Friday, May 2, 2014

Tips Umrah

Seperti di post yg lepas, aku ada ceritakan yg aku nk share Tips2 umrah berdasarkan pengalaman aku sendiri yg baru pertama kali pergi ke sana. Mungkin ada kawan2 yg lebih arif dan hendak berkongsikan tips2 lain, amat lah dialu alukan kawan tinggalkan tips tersebut di ruangan komen.

Persediaan beg utk ke tanah haram. Yg ni bg aku agak penting sbbnya ms pegi kami hny dibenarkan bwk berat 20kg dan lebih kritikal lg masa pulang hny 30kg + 10liter air zam zam shj yg dibenarkan. Jika lebih kg, kena byr beratus rm/kg.

Jd ms pegi tu korg kena make sure yg brg yg kota bwk ke sana adalah minima beratnya utk memastikan kita boleh beli brg byk utk dibwk balik cthnya kurma, sejadah dll.

Bg yg lelaki korang hny perlu bwk adalah:
-kain ihram 1 set,
-tshirt 1,
-seluar pjg 1 (yg ni pakai ms bertolak),
-boxer 2,
-kain pelikat 2,
-jubah 1 (yg ni korg pakai ms bertolak),
-selipar biasa yg nmpk 5 jari kaki (pakai ms bertolak, tak yah duk bwk kasut la).

Yang tak perlu nak bawak:
-Tuala mandi. Sebab kat sana korang duk hotel, pihak hotel dah sediakan tuala.
-Baju melayu. Sebab kat sana org pakai jubah. Kalau korang pakai bj melayu dgn kain pelikat, mmg org dah tahu yg korang ni orang Msia atau Indonesia.
-Baju Tshirt banyak2. Sebab korang akan pakai jubah jer. Dah syok plak. 1 jubah pakai selama 2 hari. Tak busuk beb.

Utk brgn toiletries mcm biasa la, berus gigi, sabun basuh 1 ketul + berus, ubt gigi size kecil. Hanger baju pun bawak la 10pcs. Sebab kat hotel tu xder hanger. Senang korang nk basuh pakaian nanti, nk sidai baju senang la kan.

Sikit jer kan pakaian yg perlu dibawa kan. Sbbnya kat sana korang akan terikut ikut nature kat sana iaitu berpakaian jubah. Kat sana pula jubah murah2, semurah SR20 (saudi riyal 20 = rm19). Jd korang beli la 3 4 helai dah cukup utk tempoh 2minggu di sana. Aku mula2 smp ke Madinah, cuaca panas tp berangin sejuk. Membuatkan kita amat jarang berpeluh dan baju tidak busuk. Ada aku pakai jubah yg sama utk 2 3 hari, selamba jer.

Duit belanja aku rasa rm1000 sudah memadai bg setiap org. Cukup la utk beli pakaian dan juga saguhati utk dibawa pulang ke Malaysia. Kalau bole tukar kat Msia terus sebab rate kat Malaysia lg murah berbanding kat sana. Tp kat msia pun ada je yg money changer mahal. Tp kalau korang x sempat tukar kepada saudi riyal, x der mslh sbbnya peniaga sana kebanyakannya terima matawang RM. Tp korg rugi la sbb di akan kira rm1= sr1. Nk tukar kat money changer kat sana pon tak ada mslh.

Kebyakan brgn aku rskan harga di Madinah adalah lagi murah berbanding di Mekah. Cthnya jubah, kat madinah SR20 tp kat mekah SR30 utk brg yg sama.
Ada lg bbrp brgn lain mcm tasbih digital, quran dll.

Aku terbang ke Jeddah dgn menaiki pesawat A330 Air Asia. Seperti yang kita sedia maklum, seat kapal terbang air asia ni agak kecil. Susunan nya adalah 3+3+3, kiranya sebaris tu ada 9 seat la semuanya kecuali kat bhgn ekor 2+3+2. Perjalanan selama 8jam. So apa yg korang boleh buat adalah korang boleh standby quran kecil ataupun install Quran dlm hanset canggih korang tu. Jd korang boleh lah mengaji dl sepanjang 8jam tu. Kpd yg tak tahan sejuk, korang boleh berselimut dgn kain ihram korang. Tak yah la bwk bj sejuk extra, buat berat beg je masa nk balik nanti.



No comments:

Post a Comment