Saturday, December 7, 2013

RM800,000 di dalam Laci Almari Part II

Cerita ini merupakan kesinambungan dari cerita yang lalu, sila baca m800000 di dalam laci almari Part I

Sudah hampir 2 tahun aku tidak berjumpa dengan dia. Selalu la jugak bila aku bersama dgn kawan2 lama yg kenal dia, aku ada jugak bertanya perkembangan terbaru mengenai kawan aku ni. Tetapi tak ramai yang mengikuti perkembangan dia menyebabkan kami semua tidak tahu akan berita terbaru.

Tak kisah la semua tu, aku tetap meneruskan kehidupan aku seperti biasa. Sabtu yang lalu, jam 1.30am telefon aku berdering. Saper la yang duk call aku malam buta ni, nombor yang tidak dikenali muncul di skrin hanset aku. Ni mesti customer yang nak menyewa homestay kat Tiara Beach Resort ni. Aku menjawab panggilan tersebut walaupun aku dibuai lena mimpi sebelum terjaga akibat deringan telefon.

"Assalamualaikum, Shahril ni aku ni"
"Wslm, Aku mana ni? tak cam pulak aku sbb nombor ni aku tak pernah save"
"Bengong nate ni, ni aku la, Mr X"

Tak pasal2 aku kena bengong sebiji. Tapi kalau org kelantan yg dah berkenalan lama, perkataan begini biasa ajer dan tiada langsung mengguris perasaan.

"Hah, orang kaya Mr X rupanya, apa citer ni call aku masa ni. Ni waktu tidur la?"
"Gini, aku nak sewa kete la esok tghari. Nak gi amik wife aku kat Kedah"
"Bukan ke ko ada BMW dan Honda, nak sewa kete aku buat apa lagi? Kete aku semua dah habis la, maklumla weekend."
"Tolong la ejas sbiji utk aku, tak kisah la kete apa pun, janji bole samapai ke Kedah jer, Nanti esok aku citer kat ko apa yang jadi. Tak best citer dlm telepon ni"

Kesian la plak aku dengar suara dia merayu.
"Takper la, nanti aku ejas Myvi. Tapi ni bukan kete aku, aku kena amik kete dari branch Klang"
"Ok terima kasih ril. Esok pkl 3ptg aku gi amik kete. Nanti bg alamat opis ko"
"Ok beres. Jumpa esok, Kalau aku tak ada, nanti staff aku yang akan bg kete kat ko"
"Ish jgn la, aku nak jumpa mata ko. Tolong la"
"Pulak dah, ok2. Nanti aku ejas masa aku"

Apasal plk Mr X ni tetiba jer nak sewa kete ngn aku, setahu aku dia ni mewah jer sebelum ni, ada BMW, ada honda. Tak kisah la, esok jer la jumpa dia.
Esoknya jam10am dia call lagi utk konfirm kan kete ada atau tak, aku cakap ada. So pkl3 jumpa kat opis. Set.

Petang tu hujan. Dia sms aku bgtau dia lambat skit sbb hujan, dia naik motor.
Pkl 330 dia muncul kat opis klezcar. Siap isi semua dokumen, aku turun tunjukkan kete.
Dia ajak minum air, nak sembang2 ngan aku. Aku on ajer.

Ayat pertama yang keluar dari mulut dia setelah kami duduk di kedai mamak adalah
"Aku jatuh, aku kena berat. Habis semua yang aku ada sebelum ni hilang sekelip mata".

Wah, ini dah kes berat ni. Terus terang aku cakap, sepanjang 13 tahun aku kenal dia, ni lah kali pertama yang aku yakin dia bercakap benar dan ikhlas, dari anak matanya aku nilaikan.

Nov2011, bermulanya zaman kejatuhan dia.
Share yang bernilai rm1juta bertukar menjadi rm0.10 sahaja. Mak ai, penangan saham, betul2 kena terajang ni. Aku ni bukannya reti sgt bab2 share ni.
Duit yang dia ada dlm share tu adalah lebih dari rm1juta. Sekanrang bertukar menjadi rm 10sen jer.

Dia ada 4 akaun bank, minima 1 akaun ada rm2juta. So 4 akaun dah jadi rm8juta kan. Pergh banayak tu. Cukup makan sampai ke mati tu.
Bila dia gagal dlm saham, dia bukak kedai makan. Kena tipu dengan tukang masak.
Dia bukak lagi kedai ketuk dan cat kereta, partner dengan kawan baik dia masa kat universiti. Pun kena tipu jugak.

Beberapa bulan dia tidak bekerja, hanya makan dari simpanan yang sedia ada aje. Pada aku duit rm8juta tu dah lebih dari cukup. Jika expenses 1 bulan rm10k, dengan duit rm8juta, boleh survive 66.6 tahun baru habis duit tu. 66 tahun tu, jika umur sekarang 30 tahun, maka pada umur 96 tahun, baru habis duit tu. Tu kalau rm10k, kalau bole jimat jadi rm7k, dah jadi berapa ratus tahun.

Pada aku, rm7k utk kehidupan di kampung sudah mencukupi. Sedangkan pak guard yang bergaji rm1k pon boleh hidup apa.
Tapi kuasa Tuhan tiada siapa yang boleh duga, dalam masa 1 tahun, duit rm8juta lesap begitu sahaja. Aku ada tanya ke mana duit tu pergi? adakah dia setup bisnes lain atau dia invest skali lagi kat saham? tapi dia cakap dia tak ada setup atau invest lagi. Hairan bin ajaib. Dia sendiri pun hairan juga.

Pernah satu ketika, beras di rumah sudah habis. Hanya ada tepung sahaja, anak dan isteri dia terpaksa makan cekodok shj untuk 2 hari berturut-turut. Allah, tersentap hati aku.

Kenapa semua ni boleh berlaku sekelip mata sahaja?
Dia dapat rumuskan yang sumber pendapatan yang dia peroleh sebelum ini adalah dari sumber yang tidak berkat. Saham yang dia invest tidak mematuhi syariah. Mana taknya, jika saham yang patuh syariah, hanya berpotensi dapat 20% shj, tapi jika saham yang konvensional ni ianya berpotensi utk dapat sehingga 50% profit.Lagi pulak komisyen yang dia dapat bagi seorang remiser lagi byk.

Sekarang baru dia sedar. Sedar setelah terkena. Tapi alhamdulillah, Tuhan masih sayang pada dia, Tuhan memberi dia kesedaran dan peluang utk berubah sebelum ajal menjemput dia.

Satu cerita yang dikongsikan kpd aku.
"Seorang pemuda sedang mencangkul tanah. Tiba-tiba sekeping rm50 jatuh ke tanah, diambilnya rm50 tadi dan disimpan di dalam poket. Teruskan mencangkul lagi. Tiba-tiba sekeping rm50 jatuh lagi ke tanah, diambilnya rm50 tadi dan disimpan di dalam poket. Teruskan mencangkul lagi. Kali ke tiga, tiba-tiba batu jatuh atas kepala pemuda tersebut, terus pandang ke atas, mencari punca dari mata batu ini jatuh."

Apa pedoman yang boleh diambil dari cerita diatas?
Manusia ni bila mendapat kesenangan dan kemewahan, tidak ingat akan Dia. Bila dah sakit, bila dah terkena, barulah pandang ke atas dan ingat kepada Dia.

Mr X mencari kerja, akhirnya mendapat kerja dengan satu syarikat pembinaan dgn gaji rm5k. Alhamdulillah dia mampu utk menyara keluarga dia semula. 90% dari jumlah gaji yang diperoleh nya, dia beri kepada isteri dia untuk perbelanjaan keluarga. Dia hanya gunakan 10% utk minyak motor dan makan tghr.

Acap kali dia terpaksa mengikat perut disebabkan begitu beharganya duit kepadanya sekarang. Acap kali santapan tengaharinya dengan roti dan air kosong. Acap kali juga air kosong itu digantikan dengan air paip semata-mata utk jimat rm20sen.

Pesanan dia kepada aku. Carilah rezeki di jalan yang Allah redhai. Janganlah menjauhkan diri denganNya. MasyaAllah.


10 comments:

  1. Artikel ini ada 'Nilai' yang tinggi. Terima kasih tuan Shahril Sidek atas perkongsian dan ingatan.

    ReplyDelete
  2. banyak pengajaran dari kisah ini..terimakasih bro atas perkongsian..

    ReplyDelete
  3. Artikel dan perkongsian yang sangat baik dan berguna...semoga hidup sentiasa diberkatiNya...

    ReplyDelete
  4. cerita yg menarik utk di kongsi

    ReplyDelete
  5. setiap kejadian ada hikmahnya...syukur

    ReplyDelete
  6. Thanks bro Shahril for sharing this story.

    ReplyDelete
  7. Sangat memberi kesedaran & peringatan. Terima kasih share cerita ini

    ReplyDelete
  8. Cerita yang amat mendalam jika dilihat dari mata hati...peringatan utk diri sendiri yang selalu alpa mengejar dunia yang sementara

    ReplyDelete
  9. ala...siannyee..sayangnyaaaaa~tp still ok jgk tu RM5k..uhu

    ReplyDelete