Monday, December 2, 2013

RM800,000 Di Dalam Laci Almari

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Tuhan masih meminjamkan nafas, masih memberi aku kesempatan untuk berkongsi cerita, semoga dengan cerita ini dapat memberikan sedikit kesedaran kepada kita agar kita senantiasa meningatiNya.

Petang tadi aku berjumpa dengan kawan lama aku, yang aku kenali dia semenjak tahun thn 2000 lagi. Aku jarang berjumpa dgn dia, tak rapat sgt aku dgn dia sbnrnya.

Habis jer belajar, dia dapat kerja dgn kerajaan, gred 17 shj. Tapi dia ni pandai berkata-kata, orang cakap dia ni bermulut manis. Dia berjaya mencari rezeki dgn kelebihan yang dia ada. Dia sempat merasai kejayaan di dalam dunia multilevel. Pernah dia ajak aku dulu-dulu, tapi maaf la aku tak nak. Hehe.

Dunia multilevel dia tinggalkan setelah 2 tahun dia berkecimpung di dalam arena tersebut. Dia nampak peluang di dalam dunia saham pula. Dia menjadi seorang Remiser. Alhamdulillah rezeki anak-anak dia, dia berjaya sekali lagi di dalam arena saham ini. Dia antara nama hebat di dalam dunia saham ini.Transaksi yang dibuat bernilai puluhan juta.

Komisyen yang diterima mencecah rm50k sehari. Kalau dapat rm10k sehari tu dah dikira sedikit. Wang kertas bernilai rm50 diibaratkan sebagai rm50sen shj baginya. Duit di dalam laci almari RM800,000. Pernah di taburnya duit di atas meja makan sebanyak RM500k.

Rezeki yang dilimpahkan oleh yang maha esa amat murah ketika itu. Sehinggakan dia lupa, dia lupa kepada si pemberi rezeki. Hidup dikelilingi oleh kemewahan yang teramat sangat. Kereta mewah sebanyak 7 biji. BMW 4 biji. Bulan Sept keluar BMW baru, bulan Nov dah pegi beli RX8 pulak.

BMW yang dia beli beharga rm350k. Model mana satu pon aku tak tau.

Print bank statement bawak ke used car, used car rekemen supaya beli Ferrari model baru yang beharga rm2.4j. Kemewahan yang dirasai di usia belum mencecah 30tahun lagi. Tu baru print 1 bank bank jer. Dia ni ada 4 bank dan purata duit yang ada di dalam setiap akaun adalah rm2j. Nak pengsan aku dengar.

Kesemua kad kredit yang dimilikinya berstatus Platinium.
Setiap kali pergi ke bank, dia akan menerima layanan kelas VIP. Pengeluaran wang tidak dilakukan di kaunter sebagaimana aku dan orang ramai yg lain.



Sebut ajer nak apa, semua dibelinya. Pernah di bawanya duit rm30k di dalam poket, untuk shopping di low yatt. Tapi pulang dengan tangan kosong, tiada satu pun di belinya, ini kerana semua benda dia dah beli, sebut jer gajet apa, imac, ipad, ipod, laptop paling canggih, semua dia dah beli. Ipad sekali beli 5 unit, bagi kat anak setiap satu.

Bangga aku dengan kejayaan dan kekayaan yang dia miliki. Personally aku belum pernah lagi ada kawan yang dah lama aku kenal, yang berasal dari keluarga sederhana kini memiliki kehidupan yg serba mewah.

Cerita ni belum selesai, akan aku sambung di post yg berikutnya.







4 comments:

  1. Dahsyat betul dia bro.. murah betul.rezeki dia..

    ReplyDelete
  2. dasyat tu... harapnya kesudahannya terus baik

    ReplyDelete
  3. Perenggan ke-6...jom congak2 next post...lolz...

    ReplyDelete
  4. wahhhh kaya3!!!dah jd Datuk seri la tuu~

    ReplyDelete