Tuesday, June 17, 2014

Hantaran Kahwin 1 Biji Kompressor Angin??

Ramai yg share psl gambar dibawah. Ada yg share di wall fb, ada jugak yg share di group whatsapp..
Ramai jugak yg komen kononnya pasangan pengantin ini salah dgr, kawan tu mintak mercedes kompressor, sekali yg sampai adalah kompressor. Menjadi 1 bahan jenaka pulak.



Pd pendapt aku, gambar ini menunjukkan yg pasangan pengantin ini amat bagus, amat unik dan berani bertindak tanpa memikirkan apa org sekeliling kata. Sbb mereka tahu apa yg mereka buat. Mereka jelas ttg objektif mereka.

Aku tidak tahu apa situasi yg sebenarnya berlaku di dlm gmbr tersebut. Tp aku dpt membayangkan satu situasi. Situasi di mana si pengantin lelaki merupakan mekanik yang baru shj nk bertapak. Dlm usaha utk membesarkan perniagaan beliau, beliau memerlukan 1 kompressor yg beharga sekitar rm1k. Beliau bijak menggunakan peluang yg ada di mn beliau menjadikan kompressor tersebut sebagai salah satu barangan hantaran. Ini boleh berlaku dgn kesepakatan persetujuan oleh pasangan hidup beliau.

Yer la, dari duk beli set perfume yang beharga rm399, baik la beli kompressor. Boleh juga digunakan utk mencari rezeki.

Apakah barangan lain yg boleh dikategorikan sbg unik dan amat berguna yg boleh dijadikan hantaran kahwin? Kita berbincang dari skop orang kebanyakan, bknnya golongan yg kaya raya.

Hantaran kahwin sebiji rumah? Mahalnya hantaran ni, cakap td nk bincang skop org kebanyakan. Org kebanyakan mn mampu nk beli rumah sbg hantaran. Oops anda silap.. beli rumah memerlukan modal sebanyak 10% shj. Dan ada jugak kes lain dimana pembelian rumah tidak memerlukan apa2 modal, rm0. Anda boleh baca dlm ebook Mudahnya Beli Rumah, http://www.shahrilsidek.com/p/e-book-murah.html?m=0

Hantaran kahwin sebiji peti ais, sebuah tv, sebiji mesin basuh, 1 set bilik tidur. Ianya lagi berguna kerana selepas kahwin nati, for sure korang nak kena beli jugak benda alah semua ni. So buat apa bazirkan duit beli kasut bonia, galaxy s5 dll. Berbelanja lah dengan bijak.
Mana lg mahal dan kelas jika dibandingkan dgn hantaran sebuah handphone galaxy s5, kasut bonia, set perfume dunhill, baju Polo.


2 comments:

  1. pengantin perempuan kwn sy..bljr di uitm lendu and uitm kmpus bandar dlu..kompressor tu mmg die beli guna duit hasil titik peluh die time praktikal dlu..mmg die tnye husband die nak ape..so husband die nak brg ni..so die belikan..mmg kne gelak..tp die ckp xkesah pon..silap2 yg gelak tu xmmpo nak beli..haha...actually husband die kje kt klia...bkn mekanik..hik hik

    ReplyDelete