Monday, January 13, 2014

Sebulan Berlalu Selepas Pelancaran Ebook Mudahnya Beli Rumah

Alhamdulillah, sebulan telah berlalu selepas saya melancarkan ebook Mudahnya Beli Rumah. Sambuatan yang diterima terhadap ebook ini di luar jangkaan saya. Saya tidak menjangkakan jualan dalam masa 1 bulan mampu mencecah 300 unit.

Jika di darab dengan harga jualan iaitu rm10, sudah menjadikan rm3000 dalam masa 1 bulan. Boleh dikatakan hampir setiap hari, ada sahaja orang akan membeli ebook ini. Dan ada juga sesetangah pembeli membayar lebih, diorang membeli pada harga rm30 seunit. Lebih dari 5 orang yang membeli pada harga rm30. Bukan semua emel yang masuk saya verify. Sesekali shj saya bukak emel ini, terkejut saya apabila melihat slip pembayaran berjumlah rm30, rm10 utk ebook dan baki rm20 untuk derma kepada pusat tahfiz yang terlibat. Alhamdulillah, semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan kepada semua pembeli.

Ingin saya buka minda kawan-kawan pembaca yang dirahmati Allah, penulisan ebook merupakan pasif income yang boleh dijana secara berpanjangan. Kita ambil contoh penghasilan ebook Mudahnya Beli Rumah ini, sekali sahaja saya tulis, memerah idea, memakan masa 5 jam dalam pengahsilannya, hasilnya dalam masa 1 bulan, pendapatan dari satu ebook ini sahaja menjana rm3k.

Bulan depan ada lagi orang beli, bulan strsnya ada lagi. Mungkin jualan setiap bln ada perbezaan, ada bulan yang jualannya tinggi, ada yang slow. Tetapi ianya tetap memberi income kepada aku kan. Katakan setiap bulan aku mampu menjual 50 unit ebook ini, menjadikan pendapatan aku dari ebook yang bertajuk Mudahnya Beli Rumah ini rm500 sebulan.

Jika setiap 2 bulan aku menghasilkan ebook yang baru dan dijual pada harga rm10 shj. Dalam masa 1 tahun, aku mempunyai 6 ebook dan insyaallah dgn pengiraan rm500 sebulan bagi setiap ebook, maka pada akhir tahun, aku sudah mampu mempunyai pendapatan rm3k sebulan hasil dari 6 ebook tadi.

Itu jika harga rm10, jika dijual pada harga yang lagi tinggi sepert rm79, sudah berapa kali ganda tu kan. Jadi jika kawan-kawan pembaca mempunyai apa-apa sahaja pengalaman, kawan-kawan boleh mula menulis ebook. Mana la tahu dalam masa 1 tahun sahaja, pendapatan bulanan hasil dari jualan ebook ini sahaja mampu mengatasi pendapatan aktif (gaji) kawan-kawan.

Antara Tips lain yang pernah aku kongsikan dalam topik Bagaimana Untuk Menambah Pendapatan (Sila klik utk info yg lebih lanjut).


Jika ada yang belum membeli sambil menyumbang ebook ini, boleh lah klik link Mudahnya Beli Rumah.

No comments:

Post a Comment