Monday, January 20, 2014

Mega TT anjuran Hafiz ejen lelong

Terkejut aku bila mana sabtu lepas aku sampai jam930pm kat restoran haji tapah, tetapi sorang pon takder. Bila call diprang, diorang cakap kat opis pie2020. Dlm hati aku, tt mende nya kalo buat kat opis.

Bukak pintu jer, terperanjat aku, dah macam seminar plk ni. haha.. Penuh seat sampaikan aku terpaksa lepak luar. Perghh mmg terbaik la.. Apa la yg hafiz duk merapu tu, kejap2 gelak, kejap2 gelak.. dah macam hantu kak limah aku dengar dia ngilai.. huhu..

Dah habis diorang ber sharing dlm bilik seminar, sebelum kami ke restoran mamak, sempat lagi bergambar kenang kenangan..

TT kali ni bg aku amat berjaya, ramai otai2 yang turun. Dan ramai yang hardcore property investment pon ada. Terbaik..





Wednesday, January 15, 2014

Amalan-amalan Dimurahkan Rezeki


01
Menyempatkan diri beribadah
Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]
02.Memperbanyakkan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]
03.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]
04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.
Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]
05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]
06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]
07.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]
08.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.
09.Banyakkan berbuat kebajikan
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11.Menjalinkan silaturrahim
Nabi S.A.W. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]
12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]
14.Melazimi solat malam (tahajjud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..
15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]
16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]
Firman-Nya lagi:
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.
Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.
18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.
Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]
Nabi S.A.W. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]
Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.

Monday, January 13, 2014

Sebulan Berlalu Selepas Pelancaran Ebook Mudahnya Beli Rumah

Alhamdulillah, sebulan telah berlalu selepas saya melancarkan ebook Mudahnya Beli Rumah. Sambuatan yang diterima terhadap ebook ini di luar jangkaan saya. Saya tidak menjangkakan jualan dalam masa 1 bulan mampu mencecah 300 unit.

Jika di darab dengan harga jualan iaitu rm10, sudah menjadikan rm3000 dalam masa 1 bulan. Boleh dikatakan hampir setiap hari, ada sahaja orang akan membeli ebook ini. Dan ada juga sesetangah pembeli membayar lebih, diorang membeli pada harga rm30 seunit. Lebih dari 5 orang yang membeli pada harga rm30. Bukan semua emel yang masuk saya verify. Sesekali shj saya bukak emel ini, terkejut saya apabila melihat slip pembayaran berjumlah rm30, rm10 utk ebook dan baki rm20 untuk derma kepada pusat tahfiz yang terlibat. Alhamdulillah, semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan kepada semua pembeli.

Ingin saya buka minda kawan-kawan pembaca yang dirahmati Allah, penulisan ebook merupakan pasif income yang boleh dijana secara berpanjangan. Kita ambil contoh penghasilan ebook Mudahnya Beli Rumah ini, sekali sahaja saya tulis, memerah idea, memakan masa 5 jam dalam pengahsilannya, hasilnya dalam masa 1 bulan, pendapatan dari satu ebook ini sahaja menjana rm3k.

Bulan depan ada lagi orang beli, bulan strsnya ada lagi. Mungkin jualan setiap bln ada perbezaan, ada bulan yang jualannya tinggi, ada yang slow. Tetapi ianya tetap memberi income kepada aku kan. Katakan setiap bulan aku mampu menjual 50 unit ebook ini, menjadikan pendapatan aku dari ebook yang bertajuk Mudahnya Beli Rumah ini rm500 sebulan.

Jika setiap 2 bulan aku menghasilkan ebook yang baru dan dijual pada harga rm10 shj. Dalam masa 1 tahun, aku mempunyai 6 ebook dan insyaallah dgn pengiraan rm500 sebulan bagi setiap ebook, maka pada akhir tahun, aku sudah mampu mempunyai pendapatan rm3k sebulan hasil dari 6 ebook tadi.

Itu jika harga rm10, jika dijual pada harga yang lagi tinggi sepert rm79, sudah berapa kali ganda tu kan. Jadi jika kawan-kawan pembaca mempunyai apa-apa sahaja pengalaman, kawan-kawan boleh mula menulis ebook. Mana la tahu dalam masa 1 tahun sahaja, pendapatan bulanan hasil dari jualan ebook ini sahaja mampu mengatasi pendapatan aktif (gaji) kawan-kawan.

