Monday, May 12, 2014

Perkongsian Pendapat Dan Pandangan Mengenai Topik PELUANG

#PELUANG

Peluang ini dikhabarkan tidak datang berkali kali. Kadang2 tu peluang ini dtg bilamana kita dlm keadaan tidak bersedia mental dan fizikal.

Peluang ini datang dan pergi tanpa kita sedari. Dan jika kita sedar yang peluang itu dah belalu pergi tanpa kita menambilnya, kita akan merasakan kerugian.

Peluang ini mempunyai tanggapan dan impak yg berbeza keatas setiap individu yg berbeza. Spt cth, peluang utk mendapatkan jubah wanita dgn harga maut, rm10 (harga runcit sekitar rm70) sehelai kerana owner nak migrate. Ianya mungkin tidak berguna kpd seorang yang bergelar petani, tetapi ianya peluang keemasan kepada peniaga yg menjual produk pakaian wanita.

Kita mesti selalu dlm keadaan bersiap sedia dari segi mental. Minda kita mesti cepat menganalisa sesuatu perkara itu dan merumuskan yang adakah sesuatu perkara itu adalah peluang keemasan tahap 916 ataupon tahap keemasan tahap zhulian.

Sebenarnya aku mendapat idea utk menulis topik ini adalah disebabkan satu cerita yang baru berlaku pagi tadi. Kisah benar dimana aku menjadi watak utama. Izinkan aku berkongsi cerita dgn korang semua.

Pagi ini aku ke tempat mak aku berniaga iaitu di tapak pasar pagi di Machang. Iainya sudah menjadi rutin bagi aku utk membantu mak aku berniaga di pasar pagi jika aku berada di kampung.

Dan antara gerai yg selalu menjadi tumpuan aku adalah bundle. Nak beli pakaian baru, mahal.. beli yang bundle dah la.. cukup la utk membaluti tubuh aku ni.

Dari gerai bundle yg pertama, tak ada yang berjaya mencuri hati aku. Aku berpindah ke gerai bundle yg ke2. Smp jer kat gerai yg kedua, aku tgk seorang lelaki berusia dlm 35tahun duk membelek sehelai seluar jeans. Mata aku terus mengarah ke tag yg berada di bhgn dlm seluar itu. Aku tgk ada beberapa susunan warna di tag tersebut, susunan kaler yg pernah aku lihat utk satu jenama yg agak popular iaitu Paul Smith Sah, mmg seluar jenama Paul smith ni.

Hati aku trs berbunga bunga. Aku berada di sebelah lelaki itu sambil buat2 melihat seluar jeans yg lain, walhal niat aku adalah utk menunggu saat yg sesuai bila mn lelaki tersebut melepaskan seluar tersebut.

3 4 kali aku duk round di belakang dia, menunggu peluang muncul. Soal size berapa seluar tu memang aku tak peduli. Kalau tak muat ngn aku, aku nk jual kat internet jer.

Lelaki tersebut seolah olah ragu2 utk membuat keputusan sm ada nak beli atau tak nak. Dan ketika itu aku juga tidak tahu berapa harga seluar tu, maunyer rm200 mmg tak la. Tp hati aku mengatakan yg seluar ni murah disebabkan ianya bercampur dlm seluar2 yg tak ada jenama. Dan melihatkan kepada si penjual yg mcm kurang update mengenai jenama tersebut.

Peluang yang ditunggu tunggu sudah hampir smp di kemuncak. Lelaki tersebut macam dah nak melepaskan seluar tersebut dari genggaman erat nya. Bila dia lepas saja seluar tersebut dan mula berpaling mengorak langkah keluar dari gerai itu, aku sepantas halilintar menerpa ke seluar tersebut. Terus aku ambil sehelai baju t shirt yg berharga rm18, baju ni aku sempat tny harga nya semasa aku berada dlm lakonan aku td.

Aku ambil baju tshirt tersebut yg berharga rm18 dan seluar jeans tersebut pergi ke si penjual utk membuat bayaran. Aku tny brp harga 2 helai ni, baju n seluar. Akak tu cakap 2 helai ni rm25. Terus aku bukak wallet dan byr. Dpt jer duit baki dari akak tu, trs aku balik ke gerai mak aku.

Smp kat gerai mak aku br lah aku belek2 n tgk seluar yg aku beli dgn harga rm7 td. Pd aku pembelian tersebut amat berbaloi. Lg berbaloi sebabnya seluar tersebut ngam2 saiz aku.

Di internet, seluar ini dijual pd harga sekitar rm100-300. Nanti aku nk test market utk jual pada harga rm200.



3 comments: