Thursday, February 20, 2014

Road Tour KLezcar di JB Pada 22Feb14.

Road Tour KLezCar datang lagi. Kali ini lokasi pilihan adalah Johor Bharu. Warga JB yang berminat untuk menyertai keluarga KLezCar dialu-alukan datang ke Hotel Sri Malaysia, JB pada jam 2pm, 22Feb2014.

Kami akan memberi penerangan kepada anda semua tentang bagaimana bisnes kereta sewa ini boleh memberi pendapatan yang agak besar kepada anda.

Kami dari kumpulan KLezCar mempunyai ramuan rahsia kami yang tersendiri. Ramuan bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 4 bulan sahaja di dalam bisnes kereta sewa. Beberapa ahli keluarga KLezcar telah berjaya mencapai 5 angka dalam masa 4 bulan shj hasil dari usaha keras dia mengikuti program yang kami anjurkan. Dah macam ala-ala MLM plk ni. Hehe.. Ini real bisnes.

Sekali lagi sy remind tentang lokasi dan masa event kali ini:

Lokasi: Hotel Sri Malaysia, JB
Masa : 2pm-6pm
Tarikh : 22Feb14, Sabtu
Bayaran : RM50 (CIMB Pelagat Maju Services 12190002016108 dan emel slip kpd tour@klezcar.com)



KLezCar be flexible - Fast action - Greater result - Insyaallah.


Tuesday, February 18, 2014

Team Building KLezcar di Melaka

Jumaat lepas keluarga KLezcar berkumpul di Melaka untuk menjayakan program Team Building. Program ini sepatutnya diadakan pada minggu sblm CNY, tapi disebabkan ada sedikit mslh, ianya terpaksa ditunda kepada tarikh yg tidak pasti.

Penetapan tarikh 14Feb sebagai tarikh ganti hny dibuat sebulat suara pada 3 hari sebelum shj. Disebabkan komitmen yg tinggi diberikan oleh semua ahli, maka program ini berjaya dilakukan.




Kami bertolak ke Melaka pada jumaat mlm tu. Jalan jem teruk sehingga ke Nilai. Ada lagi beberapa kereta yg tidak bertolak dari KL lagi atas urusan penghantaran kereta sewa. Takder hal, masalah kecik jer tu, janji esok pagi semua dah ada kat Melaka utk program kita.

Pagi Sabtu kami ke Melaka Wonderland, main air la apa lagi.. Sebelum ke sana,kami singgah breakfast kat kedai sorg pakcik ni kat Bukit Katil. Kami ditemukan dgn orang kuat PAS, korang tgk dlm gambar tu. Dah makan kenyang2 baru lah best main air. Ingatkan orang ramai memandangkan weekend, tapi tak der la ramai sgt. Berendam air dari jam 10am ke 3pm. Puas berendam, lapar la pulak. mana nak cari kedai jual mknn tegahari pada jam 4ptg ni.. Heheh. Last2 jumpa kedai nasi campur kat Kg. Gangsa, ahh boleh la, perut dah lapar ni, sebat jer apa yg ada.






Dah kenyang, kami ke Klebang plk, minum air coconut shake original klebang. Tempat dia penuh giler, super pack. smpkan nk duduk pon kena amik turn. Puas minum kami berenti solat kat masjid area Klebang tu. Siap beriktikaf lagi menunggu azan maghrib.

Dah maghrib kami pergi main bowling plk. Main 2 round. Aku memang failed la main benda ni.. asyik ke longkang je keje nya.. Hehe.. Skali print result, no 20 aku, hehe. Bukannya apa, aku tgh lapar ms tu, sbb tu lah tak perform.

Dah abih main, kami gi makan asam pedas plk, trademark mlk ni.. Nk gi ke Kota Laksamana, jauh la plk. So kami ke pasar borong jer la. Dekat skit. Dah habis makan kami balik tido. Masing2 dah kepenatan.

Esoknya pkl 8 pagi kami dah kluar rumah, gi breakfast ramai2. Dan lepas tu kami menghala ke Flashpoint Paintball kat Bukit Katil. Main paintball la plak.. Kali ni byk game gak kami main, 6 kali main. Ada yang kena headshot, kena tembak kat tengkuk pon ada. Macam-macam ragam.

Dah habis main, kami ber bbq la plk. Siap pakej bbq yg disediakan oleh pihak flashpoint paintball. Balik rumah memang flat habis, tido smp ke pukul 5. Bgn tido, checkout dan siap2 utk ke ikan bakar muara Sg. Duyung sebelum bertolak balik ke KL.




 





























Tuesday, February 4, 2014

Welcome KLezCar Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan

Bismillah, Alhamdulillah program Road Tour KLezcar yang pertama bertempat di Kota Bharu pada 2Feb yang lepas boleh dikatakan berjaya. Walaupun pengumuman mengenai road tour ini agak singkat, tapi kami still lg meneruskannya.

Kira2 15 orang turun pada malam itu, ada yg tersalah masa, kami buat sesi ni pada 930mlm, dia dtg pada 930pagi. Hehe, macam2. Apa pun malam tu kami habis lewat, sekitar jam 330am. Tu pon sebenarnya dah dikira awal, sbb kalau lepak2 kat kl ni, maunyer sampai jam 5am.

Apa yang kami explain pada malam tu? 
- Overview bisnes kereta sewa.
- the beuty of car rental biz
- testimoni daripada partners klezcar cawangan Tasik Permaisuri yg br shj 8 bulan menjalankan biz ini.
- why klezcar
- how to join us

Daripada apa yg kami kongsikan ini, rasanya semua yg datang tu sudah mendapat sedikit gambaran dgn dunia kereta sewa. Dan berita baiknya, 1org sudah bersetuju utk bersama dengan keluarga klezcar di kelantan. KLezcar Kubang Kerian, Kota bharu kelantan. Alhamdulillah.

Dgn ini, maka KLezcar sudah mempunyai 38 cawangan, 36 di Lembah Klang, 1 di Port Dickson, dan 1 di Kelantan. Target kami adalah untuk mempunyai cawangan di kesemua negeri di Malaysia ini. Bermula dari Perlis sampai ke Johor.

Kami akan membuat Road Tour di kesemua negeri ini. Jadi kepada yang berminat utk menjadi keluarga klezcar, dijemput bersama-sama dgn kami semasa roud tour itu.

Nanti kami akan buatkan 1 jadual road tour kami. 



Saturday, February 1, 2014

KLezCar Road Tour -Kelantan

Klezcar akan mengadakan road tour bagi mempromosikan klezcar kepada masyarakat luar.

Utk kali pertama ini, road tour yg pertama akan di adakan di Kota Bharu, Kelantan. Tarikh: 2Feb14
Masa: 9pm
Lokasi: Restoran Hayaki, Jln Kebun Sultan.

Semua org dijemput hadir. Yang dah buat kereta sewa ke, yg belum buat bisnes lg ke, saper2 sajer la boleh hadir.

Saper yg turun? Top management KLezcar dan juga beberapa partners klezcar dari KL akan ada.

Ada bonus utk road tour yg pertama ni. Kami akan beri baju t shirts official klezcar secara PERCUMA shj kepada semua yg hadir.