas
· Kawasan Tanah: 1.84 ekar
· Jumlah unit: 320 unit
· Dijangka Tamat: 2018

Sekarang kita tgk pada point menarik plk mengenai projek ni.

Dari segi akses, De Centrum dikelilingi oleh institusi pendidikan seperti KLIUC, UNITEN, UPM, UKM, Nexus International School, Alice Smith International School, Tanah Rata Sekolah Antarabangsa, Nottingham Kolej dan banyak sekolah rendah dan menengah.

Juga terdapat berdekatan adalah The Mines, Alamanda, Midvalley City, One South, Atmosfera, Marriott Hotel, IOI Resort Golf dan Pusat Perubatan Serdang.

Pembangunan ini juga dikelilingi oleh Lebuhraya Utara - Selatan (NSE), Kajang SILK Highway, Sungai Besi Expressway (Besraya), Kajang - Seremban Highway (LEKAS) dan Damansara - Puchong (LDP).

Bonus ni, diorang akan buat property sharing oleh Faizul Ridzuan dan Adrian yang akan berkongsi :

1. Analisa kawasan Bangi / Kajang sebagai hotspot pelaburan
2. Tips bagaimana untuk buat renovasi secara murah untuk disewakan kepada pelajar!

Details untuk event tu :
Date : 6th July 2014 (Sunday)
Time : 11am to 1pm
Venue : De Centrum sales gallery, Corporate Block, Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor
Telephone : 03-8738 3391

Thursday, July 3, 2014

Fokus Adalah Key Point Dlm Bisnes

Semua pekerjaan atau tugasan jika dilakukan dgn fokus akan menghasilkan satu result yang booommm.. Ianya satu perkara yang senang di sebut sebut, tetapi amat payah utk dilaksanakan.

Ramai orang melayu terutamnya suka buat banyak perkara dalam satu masa, multi tasking.. pada satu-satu masa, duk buat 3 4 bisnes. Semua bisnes dia berjalan ok tapi tak der satu pun bisnes dia yang boommm.. Bisnes ni bagi dia rm2k/mth, bisnes tu bagi dia rm1k/mth, bisnes lg satu tu bagi dia rm2k/mth. Ok la kan ada 3 bisnes yang menguntungkan. Tapi 3 bisnes ni baru memberi anda rm5k/mth. Manakala anda kena pikir pasal 3 bisnes ni, kena buat 3 bisnes, kesemuanya memerlukan tenaga dan fikiran dari anda.

Berbaloi ke dengan keringat tenaga dan juga otak yang dikeluarkan kepada ketiga-tiga bisnes ini?
Bagi saya adalah lebih baik jika kita fokus kepada 1 bisnes sahaja sehingga bisnes tersebut benar-benar boomm dan sukses. Dah sukses dan dah ada staf yang cukup, barulah boleh bukak cabang bisnes yang baru.



Jika difikirkan secara logik, buat bisnes sambil-sambil makan keropok pon dah boleh jana pendapatan rm2k/mth, jika fokus betul-betul terhadap bisnes tu sahaja (1 bisnes jer) mungkin tak pendapatan dahulunya rm2k boleh jadi rm8k?

Kenapa ramai yang suka diversify bisnes, kononnya nak byk source of income?
Adakah sbb diorg ni tak yakin dgn apa yang dia lakukan skrg ni? Kalau dah tak yakin kenapa teruskan, carilah bisnes yang anda sendiri konfiden.

Diversify dlm pelaburan dan diversify dlm bisnes adalah 2 benda yang berbeza. Tak boleh nak samakan.




Wednesday, July 2, 2014

Salam Ramadhan - Tips Jimat

Sekejap jer waktu berlalu.. Apa yang kita target atau lebih dikenal dgn azam tahun 2014 adakah 50% sudah tercapai? pejam celik pejam celik dah setengah tahun berlalu dah..

Hah ni aku nk share skit tips penjimatan di bulan Ramadhan.. Lepas ni kita nak raya plk, duit sure habis byk masa raya.. jadi kena pandai-pandai manage la yer.

1. Niat - Mestilah bermula dengan niat yang betul.. Walaupun ada tindakan atau tidak, kena mulai dengan niat. Insyaallah tuhan akan bantu kita selaku hambanya yang lemah. Niat la macam mana sekali pun, yang penting kena ada niat utk berjimat seterusnya mengawal nafsu.

2. Bajet - Mestilah letak bajet. Kalo sahur tapau nasik goreng telur mata, rm4.50. Berbuka pulak bajet la ikut poket masing2, aku rasa kalau rm10 tu dah cukup mewah dah.. silap2 tak habis pon makan juadah rm10 tu.

3. Duit ngam2 - Dah ada bajet seperti diatas, cthnya berbuka rm10. Masa korang nak ke pasar ramadhan, korang hanya bawak rm10 shj. Jangan bawak lebih. Kalau bawak lebih, maunyer rm20 la korang perabih nanti.

4. Air bancuh sendri - korang buat la air teh o satu jug, berapa sen sgt la kos nya. Buat air milo ker.. rata-rata air kat pasar malam dah rm2 satu plastik. Kadang2 tu siap beli 2 jenis air lagi sorang. Macam la habis sgt diorang minum nanti..

5. Berbuka di Masjid - Boleh ambil peluang ni untuk solat maghrib berjemaah. Percaya atau tidak, nasik bungkus di masjid bukan calang-calang nasik bungkus.

6. Masak sendri - korang masak sendri, boleh la sekali masak utk berbuka ngan sahur sekali gus. bangun sahur nanti, just panaskan lauk ngan nasik jer.. malas sgt, masak nasik ngan goreng terlur kat rumah, beli gulai ayam ke kat pasar ramadhan rm4, boleh 2 kali mkn. Amik kuah lebih skit yer.

7. Say no to hotel -  pakej buffet oleh hotel2 mmg menggiurkan, meleleh la beb, smp kan ada yang 70 lauk pauk pada harga rm59++. Harga rm59 tu dah boleh cover 6 kali punya berbuka tu. Pandai-pandai la korang control..

Teringat plk kepada arwah ayah aku, dulu boleh dikatakan 30 hari berpuasa, 30 hari lah dia berbuka di masjid Muhammadi di Kota Bharu. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Sidek Bin Mamat.

P/S: nak sewa motorsikal besar? klik www.klezbike.com