Antara Tips lain yang pernah aku kongsikan dalam topik Bagaimana Untuk Menambah Pendapatan (Sila klik utk info yg lebih lanjut).


Jika ada yang belum membeli sambil menyumbang ebook ini, boleh lah klik link Mudahnya Beli Rumah.

Saturday, January 11, 2014

Kereta Sewa - Mazda3 (A)

MODEL
Mazda3 (Auto) untuk disewa.

HARGA
1 hari rm300.
3 hari rm800.
1 bulan rm4000.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
a) 2 salinan IC (penyewa dan penjamin).
b) 1 salinan lesen memandu.
c) Bil utiliti (bil elektrik/air/astro) yang terkini.
d) Bisnes kad / kad pelajar / kad kerja.

WANG CAGARAN
RM300 dan akan dikembalikan setelah kereta dipulangkan dalam keadaan yang baik.

LOKASI
Diantara lokasi untuk mengambil dan memulangkan kereta adalah di:
a) Office KLezCar, No 26/3, Jalan PJS3/34, Taman Sri Manja 46000 PJ, Selangor.
b) LRT Bukit Jalil dan Sri Petaling.
c) Komuter Dato Harun dan Petaling.
*Kesemua lokasi diatas adalah merupakan FREE PICKUP POINT. 

DELIVERY SERVICE
Pihak kami juga menyediakan servis penghantaran kereta terus ke lokasi anda.
Caj minima akan dikenakan untuk servis ini.

MASA
Waktu berurusan adalah dari jam 9 pagi - 12 tghmlm.
7 hari seminggu.

HUBUNGI
Shahril 0178772280 @ 0179391161.
Am 0176386305.
www.klezcar.com

CATATAN
Kereta di dalam keadaan yang baik dan sesuai untuk perjalanan yang jauh.

GAMBAR







KLezCar memastikan anda berpuas hati menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari pihak kami.

HUBUNGI
Shahril 0178772280 @ 0179391161.
Am 0176386305.
www.klezcar.com

Friday, January 10, 2014

KLezProperty Menawarkan Servis A-Z Rumah Lelong

Alhamdulillah, KLezProperty mula menawarkan servis A to Z berkenaan dengan rumah lelong. Jika dulu, pada tahun 2012 dan awal tahun 2013 aku memang aktif dalam bidang rumah lelong. Tetapi sejak aku mula berkecimpung dalam arena bisnes kereta sewa, aku mula perlahan dalam rumah lelong. Byk fokus aku letak pada KLezCar.

Ramai jugak client lama aku yang nak menggunakan servis aku, tetapi apa kan daya, aku sudah perlahan dalam bidang ini, byk yang aku pass pada kawan seperjuangan seperti http://hafizejenlelong.blogspot.com/

Dan sekarang apa bila aku sudah mempunyai team yang kuat dan ramai yang dikenali sebagai KLezProperty, aku dengan ini membuka semula servis aku di dalam dunia lelong ini. Secara asasnya, aku tidak terlibat secara langsung dlm proses membida dan survey. Semuanya akan diuruskan oleh team KLezProperty yang sudah arif mengenai rumah lelong ini.




Jadi kepada kawan-kawan diluar sana yang berminat untuk membeli rumah lelong, bolehlah mendapatkan khidmat nasihat dari Team KLezProperty secara percuma.

Berkenaan dengan perkhidmatan dan caj yang kami tawarkan adalah:

1. Bid dan kalah = RM0
2. Bid dan menang = rm1500 atau 1% dari harga rumah yang dimenangi (Yang mana lebih tinggi).
3. Survey rumah dan bil tunggakan (maintenance, TNB, bil air, dan cukai pintu) = RM150.
4. Pecah rumah = RM200.
5. Repair dan bersihkn rumah = Quotation akan diberikan oleh pihak kontraktor yang dilantik.
6. Mencari penyewa = 1 bulan sewa atau RM500 (Yg mana lebih tinggi).
7. Jual rumah = 3% dari harga jualan rumah.

Jadi kami boleh memudahkan urusan anda, khidmat nasihat dari pihak kami yang sudah berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam industri ini akan kami berikan secara percuma kepada semua client kami.

Buat masa ini, kami mempunyai 3 orang perunding hartanah lelong full time, anda boleh menghubungi mereka di talian:

1. MOHD SAUFEE EFFENDY B. MOHD YUSOFF 012-9712101
2. ABDUL AZIZ FAIZAL 012-6190352
3. MOHD NAZRI BIN AB. WAHAB 012-6190335

Selain dari itu, jika anda mempunyi rumah untuk dijual atau untuk disewakan atau untuk diruruskan, anda boleh menghubungi perunding hartanah subsale KLezProperty iaitu:


AHMAD ZAHRIN JAMALUDDIN                       012-3341119
AZLI CHE NIK                                              012-6190563
MOHD NAZRI BIN AB. WAHAB                       012-6190335
ABDUL AZIZ FAIZAL                                     012-6190352
SHAHRIL AZHAR B. AHMAD SHAH                  019-2788739
SYAHROLL MD ASIP                                      012-6192184
ELI B. ABDUL AZIZ                                       012-6192285
JAFRI B. EMBOK TAHA                                  012-6190819
MUHD ABDUH B. ABDULLAH                           013-2095020
MOHD SAUFEE EFFENDY B. MOHD YUSOFF      012-9712101
MOHD FIRDAUS BIN ABD WAHAB                    017-6666207
MUHAMMAD RAFIE BIN CHE ROSE                   019-6548442
AHMAD NAJIB B. MOHAMED                            012-6190663
MOHD FAIDZUL NIZAM MD NASIR                    012-6192285
MUHAMMAD IZZAT B. ZAINAL ABIDIN               012-9711867
MOHD FAUZI B. ABU                                       012-6192308 


Wednesday, January 1, 2014

2014 Penuh Cabaran - Macam Mana Nak Tambah Income

Hari ni merupakan hari pertama kita semua didalam tahun 2014. Dengan kenaikan harga barang, dengan implementation GST, dengan kenaikan tarif elektrik, apa plan kita utk menjana pendapatan kita?

Aku suka dengan satu statement ini.
"Hidup ini untuk mencari PENYELESAIAN, bukannya untuk mencari ALASAN".

Mcm mana utk meningkatkan pendapatan secara part time? Yang mana ianya boleh dilakukan sambil kita bekerja.



Kat sini aku listkan beberapa cara yg korang boleh usahakan utk cover harga barangan yg naik tu:

1. Ebook - korang buat sekali shj dan mula jual. Jualan ini berterusan sehingga ebook itu korang masih jual. Apa nak tulis? Korang tulis jer apa yg korang pernah lalui, maksudnya Pengalaman korang. Jual murah2 dah la, rm10 ke. Cthnya Ebook aku yg bertajuk Mudahnya Beli Rumah, belum smp lg 1 bulan sejak aku launch, sales dah meningkat kepada hampir 300 unit. Aku jual rm10 shj. So dah jadi rm3000 yg aku dpt bln ni. Aku buat sekali jer dan aku letak kat blog aku, bila org search dan berminat, org akan beli. So jika setiap bln dpt sales rm300, cukup la kot dptla cover bil letrik dan harga gula.

2. Trading - korang jual kek coklat (sbg cth). Korang x pandai buat kek? Tak suruh pon korang buat. Korang gi cari je kilang yg produce kek coklat. Diorg jual rm6.50. Korang jual la rm10. Dh untung rm3.50 kan.
Nak jual mana? Jual ikut facebook pon dh boleh senang. Korang pon boleh duk rumah. Setiap malam korang boleh buat marketing, post kat fb. Malam tu jugak dah boleh packing barang utk pos kpd customer. Pagi esok sambil gi kerja korang gi la pos barang. Tak mengganggu masa bekrja hakiki korang.
Bukan kek coklat jer, bukan melalui medium facebook shj. Byk lagi yang boleh dibuat.

3. Property Agent - jual rumah rm100k, dpt komisyen 3%. Tolak ngn agency, dpt la dlm rm2k. Rumah sekarang ni mahal2. Kalau kat kl ni, sebiji apartment pon boleh cecah rm300k. Rumah flat pon rm120k.

Ni lah yg terlintas kat fikiran aku buat masa ni. Kalau kawan2 ada idea lain ttg menjana income lebih, boleh masukkan kat ruangan komen.