Tuesday, April 29, 2014

Cut Loss Dalam Dunia Perniagaan

Assalamualaikum.. Kali ni aku nk bercerita mengenai pancaroba dunia bisnes. Seperti biasa ianya lebih kepada perkongsian pengalaman aku sendiri. Mungkin apa yang aku nk katakan ini tidak sama dgn teori mana-mana buku. Apa aku peduli, dah ianya jadi pada aku, dan aku nk berkongsi pengalaman itu.. Tak semestinya semua pengalaman kita ni akan sama dgn teori dlm buku kan.

Dunia bisnes ini amat mencabar, kehidupan seperti roda. Ada kalanya kita diatas, dibuai dgn untung wang ringgit yang berlipat kali ganda, ada kalanya kita di bawah, yang untung berubah jadi rugi, yang rugi bertambah besar ruginya.

Dunia bisnes ini menjadikan aku lebih dekat kepada pencipta. Jika sebelum ini aku tidak pernah menunaikan solat sunat Dhuha, sejak menjadi bisnessman sepenuh masa ini, sudah mula belajar solat Dhuha. Jika sebelum ini selalu melewatkan solat, sekarang ni dah berjaga-jaga akan azan. Bilangan masjid yang di singgah pun semakin meningkat.

Hah belum masuk topik lagi kita ni, jauh juga aku bawak jalan-jalan sebelum masuk ke tajuk asal.

Aku ni pengusaha kereta sewa, so aku citer pengalaman yg aku lalui dlm dunia kereta sewa la yer. Kereta di bawah jagaan kereta sewa PJ ada tak sampai 40 biji. Kebanyakannya adalah Myvi dan Viva. Ada la sebiji Persona dan sebiji Nissan Sentra.



Sales untuk kedua dua biji kereta ni agak teruk (Persona & Sentra), kadang2 sehinggakan aku terpaksa tarik keuntungan dari kereta lain untuk aku cover kos bagi kedua dua kereta ini. 3 4 bulan berlalu dengan keadaan yang lebih kurang sama. Tiada perubahan drastik pada jumlah sales setelah aku melakukan pelbagai promosi dan cara.
(Korang jgn fikirkan yang 2 jenis kereta ini tidak boleh buat sewa pulak, ianya mungkin tidak match dgn aku. Ada jer kawan2 aku yang lain yang mana sales Persona nya kencang).

Mungkin juga kategori sedan ni kurang chemistry dgn aku kot.. So aku terpaksa melakukan sesuatu yang drastik agar kedua kereta ini tidak terus membebankan aku dan perniagaan aku. Ianya aku ibaratkan sebagai satu pokok. Satu pokok yang rimbun, yang byk dahan. Salah satu dahan ini mengalami penyakit yang mengakibatkan daun dan buah di bahagian dahan itu rosak teruk. Jika dahan yang berpenyakit itu tidak di potong dan dibuang, ia boleh menjangkiti dahan-dahan yang lain, boleh mengjangkit ke bahagian batang pokok dan boleh jugak menjangkiti bahagian akar sekali. Akhir sekali kesemua bahagian pokok itu musnah.

Nampak tak apa kesan dia.. jika disebabkan dua biji kereta ini memeningkan aku, membuatkan kepala aku pusing, membuatkan emosi aku terganggu, membuatkan kepala aku terbeban, baik aku cut loss awal2 sebelum ianya effect kan diri aku sehingga kesemua kerja aku tak boleh nak laksanakan dgn baik.

Ada modal yang telah aku laburkan pada kedua dua kereta ini. Apa nak buat, live must go on. Aku cut loss jer, biarkan rugi RM5k dari berterusan rugi sehingga mencecah RM12K.
Adat dunia perniagaan, ada masa kita untung, ada masa kita rugi. Ada masa kita untung banyak, dan ada masanya kita rugi banyak.




No comments:

Post a Comment