Friday, March 21, 2014

Trip Umrah - Tips dan Pengalaman

Salam jumaat dari Tanah Haram Mekah. Pertama sekali aku memanjatkan kesyukuran yg tidak terhingga kerana aku diberikan peluang dan ruang utk dijemput menjadi tetamu Allah dan tetamu Rasulullah SAW.

Benda ni berlaku tanpa rancangan awal sbnrnya. Tahun lepas aku ada menanam niat utk ke Mekah pada bulan 6 2014 dan keatas. Kiranya dari bulan Jan 2014 aku akan start menabung rm1k setiap bulan utk menunaikan umrah. Tu plan asal aku, kiranya plg awal bln6 la br bole pegi.

Nak dijadikan cerita, pd hjg bulan Jan14, mak aku call. Dia cakap dia dah kat Andalusia Travel & Tours cwgn Kota Bharu utk register umrah pada 11Mac14. Dia tanya aku yang aku nak pegi ke tidak? Dijadikan cerita plk, masa tu aku br dapat some amount of cash, ada benda yg aku jualkan, so aku tgh kira cash la masa mak aku call tu. Duit cash dah ada dlm tgn, apa lg terus aku cakap yg aku nk ikut. Sempat aku call sepupu aku, faiz tny dia smada nk ikut ke tidak, dia pon on jugak.

So mak aku trs register utk 4 org, ayah aku, mak aku, faiz dan aku. Ada lg 2 bulan sebelum tarik berangkat. Persediaan dari segi rohani dan jasmani belum ada lg. Setiap sabtu @ ahad aku akan ke kelas umrah yg dianjurkan oleh pihak agensi. Dpt la gambran jelas sedikit pasal keadaan dan cara2 mengerjakan ibadah umrah, pantang larang nk kena tahu, kang kena bayar dam plk.

Nak tawaf dan saie memerlukan stamina. Tawaf tu ok lg sbb jarak dia x der la jauh sgt. Tp saie tu sejauh 400+ meter 1 kali dari bukit Safa ke bukit Marwah. 400mtr x 7 = 2800mtr. Kalo yg jenis lama x senam mcm aku ni, kejung jugak la kaki tu. Malu kat org yg lg berumur dari aku jer.

Penerbangan dari LCCT ke Jeddah memakan masa lbh kurang 8jam. Kematu jugak la bontot tu, so disarankan utk standby alQuran kecik, boleh la baca masa dlm flight tu, plg tidak dah habis surah al Baqarah setibanya kat Jeddah nanti.

Sampai ke Jeddah lebih kurang jam 5pm waktu Saudi. Disebabkan terlalu ramai yg beratur di kaunter imegresen, maka kami di letakkan di tingkat 2 dulu, kasik kuarantin dl. Lebih kurg pkl8 mlm br lah kami dibenarkan utk turun ke kaunter imegresen. Beratur panjang, kaunter byk tapi 80% tutup mungkin disebabkan sudah lepas office hour, so staff yg office hour dah balik. Ingat, kat sini jgn duk macam2, jgn duk komplen itu ini, kata2 kita mesti dijaga, dh byk citer yg aku dgr utk jemaah umrah mahupun haji.

Alhamdulillah, aku merupakan org terakhir yg lepas dari imegresen, jemaah lain dah tunggu dlm bas dah. Tentatif kami adalah 5 hari di Madinah dan 6 hari di Mekah. Jadi mlm tu terus kami ke Madinah, perjalanan mengambil masa sekitar 5 jam, 400++km.

Pukul 2am kami berenti makan di RnR. Makan nasik yg siap2 ditapau oleh pihak agensi. Makan bersepah, maksudnya amik nasik bungkus dan makan kat kaki lima surau atau mana2 kaki lima. Cuaca sejuk bangat.. tiupan angin sejukkkk sehingga menusuk ke tulang rusuk. Jadi disarankan jemaah supaya membawa pakaian yg bersesuaian spt sweater kerana cuaca di madinah mmg berangin sejuk walaupun jam 11am. Kalo malam atau waktu subuh mmg x yah cakap la, konfirm tak mandi pny. Hehe..

Kat Madinah kami tinggal di hotel Mubarak Silver. Hotel ni dh macam dipajak terus jer oleh pihak agensi. Jarak antara hotel dan masjid Nabawi tak lah jauh sgt, sekitar 500mtr jer. Sepanjang perjalan ada org meniaga, jubah laki pompuan, tasbih, coklat, kurma, minyak atar, jam, quran, dan macam2 lg. Jadi jarak 500mtr tu rasa mcm 100mtr jer disbbkan oleh suasana.

