Monday, March 24, 2014

RoadTour KLezcar di Penang

Assalamualaikum, salam sejahtera. Mlm ni kita dikejutkan dgn berita penemuan pesawat MH370, terbenam jauh ke dasar lautan Hindi. Walaupun kita semua udah bersedia akan ending dia adalah semua penumpang dan krew kapal meninggal dunia, namun apabila pengesahan di umumkan oleh PM, hati tiba2 sebak.
Ketentuan Illahi, semoga semua arwah ditempatkan dikalangan orang yang soleh (kpd yg muslim).

Ok back to the main topic. Road tor kali ni kami akan menjengah negeri Pulau Pinang. Orang Penang, anak mami semua dijemput hadir yer. Kami akan kongsikan peluang dan ruang utk menjadi businessman melalui medium perniagaan kereta sewa yang telah kami buktikan keberkesanan nya.

Details Road Tour kami adalah separti berikut:

Tarikh: 29Mac2014
Lokasi: De Garden Hotel 
Masa: 9am- 1pm
Bayaran: rm50 kepada akaun CIMB Pelagat Maju Services 12190002016108.



Friday, March 21, 2014

Trip Umrah - Tips dan Pengalaman

Salam jumaat dari Tanah Haram Mekah. Pertama sekali aku memanjatkan kesyukuran yg tidak terhingga kerana aku diberikan peluang dan ruang utk dijemput menjadi tetamu Allah dan tetamu Rasulullah SAW.

Benda ni berlaku tanpa rancangan awal sbnrnya. Tahun lepas aku ada menanam niat utk ke Mekah pada bulan 6 2014 dan keatas. Kiranya dari bulan Jan 2014 aku akan start menabung rm1k setiap bulan utk menunaikan umrah. Tu plan asal aku, kiranya plg awal bln6 la br bole pegi.

Nak dijadikan cerita, pd hjg bulan Jan14, mak aku call. Dia cakap dia dah kat Andalusia Travel & Tours cwgn Kota Bharu utk register umrah pada 11Mac14. Dia tanya aku yang aku nak pegi ke tidak? Dijadikan cerita plk, masa tu aku br dapat some amount of cash, ada benda yg aku jualkan, so aku tgh kira cash la masa mak aku call tu. Duit cash dah ada dlm tgn, apa lg terus aku cakap yg aku nk ikut. Sempat aku call sepupu aku, faiz tny dia smada nk ikut ke tidak, dia pon on jugak.

So mak aku trs register utk 4 org, ayah aku, mak aku, faiz dan aku. Ada lg 2 bulan sebelum tarik berangkat. Persediaan dari segi rohani dan jasmani belum ada lg. Setiap sabtu @ ahad aku akan ke kelas umrah yg dianjurkan oleh pihak agensi. Dpt la gambran jelas sedikit pasal keadaan dan cara2 mengerjakan ibadah umrah, pantang larang nk kena tahu, kang kena bayar dam plk.

Nak tawaf dan saie memerlukan stamina. Tawaf tu ok lg sbb jarak dia x der la jauh sgt. Tp saie tu sejauh 400+ meter 1 kali dari bukit Safa ke bukit Marwah. 400mtr x 7 = 2800mtr. Kalo yg jenis lama x senam mcm aku ni, kejung jugak la kaki tu. Malu kat org yg lg berumur dari aku jer.

Penerbangan dari LCCT ke Jeddah memakan masa lbh kurang 8jam. Kematu jugak la bontot tu, so disarankan utk standby alQuran kecik, boleh la baca masa dlm flight tu, plg tidak dah habis surah al Baqarah setibanya kat Jeddah nanti.

Sampai ke Jeddah lebih kurang jam 5pm waktu Saudi. Disebabkan terlalu ramai yg beratur di kaunter imegresen, maka kami di letakkan di tingkat 2 dulu, kasik kuarantin dl. Lebih kurg pkl8 mlm br lah kami dibenarkan utk turun ke kaunter imegresen. Beratur panjang, kaunter byk tapi 80% tutup mungkin disebabkan sudah lepas office hour, so staff yg office hour dah balik. Ingat, kat sini jgn duk macam2, jgn duk komplen itu ini, kata2 kita mesti dijaga, dh byk citer yg aku dgr utk jemaah umrah mahupun haji.

Alhamdulillah, aku merupakan org terakhir yg lepas dari imegresen, jemaah lain dah tunggu dlm bas dah. Tentatif kami adalah 5 hari di Madinah dan 6 hari di Mekah. Jadi mlm tu terus kami ke Madinah, perjalanan mengambil masa sekitar 5 jam, 400++km.

Pukul 2am kami berenti makan di RnR. Makan nasik yg siap2 ditapau oleh pihak agensi. Makan bersepah, maksudnya amik nasik bungkus dan makan kat kaki lima surau atau mana2 kaki lima. Cuaca sejuk bangat.. tiupan angin sejukkkk sehingga menusuk ke tulang rusuk. Jadi disarankan jemaah supaya membawa pakaian yg bersesuaian spt sweater kerana cuaca di madinah mmg berangin sejuk walaupun jam 11am. Kalo malam atau waktu subuh mmg x yah cakap la, konfirm tak mandi pny. Hehe..

Kat Madinah kami tinggal di hotel Mubarak Silver. Hotel ni dh macam dipajak terus jer oleh pihak agensi. Jarak antara hotel dan masjid Nabawi tak lah jauh sgt, sekitar 500mtr jer. Sepanjang perjalan ada org meniaga, jubah laki pompuan, tasbih, coklat, kurma, minyak atar, jam, quran, dan macam2 lg. Jadi jarak 500mtr tu rasa mcm 100mtr jer disbbkan oleh suasana.

Masjid Nabawi terkenal dgn makan Rasulullah, dan juga Raudah (taman syurga). Raudah ni terletak diantara mimbar dan juga rumah Rasulullah. Tips dia adalah karpet kaler hijau. Karpet di dlm masjid Nabawi bewarna merah kecuali di Raudah yang bewarna hijau. Jadi korang pegilah cari karpet warna hijau. Terlalu ramai org yang nak masuk utk solat, berdoa, membaca al Quran dan berzikir. Jadi jika korang bawa org tua yang agak uzur, tidak disarankan utk masjk ke raudah kerana suasannya berasak asak, kecuali kalau waktu korang pergi tu tak ada org ataupun keadaan mengizinkan, sbbnya spnjg aku ke sana, suasana mesti ramai dan berasak asak.

Dan kalau ada rezeki korang, dpt masuk ke raudah, korang kena tgk la keadaan sekeliling. Kalau tgk org ramai dan korang dah selesai solat sunat dan berdoa, korang bgn la keluar dari raudah tu, bg la can kat org lain pula, jgn selfish sgt, mentang2 dah dpt tempat baik pny, korang siap lepak2 lg berbual2 dlm tu, mmg tak digalakkan la. Nanti korg akan tgk la, ada jer manusia yg selfish, dh siap solat, dh siap doa, tp tak nak keluar sedangkan beratus lagi org tgk berasak asak nak masuk. Tak wajib pon hukum nya utk masuk ke raudah ni.

Ttg barangan mcm jubah, tasbih dll, aku rasa harga kat Madinah lagi murah berbanding dgn harga di Mekah. Tapi tak tahu la, sbb lat Mekah ni aku x gi jln sgt. Hotel pon dekat jer ngn masjid, balik hotel trs tido kepenatan.

Di pintu masuk masjid Nabawi, kebiasaannya ada org menjual Quran. Quran tu tujuannya utk diwakafkan ke dlm masjid Nabawi. Harga dlm SR20-25 sebiji. Bila dah beli diorg akan cop, wakaf lillahitaala. Dan korang pon letak la dlm masjid. Tapi korang tahu tak yang Quran yang korang beli depan masjid tu akan di asingkan oleh perkerja masjid Nabawi. Kenapa diorg asing? Diorg lupuskan begitu shj ke lps tu? Abis tu apa jd dgn 'wakaf' korg? Aku akan citerkan lebih details dlm satu posting pasal wakaf alQuran di Masjid Al Nabawi nanti.
Memo: semua alQuran di masjid Nabawi adalah sama dan akn dipastikan yang ianya kekal sebegitu. Jadi alQuran yg korang beli SR20 tadi tu mesti lah x sama kan.

Hari ke 6, lps zohor kami ke Mekah. Pukul 10pm kami sampai ke hotel. Kat sini kumpulan kamk dipecahkan kepada 2. Satu menginap di hotel yg jaraknya lbh kurang 500mtr dari masjid, dan 1 lagi tinggal di hotel yg jaraknya hny 50-100mtr shj dari masjid, bergantung kpd pakej yg diambil oleh jemaah.

Dlm perjalanan ke mekah, kami dah pakai siap2 ihram, kami bermiqat di Bir Ali. Solat sunat ihram di sana dan lafaz niat di sana juga. Sampai hotel, letak beg trs turun kumpul kat lobi utk mengerjakan rukun umrah yg kedua iaitu tawaf. Alhamdulillah sekitar jam 1am, kami siap bertahallul. Alhamdulillah dah siap umrah wajib.
Cuaca di sini tidak sesejuk di Madinah, agak panas macam malaysia. Keadaaan agak berdebu disebabkan oleh pembinaan utk projek membesarkan masjid Al Haram ini sedang giat dilakukan. Aku igtkan di masjid Nabawi sudah hebat sambutannya, tp bila tgk keadaan di Masjid Al Haram ni, keadaanya lg hebat. Orang tak putus2 masuk dan keluar masjid. Mmg ramai mmg padat. Tak dpt bygkan kalau musim haji mcm mn keadaannya.

Nanti la ada ms lg aku sambung lg yer. Byk gak tips2 aku nk share ni.





Monday, March 10, 2014

Maaf di mohon dari Shahril Sidek

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan. Aku mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kalau sepanjang perkenalan kita ni samada di dunia luar sana mahupun di dalam dunia siber ini sahaja.

