Tuesday, May 20, 2014

Beli Disebabkan Servis, Bukannya Disebabkan Produk?

Bangla di ladang strawberry

Ini terjadi kepada aku dan keluarga tahun lepas. Cerita lama yang baru ada masa untuk kongsikan ceritanya. Tahun lepas aku dan keluarga besar aku bercuti ke Cameron Highlands. Aku 3 beranak, kakak aku 5 beranak, adik aku laki bini serta mak dan ayah aku. Aku ambil homestay, 1 apartment kat Tanah Rata sebagai tempat kami berteduh.

Kami sekeluarga suka kesana kerana cuacanya  yang sejuk dan menjadikan ianya amat sesuai untuk kami semua berehat.. tido pukul 11pm, bangun semayang subuh, breakfast, pukul 8am sambung tido balik sampai lunch. Memang betul2 berehat kami semua. Heheh.

Suatu hari tu kami semua ke ladang strawberry. Sampai je kat sana hanya kami sahaja pelanggan yang ada di ladang itu. Memang kami menjadi tumpuan pekerja di situ la. Pekerjanya 5 orang bangla. Semuanya melayan kerenah kami dengan penuh senyuman. 1 orang layan mak ngan ayah aku, 1 orang lg melayan akak dan abg ipar aku, 1 orang lagi melayan 2 anak akak aku, 1 orang melayan family adik aku, 1 org lagi melayan family aku.

Aku dah berpesan pada semua keluarga aku yang buah kat sini agak mahal berbanding yang dijual di pasar malam. Tapi disebabkan servis bangla ini tip top, maka semuanya berakhir dengan 3 kilo buah strawberry. Terperanjat aku tgk bakul masing-masing penuh jer..

Diantara servis diorang adalah mengambil gambar kami semua. Siap mereka lagi ajar kita berposing. Diorang kata, ada sorang cina (photo consultant maybe) datang ajar diorang cara menangkap gambar. Bermacam teknik yang diorang gunakan untuk menghasilkan gambar yang menarik. Kagum aku kepada layanan yang diorang berikan walaupun pada masa itu semua bakul buah belum diedarkan.

Hasil dari servis yang tahap A, maka 3 kilo terjual. Ianya terjual disebabkan oleh SERVIS yang diberikan, bukannya produk yang ditawarkan.



Ada lagi contoh2 lain yang di mana pelanggan sanggup bayar disebabkan servis yang ditawarkan bukannya disebabkan oleh produk yang dijual.. korang boleh fikir tak apa lg contoh lain selain cerita aku diatas?

2 comments:

  1. saya setuju sgt2
    wpun sy baru je dlm bisnes online (kecik2 je pun)
    tp saya ad repeat customer
    kdg2 diorang yg tanya 'apa awak jual skrg?'
    sdgkan diorang boleh beli ngan orang lain dgn harga lebih murah
    mungkin itu rezki saya ;)

    ReplyDelete
  2. menarik.. repeat customer tu kena jaga elok2.

    ReplyDelete