Tuesday, April 29, 2014

Cut Loss Dalam Dunia Perniagaan

Assalamualaikum.. Kali ni aku nk bercerita mengenai pancaroba dunia bisnes. Seperti biasa ianya lebih kepada perkongsian pengalaman aku sendiri. Mungkin apa yang aku nk katakan ini tidak sama dgn teori mana-mana buku. Apa aku peduli, dah ianya jadi pada aku, dan aku nk berkongsi pengalaman itu.. Tak semestinya semua pengalaman kita ni akan sama dgn teori dlm buku kan.

Dunia bisnes ini amat mencabar, kehidupan seperti roda. Ada kalanya kita diatas, dibuai dgn untung wang ringgit yang berlipat kali ganda, ada kalanya kita di bawah, yang untung berubah jadi rugi, yang rugi bertambah besar ruginya.

Dunia bisnes ini menjadikan aku lebih dekat kepada pencipta. Jika sebelum ini aku tidak pernah menunaikan solat sunat Dhuha, sejak menjadi bisnessman sepenuh masa ini, sudah mula belajar solat Dhuha. Jika sebelum ini selalu melewatkan solat, sekarang ni dah berjaga-jaga akan azan. Bilangan masjid yang di singgah pun semakin meningkat.

Hah belum masuk topik lagi kita ni, jauh juga aku bawak jalan-jalan sebelum masuk ke tajuk asal.

Aku ni pengusaha kereta sewa, so aku citer pengalaman yg aku lalui dlm dunia kereta sewa la yer. Kereta di bawah jagaan kereta sewa PJ ada tak sampai 40 biji. Kebanyakannya adalah Myvi dan Viva. Ada la sebiji Persona dan sebiji Nissan Sentra.



Sales untuk kedua dua biji kereta ni agak teruk (Persona & Sentra), kadang2 sehinggakan aku terpaksa tarik keuntungan dari kereta lain untuk aku cover kos bagi kedua dua kereta ini. 3 4 bulan berlalu dengan keadaan yang lebih kurang sama. Tiada perubahan drastik pada jumlah sales setelah aku melakukan pelbagai promosi dan cara.
(Korang jgn fikirkan yang 2 jenis kereta ini tidak boleh buat sewa pulak, ianya mungkin tidak match dgn aku. Ada jer kawan2 aku yang lain yang mana sales Persona nya kencang).

Mungkin juga kategori sedan ni kurang chemistry dgn aku kot.. So aku terpaksa melakukan sesuatu yang drastik agar kedua kereta ini tidak terus membebankan aku dan perniagaan aku. Ianya aku ibaratkan sebagai satu pokok. Satu pokok yang rimbun, yang byk dahan. Salah satu dahan ini mengalami penyakit yang mengakibatkan daun dan buah di bahagian dahan itu rosak teruk. Jika dahan yang berpenyakit itu tidak di potong dan dibuang, ia boleh menjangkiti dahan-dahan yang lain, boleh mengjangkit ke bahagian batang pokok dan boleh jugak menjangkiti bahagian akar sekali. Akhir sekali kesemua bahagian pokok itu musnah.

Nampak tak apa kesan dia.. jika disebabkan dua biji kereta ini memeningkan aku, membuatkan kepala aku pusing, membuatkan emosi aku terganggu, membuatkan kepala aku terbeban, baik aku cut loss awal2 sebelum ianya effect kan diri aku sehingga kesemua kerja aku tak boleh nak laksanakan dgn baik.

Ada modal yang telah aku laburkan pada kedua dua kereta ini. Apa nak buat, live must go on. Aku cut loss jer, biarkan rugi RM5k dari berterusan rugi sehingga mencecah RM12K.
Adat dunia perniagaan, ada masa kita untung, ada masa kita rugi. Ada masa kita untung banyak, dan ada masanya kita rugi banyak.




Friday, April 25, 2014

Harley Davidson For Rent

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin ada yang tak sedar lagi, disamping aku berkecimpung di dalam bidang hartanah, aku juga aktif berbisnes melalui cabang kereta sewa. Dan bulan lepas kami telah mencuba produk baru yang mana di dalam cabang yang sama iaitu sewa motorsikal.

Sebagai permulaan, kami mencuba motorsikal jenis Harley Davidson Sportser Iron 883. Dan kami namakan divisyen KLezBike. Sebanyak 4 unit motorsikal ada di bawah KLezBike buat masa ini.

Masih banyak lagi kerja-kerja marketing yang perlu kami lakukan untuk memberitahu kepada umum yang pihak kami mempunyai harley untuk disewa.

Terlintas di fikiran aku untuk aku kongsikan satu topik iaitu "Cut Loss" di dlm bisnes. Ianya lebih kepada perkongsian santai dari pengalaman sendiri. Insyaallah jika diberi kesempatan akan aku update di post yang seterusnya pasal topik Cut Loss ini.

Untuk lebih details mengenai sewa harley davidson ini, boleh klik di SINI.








Friday, April 18, 2014

PROMOSI Kereta Sewa PJ

Kereta Sewa PJ adalah sebahagian dari keluarga KLezCar mengadakan PROMOSI.. Diskaun hebat yang ditawarkan adalah sebanyak 30% penjimatan.



Harga yang berbaloi baloi ini hanya ditawarkan bermula dari 21 Apr - 24 Apr shj. Jangan tunggu lagi, buat tempahan sekarang juga.

Untuk lebih details, sila rujuk di sini PROMOSI Kereta Sewa PJ.

Wednesday, April 9, 2014

Big Boys Toy - Sportster Iron 883

Tak pernah bermimpi aku untuk ada motor besar berjenama Harley Davidson. Pernah la 2 tahun lepas masa zaman kegemilangan Kawasaki ER6N, ada la pasang niat jugak nak ada sbiji tapi last2 cancel sebab motor tu tak penting pon.

Dalam masa 2 bulan kebelakangan, aku teracun oleh kawan2 untuk angkat Harley. Cun jugak design Iron ni, harga pun dah kira murah la di kalangan HD yang lain2. Boleh la utk aku as a beginner ni. Mana pernah aku pakai motor besar ni.

Mula2 racun tu x la kuat sgt, aku boleh tahan lg. Tp bila dah gi test ride kat hdkl pj, salesman sana bgtau yg tiada lagi company kat msia ni buat sewa motorsikal Harley Davidson. Perghh dengar ayat tu terus kalah aku beb..

Trs aku decide yg aku keluarkan motor ni utk disewakan dan secara tak plan pun maka muncul la produk klezcar yg terbaru iaitu klezbike. Trs aku beli domain dan skrg dlm pembikinan website.

2 minggu lps motor keluar dan aku pegi collect dkt hdkl. Perasaan bwk motor ni mmg superb la. Dgn vibrate enjin nya lagi.. dgn bunyi ekzos yg x berapa kuat sbb ekzos standard tp dah mampu membuatkan tidur malam ku tak lena. Hehe..

So kalau ada org nk sewa motor HD jenis iron ni bole contact aku 0179391161, kami ada 4 unit.