Masjid Nabawi terkenal dgn makan Rasulullah, dan juga Raudah (taman syurga). Raudah ni terletak diantara mimbar dan juga rumah Rasulullah. Tips dia adalah karpet kaler hijau. Karpet di dlm masjid Nabawi bewarna merah kecuali di Raudah yang bewarna hijau. Jadi korang pegilah cari karpet warna hijau. Terlalu ramai org yang nak masuk utk solat, berdoa, membaca al Quran dan berzikir. Jadi jika korang bawa org tua yang agak uzur, tidak disarankan utk masjk ke raudah kerana suasannya berasak asak, kecuali kalau waktu korang pergi tu tak ada org ataupun keadaan mengizinkan, sbbnya spnjg aku ke sana, suasana mesti ramai dan berasak asak.

Dan kalau ada rezeki korang, dpt masuk ke raudah, korang kena tgk la keadaan sekeliling. Kalau tgk org ramai dan korang dah selesai solat sunat dan berdoa, korang bgn la keluar dari raudah tu, bg la can kat org lain pula, jgn selfish sgt, mentang2 dah dpt tempat baik pny, korang siap lepak2 lg berbual2 dlm tu, mmg tak digalakkan la. Nanti korg akan tgk la, ada jer manusia yg selfish, dh siap solat, dh siap doa, tp tak nak keluar sedangkan beratus lagi org tgk berasak asak nak masuk. Tak wajib pon hukum nya utk masuk ke raudah ni.

Ttg barangan mcm jubah, tasbih dll, aku rasa harga kat Madinah lagi murah berbanding dgn harga di Mekah. Tapi tak tahu la, sbb lat Mekah ni aku x gi jln sgt. Hotel pon dekat jer ngn masjid, balik hotel trs tido kepenatan.

Di pintu masuk masjid Nabawi, kebiasaannya ada org menjual Quran. Quran tu tujuannya utk diwakafkan ke dlm masjid Nabawi. Harga dlm SR20-25 sebiji. Bila dah beli diorg akan cop, wakaf lillahitaala. Dan korang pon letak la dlm masjid. Tapi korang tahu tak yang Quran yang korang beli depan masjid tu akan di asingkan oleh perkerja masjid Nabawi. Kenapa diorg asing? Diorg lupuskan begitu shj ke lps tu? Abis tu apa jd dgn 'wakaf' korg? Aku akan citerkan lebih details dlm satu posting pasal wakaf alQuran di Masjid Al Nabawi nanti.
Memo: semua alQuran di masjid Nabawi adalah sama dan akn dipastikan yang ianya kekal sebegitu. Jadi alQuran yg korang beli SR20 tadi tu mesti lah x sama kan.

Hari ke 6, lps zohor kami ke Mekah. Pukul 10pm kami sampai ke hotel. Kat sini kumpulan kamk dipecahkan kepada 2. Satu menginap di hotel yg jaraknya lbh kurang 500mtr dari masjid, dan 1 lagi tinggal di hotel yg jaraknya hny 50-100mtr shj dari masjid, bergantung kpd pakej yg diambil oleh jemaah.

Dlm perjalanan ke mekah, kami dah pakai siap2 ihram, kami bermiqat di Bir Ali. Solat sunat ihram di sana dan lafaz niat di sana juga. Sampai hotel, letak beg trs turun kumpul kat lobi utk mengerjakan rukun umrah yg kedua iaitu tawaf. Alhamdulillah sekitar jam 1am, kami siap bertahallul. Alhamdulillah dah siap umrah wajib.
Cuaca di sini tidak sesejuk di Madinah, agak panas macam malaysia. Keadaaan agak berdebu disebabkan oleh pembinaan utk projek membesarkan masjid Al Haram ini sedang giat dilakukan. Aku igtkan di masjid Nabawi sudah hebat sambutannya, tp bila tgk keadaan di Masjid Al Haram ni, keadaanya lg hebat. Orang tak putus2 masuk dan keluar masjid. Mmg ramai mmg padat. Tak dpt bygkan kalau musim haji mcm mn keadaannya.

Nanti la ada ms lg aku sambung lg yer. Byk gak tips2 aku nk share ni.





9 comments:

  1. Alhamdulillah
    seronok bca kisah tuan
    moga ada rezki ke sana lagi

    ReplyDelete
  2. Genap setahun kalo ikutkan bulan ni aku buat umrah..tapi aku turun mekah dulu, baru Madinah..x tahulah ada lagi ke x hotel yg aku duk kat madinah tu,,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengarnya hotel & kedai di luar pagar masjid al nabawi tu dah nak kena roboh, diorg nak besarkan masjid.
      tp x sure la dah start ke belum projek tu.
      insyaallah ada rezeki tahun depan nak gi lagi. rindu

      Delete
  3. berkobar aku nak pergi sana.InshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, sy doakan semoga semua berjalan lancar.

      Delete
  4. s.aya pun tengah merancang nak guna khidmat andalusia utk bulan februari depan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, sy doakan semoga semua berjalan lancar.

      Delete
  5. Dapat juga Tuan tengok unta ye.... kami haritu tak boleh sebab wabak Mers-Cov

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete