Tuesday, February 4, 2014

Welcome KLezCar Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan

Bismillah, Alhamdulillah program Road Tour KLezcar yang pertama bertempat di Kota Bharu pada 2Feb yang lepas boleh dikatakan berjaya. Walaupun pengumuman mengenai road tour ini agak singkat, tapi kami still lg meneruskannya.

Kira2 15 orang turun pada malam itu, ada yg tersalah masa, kami buat sesi ni pada 930mlm, dia dtg pada 930pagi. Hehe, macam2. Apa pun malam tu kami habis lewat, sekitar jam 330am. Tu pon sebenarnya dah dikira awal, sbb kalau lepak2 kat kl ni, maunyer sampai jam 5am.

Apa yang kami explain pada malam tu? 
- Overview bisnes kereta sewa.
- the beuty of car rental biz
- testimoni daripada partners klezcar cawangan Tasik Permaisuri yg br shj 8 bulan menjalankan biz ini.
- why klezcar
- how to join us

Daripada apa yg kami kongsikan ini, rasanya semua yg datang tu sudah mendapat sedikit gambaran dgn dunia kereta sewa. Dan berita baiknya, 1org sudah bersetuju utk bersama dengan keluarga klezcar di kelantan. KLezcar Kubang Kerian, Kota bharu kelantan. Alhamdulillah.

Dgn ini, maka KLezcar sudah mempunyai 38 cawangan, 36 di Lembah Klang, 1 di Port Dickson, dan 1 di Kelantan. Target kami adalah untuk mempunyai cawangan di kesemua negeri di Malaysia ini. Bermula dari Perlis sampai ke Johor.

Kami akan membuat Road Tour di kesemua negeri ini. Jadi kepada yang berminat utk menjadi keluarga klezcar, dijemput bersama-sama dgn kami semasa roud tour itu.

Nanti kami akan buatkan 1 jadual road tour kami. 



1 comment: