Tuesday, February 18, 2014

Team Building KLezcar di Melaka

Jumaat lepas keluarga KLezcar berkumpul di Melaka untuk menjayakan program Team Building. Program ini sepatutnya diadakan pada minggu sblm CNY, tapi disebabkan ada sedikit mslh, ianya terpaksa ditunda kepada tarikh yg tidak pasti.

Penetapan tarikh 14Feb sebagai tarikh ganti hny dibuat sebulat suara pada 3 hari sebelum shj. Disebabkan komitmen yg tinggi diberikan oleh semua ahli, maka program ini berjaya dilakukan.




Kami bertolak ke Melaka pada jumaat mlm tu. Jalan jem teruk sehingga ke Nilai. Ada lagi beberapa kereta yg tidak bertolak dari KL lagi atas urusan penghantaran kereta sewa. Takder hal, masalah kecik jer tu, janji esok pagi semua dah ada kat Melaka utk program kita.

Pagi Sabtu kami ke Melaka Wonderland, main air la apa lagi.. Sebelum ke sana,kami singgah breakfast kat kedai sorg pakcik ni kat Bukit Katil. Kami ditemukan dgn orang kuat PAS, korang tgk dlm gambar tu. Dah makan kenyang2 baru lah best main air. Ingatkan orang ramai memandangkan weekend, tapi tak der la ramai sgt. Berendam air dari jam 10am ke 3pm. Puas berendam, lapar la pulak. mana nak cari kedai jual mknn tegahari pada jam 4ptg ni.. Heheh. Last2 jumpa kedai nasi campur kat Kg. Gangsa, ahh boleh la, perut dah lapar ni, sebat jer apa yg ada.






Dah kenyang, kami ke Klebang plk, minum air coconut shake original klebang. Tempat dia penuh giler, super pack. smpkan nk duduk pon kena amik turn. Puas minum kami berenti solat kat masjid area Klebang tu. Siap beriktikaf lagi menunggu azan maghrib.

Dah maghrib kami pergi main bowling plk. Main 2 round. Aku memang failed la main benda ni.. asyik ke longkang je keje nya.. Hehe.. Skali print result, no 20 aku, hehe. Bukannya apa, aku tgh lapar ms tu, sbb tu lah tak perform.

Dah abih main, kami gi makan asam pedas plk, trademark mlk ni.. Nk gi ke Kota Laksamana, jauh la plk. So kami ke pasar borong jer la. Dekat skit. Dah habis makan kami balik tido. Masing2 dah kepenatan.

Esoknya pkl 8 pagi kami dah kluar rumah, gi breakfast ramai2. Dan lepas tu kami menghala ke Flashpoint Paintball kat Bukit Katil. Main paintball la plak.. Kali ni byk game gak kami main, 6 kali main. Ada yang kena headshot, kena tembak kat tengkuk pon ada. Macam-macam ragam.

Dah habis main, kami ber bbq la plk. Siap pakej bbq yg disediakan oleh pihak flashpoint paintball. Balik rumah memang flat habis, tido smp ke pukul 5. Bgn tido, checkout dan siap2 utk ke ikan bakar muara Sg. Duyung sebelum bertolak balik ke KL.




 





























No comments:

Post a Comment