Biasalah, kadang-kadang tu mulut aku ni ni kurang bertapis, main sembur jer. Kadang-kadang tu juga gurauan aku mungkin korang berasa hati, yer la bila aku bahankan korang, memang tak hingat la kan. Sama juga bila aku du bahan kan. Tapi tu semua aku tak pernah simpan dalam hati, mmg aku tahu yang semua tu gurauan semata-mata.

Insyaallah aku dan keluarga akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 11Mac ni. Aku amat bersyukur yang aku diberi kesempatan untuk mengunjungi tanah suci. Insyaallah aku mendoakan yang semua orang akan diberi kesempatan dan kelapangan untuk berkunjung ke sana.

Sekali lagi aku ingin minta maaf dan jika ada sebarang hutang yang mungkin aku terlupa, sila remind aku, insyaallah aku akan selesaikan. Korang boleh emel aku kat shahril@klezcar.com.



Saturday, March 8, 2014

MH370 carshed?

Semoga semua POB selamat..


Below is the GCEO’s Statement at the Press Conference 1, 11.00am, KLIA

MH370 Incident


We are deeply saddened this morning with the news on MH370.

Malaysia Airlines confirms that flight MH370 had lost contact with Subang Air Traffic Control at 2.40am, today.

There has been speculation that the aircraft has landed at Nanming.

We are working to verify the authenticity of the report and others.

Flight MH370 was operated on a Boeing 777-200 aircraft.

It departed Kuala Lumpur at 12.41 am earlier this morning bound for Beijing.

The aircraft was scheduled to land at Beijing International Airport at 6.30am local Beijing time.

The flight was carrying a total number of 239 passengers and crew – comprising 227 passengers (including 2 infants), 12 crew members.

The passengers were of 14 different nationalities - citizens from:-

1.    China – 153 including infant
2.    Malaysia - 38
3.    Indonesia - 12
4.    Australia - 7
5.    France - 3
6.    United States of America – 3 including infant
7.    New Zealand - 2
8.    Ukraine - 2
9.    Canada - 2
10.  Russia - 1
11.  Italy - 1
12.  Taiwan - 1
13.  Netherlands - 1
14.  Austria - 1

This flight was a code share with China Southern Airlines.

We are working with authorities who have activated their Search and Rescue team to locate the aircraft.

Our team is currently calling the next-of-kin of passengers and crew.

The flight was piloted by Captain Zaharie Ahmad Shah, a Malaysian aged 53. He has a total flying hours of 18,365hours. He joined Malaysia Airlines in 1981.

First officer, Fariq Ab.Hamid, a Malaysian, is aged 27. He has a total flying hours of 2,763 hours. He joined Malaysia Airlines in 2007.

Our focus now is to work with the emergency responders and authorities and mobilize its full support.

Our thoughts and prayers are with all affected passengers and crew and their family members.

The airline will provide regular updates on the situation.

The public may contact +603 7884 1234.

For media queries, kindly contact +603 8777 5698/ +603 8787 1276.

Please also log on to www.malaysiaairlines.com for updates.

Next-of-kin may head to the Support Facility Building at KLIA’s South Support Zone. For directions, call 03 8787 1269.

Ends.

Malaysia Airlines celebrates one year in oneworld. Visit www.oneworld.com
Your preferred MRO partner, visit http://mae.malaysiaairlines.com

Tuesday, March 4, 2014

Komitmen melampaui batas normal tapi masih mampu buat loan

Gara2 gatal tangan nk update status, last2 aku dah ter commit plk. Tak pasal2 aku kena share psl teknik yg mr x gunakan utk terus membuat hutang. Harapnya mr x tak marah pada aku kerna aku bakal membocorkan rahsia ini..




Sunday, March 2, 2014

Kereta Sewa PJ

Alhamdulillah, bulan lepas ada pertambahan beberapa biji kereta sewa utk KLezCar branch PJ ni. Ada la tambah 4 biji alza dan 3 myvi.

Insyaallah bulan depan ada lagi yang akan masuk, cuma tak tahu berapa biji, yang tgh dalam proses 10 biji semuanya, dah lulus 2 biji. Masih menunggu result yg 8 biji tu lagi. Berdebar plak hati aku rasa, mungkin sbb ini adalah belian yg terbanyak pernah aku buat kot. Sebelum ni beli 5 6 biji jer, tapi kali ni beli 10 biji terus.

Apa pun aku cukup bersyukur ke hadrat Illahi, kerana limpah dan kurnianya aku di berikan rezeki utk aku kongsikan.

So kepada yang memerlukan kereta sewa tu, jgn segan jgn malu, kasik call sahaja yer 0178772280 atau 0176386305.

Ni aku listkan kereta sewa yang under jagaan aku.

Viva        RM110 sehari.
Myvi       RM130 sehari.
Alza        RM180 sehari.
Avanza   RM180 sehari.
Sentra     RM180 sehari
Mazda3  RM350 sehari.
Alphard  RM450 sehari.

Kasik call jer nombor kat atas tu yer.