Monday, March 10, 2014

Maaf di mohon dari Shahril Sidek

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan. Aku mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kalau sepanjang perkenalan kita ni samada di dunia luar sana mahupun di dalam dunia siber ini sahaja.

Biasalah, kadang-kadang tu mulut aku ni ni kurang bertapis, main sembur jer. Kadang-kadang tu juga gurauan aku mungkin korang berasa hati, yer la bila aku bahankan korang, memang tak hingat la kan. Sama juga bila aku du bahan kan. Tapi tu semua aku tak pernah simpan dalam hati, mmg aku tahu yang semua tu gurauan semata-mata.

Insyaallah aku dan keluarga akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 11Mac ni. Aku amat bersyukur yang aku diberi kesempatan untuk mengunjungi tanah suci. Insyaallah aku mendoakan yang semua orang akan diberi kesempatan dan kelapangan untuk berkunjung ke sana.

Sekali lagi aku ingin minta maaf dan jika ada sebarang hutang yang mungkin aku terlupa, sila remind aku, insyaallah aku akan selesaikan. Korang boleh emel aku kat shahril@klezcar.com.



7 comments:

  1. selamat pergi selamat kembali
    dan mendapat umrah yg mamrur

    ReplyDelete
  2. selamat jalan shahril...mintak halalkan beras dan neskepe yang ko berikan kepadaku ketika di kemaman suatu ketika dulu...selamat berangkat

    ReplyDelete
  3. Have a safe journey bro...lepas balik nanti boleh broom broom,...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete