Friday, December 27, 2013

#Free Sharing Oleh CEO KLezProperty, Tuan Kay Mustafa

Mungkin ada kawan-kawan diluar sana yang tidak aware lagi akan kewujudan Free sharing yang pihak KLezCar dan KLezProperty organize. Matlamat utama pihak kami adalah untuk memberi kesedaran dan ilmu kepada masyarakat di luar sana dengan percuma.

Apa yang akan kami kongsikan didalam sesi free sharing ini?
Kami akan kongsikan pengalaman kami, pengetahuan kami, cerita kami, nasihat kami di dalam bidang yang kami mahir kepada orang ramai.

Berapa kos atau yuran pendaftaran?
Free sahaja. Tak perlu bayar apa-apa pun. Dtg dan dgr sahaja.

Kenapa Free? Ni mesti ada udang di sebalik mee..
Ini adalah sumbangan CSR kami kepada masyarakat umum. Ilmu yang kami ada ini harus dipanjangkan supaya ianya memberi kami sedikit bekalan ketika kami bergelar arwah.
Semua kos seperti dewan, elektrik dan air disponsor sepenuhnya oleh pihak KLezCar dan KLezProperty. Semua ahli di dalam team ini terlibat secara langsung.

Ni mesti nak upsale atau menjual apa2 produk ni kan?
Syarat utama yang pihak kami kenakan kepada semua speaker adalah ianya mestilah TIADA apa-apa unsur menjual produk/servis yang ditawarkan. Ianya mestilah berkonsepkan memberi pengetahuan secara percuma kepada masyarakat umum tanpa ada apa-apa niat yang terselindung.

Bila free sharing ini diadakan? ada jadual?
Free sharing yang kami anjurkan akan dibuat pada hari Ahad. Kami cuba untuk mendapatkan kerjasama dari pihak-pihak tertentu supaya dapat menjadi speaker tanpa apa2 bayaran.
Buat masa ni, kami meletakkan target yang free sharing ini akan diadakan setiap 2 minggu sekali pada hari Ahad.
Dan pada ketika ini, kami tidak mempunyai jadual tetap berkenaan dgn sesi yang seterusnya. Apa yang anda boleh lakukan adalah dgn klik LIKE di FB page KLezCar dan KLezProperty. Semua info kami update di page ini.

Kat mana tempat free sharing?
Kami adakan sesi free sharing di office KLezcar. Bole klik http://klezcar.com/location.php

Topik apa yang dibincangkan?
Berdasarkan pada free sharing yang lepas, lebih kurang 9 sesi kali telah adakan, antara topik yang disentuh adalah:
- Basic property investment
- Financial management
- Income Tax
- Auction properties
- Bisnes kereta sewa
- Beraninya aku berhenti kerja

Siapa speaker (penceramah)?
Yang pernah bersama dengan kami untuk menjadi speaker adalah:
- shafie bustan (pie2020)
- kay mustaffa
- AF ZA (CEO KLezCar)
- Syahroll
- Khairul Adha
- Hassan Azahari
- Mohd Waqiyuddin
- saya sendiri.

Sesi yang terhampir adalah pada 29Dec2013, Ahad jam 10am-12pm.
Speakernya adakah CEO KLezProperty, Tuan Kay Mustaffa.

________________________________________________________________________________
Salam.
FREE SHARING DATANG LAGI.
di bawakan khas dari KLezproperty.com/KlezCar.com datang lagi!!

Tajuk: INCOME dari Hartanah ~ My Way
Tarikh: 29 Dec 2013, AHAD.
Masa: 10am - 12pm
Speaker: Tuan Penasihat
Tempat: http://www.klezcar.com/location.php
Fee: kan free sharing, so FREE la.

Ianya sesuai kpd mereka yang BARU nak belajar bagaimana nak create INCOME/CARI PENDAPATAN TAMBAHAN/BINA SALURAN PIPE/CARI DUIT SAMPINGAN/NEWBIE/TERTEKAN DENGAN KENAIKKAN HARGA BARANGAN bagaimana hendak mendapatkan income dari hartanah melalui keadaan yang telah tuan penasihat buat.

BUKAN TEORI tapi PRACTIKAL..menjana serendah dari rm50.00 ke rm1,000.00 melalui bidang ini tanpa berhenti KERJA.PART TIME sahaja.Khas untuk NEWBIE SAHAJA.yang dah OTAI tu tak payah datang..kan tanya banyak2 pulak..bagi peluang kat orang lain dapat sharing percuma...hehehe..

Bukan MLM,FREE SHARING bagi membantu rakan-rakan berdepan dengan kenaikkan harga barangan dan KOS SARA HIDUP yang tinggi akibat tindakan pihak pemeritah..Anggaplah satu alternatif bagi meningkatkan pendapatan BULANAN.

So semua dijemput hadir yer.
Seperti biasa, kerusi ada 40 shj. 

_________________________________________________________________________________








No comments:

Post a Comment